“Erm dah kuranglah sikit, esok kebahlah ni”, Cik Sue berharap tapi mukanya kelihatan sedikit pucat.
“Mudah-mudahan”, jawab Ain sambil tersenyum.
“Eh mana Riena dengan Amieza?’, soal Cik Sue tak nampak lagi kelibat dua lagi rakannya.
“Ada, aku tinggalkan diorang kat belakang. Lambat sangat berjalan macam mak nenek. Tapi nenek aku pun jalan laju”, terang Ain ada nada geram.
“Hiihihihi Ain kau macam tak kenal diorang”, tergelak Cik Sue dengan kata-kata Ain seperti menahan geram.
Cik Sue faham sangat dengan perangai kawan-kawannya seorang demi sorang yang sudah dikenali sejak semester pertama lagi.
Petang itu berlalu begitu sahaja tanpa ada info atau cerita tentang Dini.
Masih misteri.
#Agak-agak dalam Bab seterusnya adakah telah bertemu jawapan siapakah gerangannya Dini. Mungkin Ya mungkin tidak. Jangan ketinggalan untuk mengikut episod seterusnya.
“Menyorok kat tiang ni,
cepaatttt”, arah Amieza tiba-tiba.
“Hisss dah kenapa ni?
Main nyorok-nyorok pulak malam-malam ni”, bebel Mykayla tak puas hati.
Amieza memberi isyarat
agar semua diam tapi jarinya menunjuk kearah Cik Sue yang sedang duduk seorang diri.
“Lah, kenapa dengan Cik
Sue tu. Kau nak menyakat dia eh”, teriak Ain agak kuat serkap jarang.
“Sssshhhhhh. Diam boleh
tak. Cuma korang perhati betul-betul tu”, arah Amieza.
Yang lain mengikut arahan
Amieza tanpa ragu.
Ain menelan air liur.
Mykayla berasa seram
sejuk.
“Dia bercakap sorang-sorang
ke tu”, bisik Ain perlahan kepada rakan-rakannya.
“Yup, itu yang aku
maksudkan”, Amieza menyiakan.
“Apa kita nak buat ni?”,
soal Mykayla mula berasa seram.
“Macam ada something je
ni. Tengok bulu roma aku pun meremang semacam ni”, getus Amieza.
“Ha ah aku pun sama rasa
lainni. Aduhai seramlah”, Ain pula
berkata sambil memandang sekeliling.
“Okay macam ni, kita buat
biasa je. Jangan sampai dia perasan”, cadang Amieza. Walaupun hatinya tak
sedap.
Semua menganggukkan
kepala tanda faham.
“Bai Dini. Nanti kita
jumpa lagi ye”, Cik Sue melambai ke arah Dini yang telah pergi meninggalkannya.
Ada hal katanya. Cik Sue
bersangka baik sahaja.
“Ehem, ehem”, Amieza
berdehem.
“Hah korang ni memang
janji tak ditepati kan”, rungut Cik Sue seperti merajuk.
“Sory-sory”, Amieza mohon
maaf.
“Korang tahu tak dah
setengah jam lebih aku tunggu kat sini. Sib baiklah ada Dini temankan aku”,
selamba Cik Sue bercerita.
Amieza, Ain dan Mykayla
saling berpandangan.
Mulut masing-masing
menyebut nama Dini perlahan.
“Siapa Dini?”, soal
Amieza.
“Aku baru je kenal dia
tadi. Student kat sini jugak. Kakak senior”, jelas Cik Sue tanpa curiga.
Selamba je mukanya.
“Owhhhh”, serentak
Amieza, Ain dan Mykayla berkata tapi ada getar.
“Hei korang……huh huh
huh”, tiba-tiba muncul Riena termengah-mengah.
“Eh dah kenapa dengan kau
ni Riena. Dah macam kena kejar hantu”, tegur Ain.
Riena yang sedari tadi
memang lambat kerana sakit perut datang berlari macam tak cukup tanah.
Termengah-mengah dia menarik nafas.
“Beb, akuuuu, akuuuuu nampak haaaaannnntuuuuuu”,
jerit Riena masih belum tenang. Berpeluh-peluh dahinya. Riena terus duduk bersandar di kerusi.
“Hisss apa yang kau mengarut
ni. Cuma tarik nafas rilek, citer pelan-pelan”, Amieza menenangkan Riena.
Riena mengambil nafas
dalam, dihembus perlahan dan mengambil sedikit masa meneruskan kata.
“Huhhuhuh, tadiiii masa
akuuuu nak ke siniii, aku terserempak dengan sorang budak perempuan kat tanggaaaaa.
Umur lebih kurang sebaya kita”, cerita Riena suara bergetar.
Kawan-kawan yang lain
tekun mendengar seperti tidak sabar ingin tahu.
Masing-masing dah tak senang
duduk sambil meninjau-ninjau sekeliling.
“Lepas tu aku pun senyumlah
kat dia, dia buat tak nampak", terhenti sekejap Riena menarik nafas.
"Aku pun tegurlah dia ‘somboooong’ kuat-kuat. Bila
aku pandang dia semula dia pun menolah kat aku sambil mengeringai mengilai, nampak gigi taring. Wajah dia sangat menakutkan. Tiba-tiba dia seperti terbang tak jejak tanah”, sambung Riena
panjang lebar.
“Aku pun apa lagi lari tak cukup
tanah”, Riena menceritakan keadaan cemas. Masih ada mengahnya.
“Allahuakbar, sib baik
kau tak pengsan Riena”, Ain menenangkan Riena.
Yang lain terpegun mendengar penuh perhatian.
“Macamana rupa dia?
Pakaian dia?”, soal Cik Sue bersungguh ingin tahu.
“Huh huh. Akuuuu tak
perasan sangat tapi diaaaaa pakai baju kurung warna krimmmmm, rambutnya panjang
mengurai”, jelas Riena masih ada lelahnya.
“Dini”, sebut Cik Sue.
Menggigil Cik Sue seluruh
badan.
“Cik Sue, itu yang
kitaorang nak bagitau kau tadi”, jelas Amieza.
Malam itu mereka tak jadi
study. Cik Sue dan Riena kena demam panas dek terjumpa dengan Dini yang
misteri.
Sejak malam itu juga
mereka study di bilik masing-masing dan pada waktu siang di library.
Nantikan sambungan Bab seterusnya utuk mengetahui siapakah Senior Misteri itu.