facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Novel
    • Disebalik Tirai Cantik
    • Novel 2
    • Novel 3
    • Novel 4
  • Cerpen
  • Puisi
  • Pantun
  • Mutiara Kata
  • About

Eisha Erisha

Bersua kembali kita setelah sekian lama saya menyepi di chaennel blogger. Masih ada peminat novel genre seram?. Alhamdulillah. 
Saya akan kongsikan Bab demi Bab bagi novel pendek genre seram ........
 Senior Hostel Tak Diundang.

Apa berlaku seterusnya nantikan sambungannya yang lebih suspen dan penuh tanda tanya.

Sekian, jumpa lagi...
1:38 PM No comments

 Pagi itu,  aku sampai ke tempat bertugas agak awal. 

Jam menunjukkan  6.10 pagi. 

Waktu mula tugasku jam 7.00 pagi, ia tak menjadi masalah jika datang awal. 

Enjin kereta dimatikan. 

Tuan Razak sedang duduk di pondok pengawal. 

Tuan Razak mengangkat tangan ke arah ku sambil senyum. 

Aku membalas dengan senyuman juga. 

Aku membetulkan tudung bawal yang sedikit senget di cermin sisi depan.

 Tudung bawal ni baru sahaja aku beli di butik tempohari. 

Warnanya cantik dan sepadan bila digayakan dengan uniform kerja ku. 

Sempat memuji diri sendiri. 

"Opppsss.Hihihi".

Sebelum turun kereta, tanganku pantas mencapai beg galas dan botol air yang kosong. 

Memang ku biarkan kosong kerana kebiasaannya aku akan mengisi air di pantry nanti.

  Selepas punch in, aku terus menuju ke pantry. 

Jarak antara pantry dengan pondok tempatku bertugas lebih kurang 500 meter.

 Aku jalan perlahan melewati pondok pengawal. 

Tuan Razak yang sedang tekun menulis di buku catatan menyapaku. 

"Awal hari ni", tegur Tuan Razak.

"Ha ah, awal sikit". Jawabku sambil melemparkan senyum.

 Aku terus berlalu meninggalkan Tuan Razak kerana dia sudah tahu tujuan arahku pergi.

 Seperti biasa sebelum memulakan tugas, aku akan mengisi air untuk bekalan menghilangkan dahaga seharian. 

Penapis air yang diletakkan di pantry telah diwakafkan untuk seluruh warga pejabat.

 Suasana pagi itu agak sunyi dan langit masih gelap. 

Itu perkara biasa bagiku keluar langit masih gelap dan balik langit sudah gelap.Rutin harian bila Hari bertugas 

 Memandangkan tugasku sebagai RELA membuatku lebih bersedia setiap masa. 

Pintu pantry ku buka perlahan, suasana agak sunyi dan sepi. 

Gelap.

Aku memetik suis lampu di tepi pintu. Terang. Lega rasanya.

 Perlahan-lahan aku membuka tutup botol dan letak di tepi tempat penapis air. 

Tanpa berlengah aku terus meletakkan muncung botol di corong salur air. 

Memastikan mulut botol masuk ke salurannya. 

Aku  menekan button untuk air suam. 

Sambil menekan, tak sengaja mataku terpandang ke penutup botol yg aku letakkan di tepi tadi. 

Perlahan-lahan ia bergerak dan jatuh ke lantai. 

"Plup". Sepantas kilat tutup botol dah berada di lantai.

Aku tergamam saat itu.

 Hanya mampu melihat.

Otak seperti tidak boleh berfikir ketika itu.

 Suatu kejadian yang aku tak dapat nak rungkaikan. 

Rasa seperti diri dipukau.

 Tanganku berhenti dari menekan button di penapis air.

 Air baru separuh mengisi ruangan botol. 

Spontan aku membongkokkan badan  dan mengambil penutup botol tadi tanpa prasangka. 

Sempat ku memandang kiri dan kanan. 

Tiada apa-apa dan hanya aku seorang sahaja di situ.

  Aku mengangkat bahu sambil meletakkan kembali tutup botol  di tempat tadi. 

"Arrrggghh hanya mainan perasan sahaja", fikirku ingin menyedapkan hati walau penuh tanda tanya.

 Pastinya sekarang aku ingin mengisi hingga penuh air dalam botol dan secepatnya meninggalkan pantry. 

 Sekali lagi aku kembali menekan button keluar air.

 Sedikit tergesa-gesa. 

Tiba-tiba, kejadian sama berulang kembali. 

Penutup perlahan-lahan bergerak seperti ada yg menolaknya. 

Kali ini aku tidak hanya melihatnya. 

Tanpa berlengah, sepantas kilat aku mencapai penutup botol yg sedang bergerak dan hampir jatuh. 

