Siri Seram Kisah Benar Part 1

by - 8:45 PM

 Pagi itu,  aku sampai ke tempat bertugas agak awal. 

Jam menunjukkan  6.10 pagi. 

Waktu mula tugasku jam 7.00 pagi, ia tak menjadi masalah jika datang awal. 

Enjin kereta dimatikan. 

Tuan Razak sedang duduk di pondok pengawal. 

Tuan Razak mengangkat tangan ke arah ku sambil senyum. 

Aku membalas dengan senyuman juga. 

Aku membetulkan tudung bawal yang sedikit senget di cermin sisi depan.

 Tudung bawal ni baru sahaja aku beli di butik tempohari. 

Warnanya cantik dan sepadan bila digayakan dengan uniform kerja ku. 

Sempat memuji diri sendiri. 

"Opppsss.Hihihi".

Sebelum turun kereta, tanganku pantas mencapai beg galas dan botol air yang kosong. 

Memang ku biarkan kosong kerana kebiasaannya aku akan mengisi air di pantry nanti.

  Selepas punch in, aku terus menuju ke pantry. 

Jarak antara pantry dengan pondok tempatku bertugas lebih kurang 500 meter.

 Aku jalan perlahan melewati pondok pengawal. 

Tuan Razak yang sedang tekun menulis di buku catatan menyapaku. 

"Awal hari ni", tegur Tuan Razak.

"Ha ah, awal sikit". Jawabku sambil melemparkan senyum.

 Aku terus berlalu meninggalkan Tuan Razak kerana dia sudah tahu tujuan arahku pergi.

 Seperti biasa sebelum memulakan tugas, aku akan mengisi air untuk bekalan menghilangkan dahaga seharian. 

Penapis air yang diletakkan di pantry telah diwakafkan untuk seluruh warga pejabat.

 Suasana pagi itu agak sunyi dan langit masih gelap. 

Itu perkara biasa bagiku keluar langit masih gelap dan balik langit sudah gelap.Rutin harian bila Hari bertugas 

 Memandangkan tugasku sebagai RELA membuatku lebih bersedia setiap masa. 

Pintu pantry ku buka perlahan, suasana agak sunyi dan sepi. 

Gelap.

Aku memetik suis lampu di tepi pintu. Terang. Lega rasanya.

 Perlahan-lahan aku membuka tutup botol dan letak di tepi tempat penapis air. 

Tanpa berlengah aku terus meletakkan muncung botol di corong salur air. 

Memastikan mulut botol masuk ke salurannya. 

Aku  menekan button untuk air suam. 

Sambil menekan, tak sengaja mataku terpandang ke penutup botol yg aku letakkan di tepi tadi. 

Perlahan-lahan ia bergerak dan jatuh ke lantai. 

"Plup". Sepantas kilat tutup botol dah berada di lantai.

Aku tergamam saat itu.

 Hanya mampu melihat.

Otak seperti tidak boleh berfikir ketika itu.

 Suatu kejadian yang aku tak dapat nak rungkaikan. 

Rasa seperti diri dipukau.

 Tanganku berhenti dari menekan button di penapis air.

 Air baru separuh mengisi ruangan botol. 

Spontan aku membongkokkan badan  dan mengambil penutup botol tadi tanpa prasangka. 

Sempat ku memandang kiri dan kanan. 

Tiada apa-apa dan hanya aku seorang sahaja di situ.

  Aku mengangkat bahu sambil meletakkan kembali tutup botol  di tempat tadi. 

"Arrrggghh hanya mainan perasan sahaja", fikirku ingin menyedapkan hati walau penuh tanda tanya.

 Pastinya sekarang aku ingin mengisi hingga penuh air dalam botol dan secepatnya meninggalkan pantry. 

 Sekali lagi aku kembali menekan button keluar air.

 Sedikit tergesa-gesa. 

Tiba-tiba, kejadian sama berulang kembali. 

Penutup perlahan-lahan bergerak seperti ada yg menolaknya. 

Kali ini aku tidak hanya melihatnya. 

Tanpa berlengah, sepantas kilat aku mencapai penutup botol yg sedang bergerak dan hampir jatuh. 

Spontan aku dapat mencapainya. 

Cepat-cepat tanganku menutup botol yang masih belum penuh airnya, antara masuk dengan tidak mulut botol.

"Arrggghhh aku kena segera beredar", detikku dalam hati.

Sepantasnya aku cuba melangkah laju tanpa menoleh lagi. 

Melewati pintu.

"Damn". Pintu pantry tertutup sendiri. 

Sangat kuat buatku bertambah terkejut. 

Jantungku tiba-tiba berdegup kencang dan terasa peluh dingin keluar mencurah-curah. 

Siapakah yg menggerakkan penutup botol itu?.

Bukan sekali tapi dua kali.

 Sedangkan hanya aku seorang sahaja di dalam pantry ketika itu.

"Adakah Tuan Razak?".

 Tidak mungkin sebab tiada kelibat dia di situ. Dia masih berada di pondok jaga.

Pintu pula tertutup selepas aku keluar.

 Siapakah yang menutupnya dengan kuat?

 Aku tinggalkan kejadian tadi dengan penuh misteri dan tanda tanya.

Habis sampai di situ sahaja.

Sekian cerita kali ini. 

Bukan rekaan tapi realiti. 

Perkongsian kisah benar dan sedikit tambahan cerita dr sahabat Kak Mimie bukan nama sebenar.


***Nantikan kisah seram benar part 2 selepas ini.

You May Also Like

1 comments