SENIOR HOSTEL TAK DIUNDANG

by - 3:04 PM






BAB 2

“Misteri betullah Dini ni. Siapa sebenarnya dia?”, soal Amieza.

Persoalan sama bermain di minda masing-masing.

Riena mengangkat bahu.

Ain menggelengkan kepala.

Berkerut dahi Amieza cuba memikirkan sesuatu.

“Yelah pelikkan, kita dah nak final sem dah dia baru muncul”, sambung Amieza.

“Betul jugak kata kau tu kan. Sebelum ni aman je. Dah last sem dia muncul pulak”, setuju Ain.

“Mungkin ada something yang kita tak tahu yang berlaku waktu final macam ni”, serkap Riena.

“Itulah yang aku musykil. Dengan siapa kita nak tanya?”, Amieza masih mencari jawapan.

Mereka bertiga saling berpandangan.

“Hah aku ada idea. Pak guard”, cadang Ain.

“Apa pak guard? Kau dah kenapa. Apa rasionalnya pulak”, Riena inginkan kepastian.

Amieza masih berfikir menimbangkan cadangan Ain.

“Yelah Pak Guard orang penting yang sentiasa ada, siang dan malam.
So dialah orang yang tepat kita dapatkan info”, Ain mempertahankan cadangannya.

“Okay ada logiknya. Ye Pak Deli. Nanti petang kita jumpa dia”, setuju Amieza.

Yang lain juga setuju.

Cik Sue dan Mykayla masih berehat kerana demam panasnya masih belum kebah.

Petang itu, Amieza, Ain dan Riena dengan setia menanti kehadiran Pak Deli.

Pengawal Keselamatan di hostel mereka.

Tak senang duduk ketiga-tiga sahabat itu menanti.

Semua dirasakan serba tak kena.

“Hisss korang rasa something tak?”, tegur Ain tiba-tiba sambil mengosok-gosok badannya.

Riena yang sedang asyik membaca novel acuh tak acuh pertanyaan Ain, antara dengar dengan tidak.

Amieza hanya mengangkat kening seperti tidak penting dan menyambung melayan gadgetnya.

“Eh dah kenapa korang ni”, bengang Ain katanya tidak dilayan Riena dan Amieza.

Semakin sakit hati Ain kawan-kawannya bersikap begitu.

Mata Ain melilau memandang sekeliling.

Tanpa sengaja mata Ain terpandang ke blok B tingkat 4.

Terlihat kelibat seseorang sedang berjalan mundar mandir di koridor.

Persis seperti Dini yang sedang diperkatakan.

Dibesarkan matanya untuk memastikan apa yang dilihat.

Sekali imbas memang susuk tubuh Ain yang dia nampak.

Seram sejuk badan Ain tiba-tiba.

Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.

Ain mengerling jam di tangannya sudah melewati jam 6.45 petang.

Kelibat Pak Deli masih belum kelihatan.

“Eh korang, dah nak maghrib ni. Esok je lah kita jumpa  Pak Deli”, cadang Ain yang sudah berasa lain macam.

“Hisss korang, dengar tak ni”, jerit Ain kuat kali ini.

Amieza tersentak, Riena tersedar dari tekun membaca novel.

“Hah apa dia Ain?”, sapa Amieza.

“Aku kataaaaaa esooookkk je kita jumpa, ni dah magriiiiib”, ulang Ain agak kuat.

“Owh okaylah esok je”, akur Amieza tidak berasa curiga.

Riena tak bersuara tapi akur juga.

Sempat Ain memandang sekali lagi ke blok B tingkat 4. Tiada sesiapa di situ. Kosong.

Dicepatkan langkahnya dan meninggalkan Amieza dan Riena yang berjalan lambat.

“Dah kenapa tu. Cepat semacam je jalannya”, tegur Amieza bila melihat Ain berjalan agak laju meninggalkannya dan Riena.

“Entah, nak buang air kot”, seluroh Riena.

Sesampai di bilik, Ain terus mendapatkan Cik Sue dan Mykayla.

“Cik Sue, Mykayla macamana. Korang dah okay”, sapa Ain.

Kedua-duanya tidur satu katil sejak semalam.

Mykayla masih nyenyak tidurnya.

Cik Sue duduk bersandar di katil.

“Erm dah kuranglah sikit, esok kebahlah ni”, Cik Sue berharap tapi mukanya kelihatan sedikit pucat.

“Mudah-mudahan”, jawab Ain sambil tersenyum.

“Eh mana Riena dengan Amieza?’, soal Cik Sue tak nampak lagi kelibat dua lagi rakannya.

“Ada, aku tinggalkan diorang kat belakang. Lambat sangat berjalan macam mak nenek. Tapi nenek aku pun jalan laju”, terang Ain ada nada geram.

“Hiihihihi Ain kau macam tak kenal diorang”, tergelak Cik Sue dengan kata-kata Ain seperti menahan geram.

Cik Sue faham sangat dengan perangai kawan-kawannya seorang demi sorang yang sudah dikenali sejak semester pertama lagi.

Petang itu berlalu begitu sahaja tanpa ada info atau cerita tentang Dini.

Masih misteri.


#Agak-agak dalam Bab seterusnya adakah telah bertemu jawapan siapakah gerangannya Dini. Mungkin Ya mungkin tidak.
Jangan ketinggalan untuk mengikut episod seterusnya.



You May Also Like

2 comments