Spontan aku dapat mencapainya. 

Cepat-cepat tanganku menutup botol yang masih belum penuh airnya, antara masuk dengan tidak mulut botol.

"Arrggghhh aku kena segera beredar", detikku dalam hati.

Sepantasnya aku cuba melangkah laju tanpa menoleh lagi. 

Melewati pintu.

"Damn". Pintu pantry tertutup sendiri. 

Sangat kuat buatku bertambah terkejut. 

Jantungku tiba-tiba berdegup kencang dan terasa peluh dingin keluar mencurah-curah. 

Siapakah yg menggerakkan penutup botol itu?.

Bukan sekali tapi dua kali.

 Sedangkan hanya aku seorang sahaja di dalam pantry ketika itu.

"Adakah Tuan Razak?".

 Tidak mungkin sebab tiada kelibat dia di situ. Dia masih berada di pondok jaga.

Pintu pula tertutup selepas aku keluar.

 Siapakah yang menutupnya dengan kuat?

 Aku tinggalkan kejadian tadi dengan penuh misteri dan tanda tanya.

Habis sampai di situ sahaja.

Sekian cerita kali ini. 

Bukan rekaan tapi realiti. 

Perkongsian kisah benar dan sedikit tambahan cerita dr sahabat Kak Mimie bukan nama sebenar.


***Nantikan kisah seram benar part 2 selepas ini.

8:45 PM 1 comments
Jemput layari you tube channel eishaerisha, sila LIKE, SUBSCRIBE, SHARE AND COMMENT. Terima kasih kerana sentiasa menyokong karya eishaerisha.

https://youtu.be/yjjoEM4KFHU
7:50 PM No comments

SENIOR HOSTEL TAK DIUNDANG

SIRI 3

“Korang, aku baru teringat Kak Suma. Mungkin dia boleh bantu kita”, cadang Amieza tiba-tiba.

Semua berpaling memandang Amieza.

“Kau gila. Kak Suma? Hisss tak nak aku, tak de orang lain ke?”, tolak 
Ain sambil menggelengkan kepalanya.

“Entah kau nie, Mieza. Baru tengok muka, tu belum dengar suara dia lagi, aku dah seriau”, sampuk Mykayla tak setuju.

“Ermmmm,“, keluh Amieza.

Dipandangnya Riena dan Cik Sue. Masing-masing mengangkat bahu.

Amieza mencebik bibirnya sambil otaknya ligat memikir.

“Siapa lagi kakak senior yang mereka kenal selain Kak Suma?”, fikir Amieza mencari idea walaupun buntu.

“Okay, ada sorang lagi”, jerit Amieza kuat sengaja mengambil perhatian sahabat-sahabatnya.

Sekali lagi semua saling berpandangan.

“Sini semua”, panggil Amieza sambil mengarahkan semua sahabatnya membuat bulatan.

“Kak Mimey sahaja harapan kita, macamana”, terang Amieza sambil mengangkat kening kepada semua sahabatnya.

“Okay, setuju”, akur Ain.

Riena, Mikayla dan Cik Sue turut akur sambil menganggukkan kepala masing-masing.

Demam Cik Sue dan Mikayla sudah kebah. Mereka berdua turut serta hari itu.

Petang itu juga, mereka berlima melaksanakan misi mencari siapakah Kak Dini yang sebenarnya.

Kak Suma, akak senior tahun akhir awal-awal sudah direject. 

Sebabnya, kerana mereka takut akan kegarangan dan kebengisan Kak Suma yang memang diakui oleh semua penghuni Hostel. 
So, cadangan itu ditolak mentah-mentah. 

“Kak Mimey?”. Siapakah gerangannya.

“Hai Kak Mimey, cantiknya hari ni”, sapa Amieza memuji.

“Alahai korang rupanya. Lama betul akak tak nampak, makan luar je ke?”, jawab Kak Mimey tak menghiraukan pujian.

“Kitaorang banyak wat assignment luar kak. Tu yang jarang makan kat dalam”, back up Riena sambil senyum kambing.

“Mana yang lain?”, soal Kak Mimey bila tak nampak yang lain.

“Ada tu hah”, sambil Amieza memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah meja sebelah belakang.
 Cik Sue, Mikayla dan Ain sudah sedia duduk menunggu.

“Owh, yelah korang berlima ni mana boleh dipisahkan”, sambil tersenyum Kak Mimey.

“Hah, hari ni menu apa kak. Bau semerbak sedapnya”, soal Riena lagi.

“Hah menu hari ni special tau. Baru first time akak buat. Kebetulan rezeki korang ni. So korang kena try ye”, paksa rela Kak Mimey.

“Boleh, boleh. Dah lapar ni”, jawab Riena.

“Jap akak tengok dah siap belum. Korang duduklah dulu ye, sembang-sembang”, arah Kak Mimey.

Akur Amieza dan Riena. Sambil Amieza mengenyitkan matanya kepada Riena.

Riena balas dengan senyuman.

“Orite, hari ni menu nasi kukus, ayam berempah, sambal petai dan ulam”, terang Kak Mimey menu barunya.

“Gulp, aduhai sedapnya kak. Okay 5 set kak”, order Amieza tanpa fikir panjang.

"Eh lupa ada tambahan sambal belacan", sambung Kak Mimey sambil tersengeh.

"Okay je kak, semua pun boleh", jawab Mieza tanpa banyak soal.

“Siap”, Kak Mimey mengambil pesanan.

“Ali, amik order air awek-awek comel ni ye”, arah Kak Mimey pada Ali.

Sempat Kak Mimey bergurau.

 Ali, abang Sado pembuat air minuman paling hensem di hostel mereka. 

Sepantasnya Abang Ali terus mengambil order.

Selesai urusan order makanan dan minuman.

“Hei, Mieza. Cepatlah panggil Kak Mimey tu”, arah Riena.

“ Kejaplah. Tengok tu macam busy jer Kak Mimey”, pinta Amieza.

“Erm, kita makan pun dah abis. Berapa lama lagi nak tunggu ni”, sampuk Ain sambil menguap.

“Hiiiss kau ni Riena. Tak senonoh, menguap tu tutuplah mulut”, tegur Mikayla.

"Biar masuk lalat tu baru padan muka", sambung Mykayla menyakat.

“Huaaawahh, aku mengantuk dah ni”, selamba je jawab Riena.

“Hah korang, macamana menu baru. Okay tak”, tiba-tiba Kak Mimey muncul.

“Errrr, sedap sangat kak, kenyang dah kitaorang makan”, jujur Cik Sue.

"Sampai licin kak tinggal tulang jer", seluroh Ain.

“Alhamdulillah, hari ni je sold out dah”, syukur Kak Mimey.

“Kak Mimey, sebenarnya kitaorang ni ada hajat”, Amieza mengambil peluang.

“Hajat? Korang ni ada-ada je. Nak order makanan ye?”, serkap Kak Mimey.

“Erm macam ni……, kitaorang………….”, belum sempat Amieza ingin meneruskan kata-kata.

“Eh, korang kejap ye. Ada customer panggil. Tunggu tau”, pesan Kak Mimey tak sempat nak mendengar apa yang ingin Amieza katakan.

Hampa wajah semuanya. Mereka tak boleh nak menunggu masa Kak Mimey free.

Selesai Amieza membuat pembayaran, mereka beredar.

“Ermm nampaknya misi gagal lagi”, rungut Ain.

"Lain kali lah jawabnya", perlahan saja suara Mykayla turut hampa.

“So apa plan korang. Aku buntu ni”, Amieza give up.



****Masih Ada tanda tanya  &  persoalan siapakah Dini yang sebenarnya.
 Mungkin jawap di Siri yang seterusnya.
Jangan ketinggalan untuk menanti Siri 4 yang mungkin tersingkap segala persoalan.
Terima kasih kerana terus sudi membaca karya eishaerisha.
1:50 AM 1 comments





BAB 2

“Misteri betullah Dini ni. Siapa sebenarnya dia?”, soal Amieza.

Persoalan sama bermain di minda masing-masing.

Riena mengangkat bahu.

Ain menggelengkan kepala.

Berkerut dahi Amieza cuba memikirkan sesuatu.

“Yelah pelikkan, kita dah nak final sem dah dia baru muncul”, sambung Amieza.

“Betul jugak kata kau tu kan. Sebelum ni aman je. Dah last sem dia muncul pulak”, setuju Ain.

“Mungkin ada something yang kita tak tahu yang berlaku waktu final macam ni”, serkap Riena.

“Itulah yang aku musykil. Dengan siapa kita nak tanya?”, Amieza masih mencari jawapan.

Mereka bertiga saling berpandangan.

“Hah aku ada idea. Pak guard”, cadang Ain.

“Apa pak guard? Kau dah kenapa. Apa rasionalnya pulak”, Riena inginkan kepastian.

Amieza masih berfikir menimbangkan cadangan Ain.

“Yelah Pak Guard orang penting yang sentiasa ada, siang dan malam.
So dialah orang yang tepat kita dapatkan info”, Ain mempertahankan cadangannya.

“Okay ada logiknya. Ye Pak Deli. Nanti petang kita jumpa dia”, setuju Amieza.

Yang lain juga setuju.

Cik Sue dan Mykayla masih berehat kerana demam panasnya masih belum kebah.

Petang itu, Amieza, Ain dan Riena dengan setia menanti kehadiran Pak Deli.

Pengawal Keselamatan di hostel mereka.

Tak senang duduk ketiga-tiga sahabat itu menanti.

Semua dirasakan serba tak kena.

“Hisss korang rasa something tak?”, tegur Ain tiba-tiba sambil mengosok-gosok badannya.

Riena yang sedang asyik membaca novel acuh tak acuh pertanyaan Ain, antara dengar dengan tidak.

Amieza hanya mengangkat kening seperti tidak penting dan menyambung melayan gadgetnya.

“Eh dah kenapa korang ni”, bengang Ain katanya tidak dilayan Riena dan Amieza.

Semakin sakit hati Ain kawan-kawannya bersikap begitu.

Mata Ain melilau memandang sekeliling.

Tanpa sengaja mata Ain terpandang ke blok B tingkat 4.

Terlihat kelibat seseorang sedang berjalan mundar mandir di koridor.

Persis seperti Dini yang sedang diperkatakan.

Dibesarkan matanya untuk memastikan apa yang dilihat.

Sekali imbas memang susuk tubuh Ain yang dia nampak.

Seram sejuk badan Ain tiba-tiba.

Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.

Ain mengerling jam di tangannya sudah melewati jam 6.45 petang.

Kelibat Pak Deli masih belum kelihatan.

“Eh korang, dah nak maghrib ni. Esok je lah kita jumpa  Pak Deli”, cadang Ain yang sudah berasa lain macam.

“Hisss korang, dengar tak ni”, jerit Ain kuat kali ini.

Amieza tersentak, Riena tersedar dari tekun membaca novel.

“Hah apa dia Ain?”, sapa Amieza.

“Aku kataaaaaa esooookkk je kita jumpa, ni dah magriiiiib”, ulang Ain agak kuat.

“Owh okaylah esok je”, akur Amieza tidak berasa curiga.

Riena tak bersuara tapi akur juga.

Sempat Ain memandang sekali lagi ke blok B tingkat 4. Tiada sesiapa di situ. Kosong.

Dicepatkan langkahnya dan meninggalkan Amieza dan Riena yang berjalan lambat.

“Dah kenapa tu. Cepat semacam je jalannya”, tegur Amieza bila melihat Ain berjalan agak laju meninggalkannya dan Riena.

“Entah, nak buang air kot”, seluroh Riena.

Sesampai di bilik, Ain terus mendapatkan Cik Sue dan Mykayla.

“Cik Sue, Mykayla macamana. Korang dah okay”, sapa Ain.

Kedua-duanya tidur satu katil sejak semalam.

Mykayla masih nyenyak tidurnya.

Cik Sue duduk bersandar di katil.

“Erm dah kuranglah sikit, esok kebahlah ni”, Cik Sue berharap tapi mukanya kelihatan sedikit pucat.

“Mudah-mudahan”, jawab Ain sambil tersenyum.

“Eh mana Riena dengan Amieza?’, soal Cik Sue tak nampak lagi kelibat dua lagi rakannya.

“Ada, aku tinggalkan diorang kat belakang. Lambat sangat berjalan macam mak nenek. Tapi nenek aku pun jalan laju”, terang Ain ada nada geram.

“Hiihihihi Ain kau macam tak kenal diorang”, tergelak Cik Sue dengan kata-kata Ain seperti menahan geram.

Cik Sue faham sangat dengan perangai kawan-kawannya seorang demi sorang yang sudah dikenali sejak semester pertama lagi.

Petang itu berlalu begitu sahaja tanpa ada info atau cerita tentang Dini.

Masih misteri.


#Agak-agak dalam Bab seterusnya adakah telah bertemu jawapan siapakah gerangannya Dini. Mungkin Ya mungkin tidak.
Jangan ketinggalan untuk mengikut episod seterusnya.



3:04 PM 2 comments
Older Posts

Total Pageviews

About me


Eisha Erisha

Followers

My Artwork



Follow Us

Labels

Disebalik Tirai Cantik FULL NOVEL PENDEK GENRE SERAM GENRE SERAM MADAH KATA Mutiara Kata NOVEL NOVEL CINTA NOVEL LOVE STORY NOVEL PENDEK GENRE SERAM NOVEL TERBARU NUKILAN NUKILAN RASA NUKILAN UNTUK PEMBACA Pantun PERKONGSIAN RASA Puisi PUISI CINTA SEKADAR NUKILAN SIRI SERAM BAB 1 UCAPAN HARI RAYA UNTAIAN PUISI VIDEO

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2024 (1)
    • ▼  October (1)
      • Assalamualaikum, Salam sejahtera semua, Good After...
  • ►  2022 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2020 (5)
    • ►  June (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2019 (62)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (9)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
Powered by Blogger.

Created with by ThemeXpose
Edited by Cik Kumbang