facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Novel
    • Disebalik Tirai Cantik
    • Novel 2
    • Novel 3
    • Novel 4
  • Cerpen
  • Puisi
  • Pantun
  • Mutiara Kata
  • About

Eisha Erisha

Selamat malam semua. Sambil santai-santai malam ni jom baca puisi lagi.

Sebutir permata dan pepasir di pantai
Dua benda yang berbeza
Letaknya juga berbeza
Ini kerana
Sebutir permata yang bersinar
Takkan sama nilainya
Dengan segenggam pasir di pantai
Namun permata yang dimiliki jika tak dijaga dan digilap
Lama kelamaan akan pudar sinarnya
Akan hilang serinya
Walaupun pada asalnya berharga dan bernilai
Tapi pepasir di pantai takkan berkurang
Tetap utuh bagai hamparan putih bersih di pantai
Tanpanya pantai hilang serinya
Tetapi kehadirannya amat perlu dan dihargai
Kerana ia mengindahkan lagi pantai
Dan memenuhi kitaran alam

Begitu juga dalam kehidupan ini
Setiap kejadian yang diciptakan
Punyai kelebihan dan fungsi tersendiri
Tiada kesempurnaan tetapi saling memerlukan
Jangan memandang rendah orang lain
Jangan menganggap diri lebih segalanya
Bersederhana dan terima kekurangan diri
Kerana yang mengindahkan hidup kita
Apabila kita syukur di atas segala nikmat & kurniaanNya

11:05 PM No comments

Assallamualaikum wbt dan salam kasih sayang semua para pembaca Blog eishaerisha yang dikasihi

Di Sebalik Tirai Cantik sudah sampai ke penghujungnya. Tinggal 2 bab sahaja lagi untuk ditamatkan. Bagi sahabat yang sudah membaca dari Bab 1 hingga 11 mungkin ketika ini sedang menantikan apakah kesudahan novel pendek bergenre seram ini. InshaAllah saya akan kongsikan kedua-dua bab terakhir sekaligus untuk kepuasan dan hadiah kepada semua pembaca setia. 

Namun begitu, sebelum saya memasukkan Bab 12 dan bab terakhir yang ke 13, saya perlukan feedback, cadangan-cadangan dan komen-komen dari para pembaca setia semua.  Saya memerlukan sekurang-kurangnya 10 komen dari semua sebagai tanda sokongan dan minat anda kepada novel Di Sebalik tirai Cantik dengan meneka apa berlaku sebenarnya selepas bab 11. Sengaja ingin menimbulkan suspen dan tanda tanya bagi memeriahkan lagi perkongsian di Blog ini. Selepas saya menerima komen dan tekaan sekurang-kurangnya 10 komen @ tekaan @ cadangan, tapi kalau lebih lagi baik, barulah saya akan kongsikan 2 Bab terakhir itu.

Semoga dengan kerjasama dan sokongan yang tak berbelah bahagi dari semua pembaca dapat meningkatkan lagi mutu penulisan dan menambahbaik dan memberikan idea-idea menarik bagi saya meneruskan Novel Di Sebalik Tirai Cantik untuk menjadi satu naskah yang sempurna dan terbaik.  

Jom mulakan komen di bawah ini sebagai tanda Anda minat dan suka dengan olahan dan plot cerita DI SEBALIK TIRAI CANTIK.............................

TERIMA KASIH SEMUA
7:16 PM 2 comments
 
Salam Jumaat yang penuh keberkatan dan rahmat. 

Apa khabar semua sahabat Blogger yang dikasihi. Semoga semua berada dalam keadaan baik-baik dan sihat serta sentiasa dalam rahmat Allah swt hendaknya.

Di Sebalik Tirai Cantik sudah sampai ke penghujungnya. Kepada semua sahabat yang telah membaca dari Bab 1 hingga 11 diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca dan menghayati karya saya yang masih serba kekurangan ini. Untuk mengakhiri setiap tanda tanya dalam DSTC saya ingin menghadiahkan 2 bab terakhir sekaligus agar segala persoalan yang bermain-main di fikiran sepnajang membaca DSTC ini akan tersingkap dan terjawab. Sekiranya ada kekurangan sepanjang anda semua menghayati setiap bab, plot , watak dan jalan cerita yang tidak menepati citarasa pembacaan semua, terlebih dahulu saya mohon ampun dan maaf. Kerana saya masih hijau dan baru dalam bidang penulisan dan masih belajar. InshaAllah akan sentiasa berfikiran terbuka dan menambahbaik di masa akan datang. 

Apapun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua di atas kesudian anda membaca dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi dalam setiap karya yang ada di dalam Blog ini terutamanya Di Sebalik Tirai Cantik. Doakan semoga DSTC akan menjadi sebuah nashkah penuh yang terbaik. Jika ada rezekinya. Doa saya di hari mulia dan penuh rahmat dan keberkatan ini. Hari Jumaat penghulu segala hari jika diizinkan Allah. Aamiiin.
11:00 AM No comments
DI SEBALIK TIRAI CANTIK




Raisha dan Fatehah setuju dengan cadangan Rania untuk pergi ke bilik Fatehah. Tapi yang berlaku amat mengejutkan. Sesampai di bilik Fatehah, dengan penuh debaran ketiga-tiganya berdiri di depan pintu bilik. Memandang ke sekeliling. Sepi dan sunyi. Mungkin student-student yang lain berehat di dalam bilik masing-masing atau masih belum pulang fikir mereka. Tiba-tiba Rania meminta izin. “Eh korang, aku nak ke toilet jap, nak buang air tak tahan ni”, pinta Rania seperti sedang menahan. “Okay Ran, hati-hati”, jawab Raisha sempat berpesan. Tapi Rania antara dengar dengan tidak berjalan agak laju untuk ke bilik air.Sekejap hilang dari pandangan. Kini yang tinggal Raisha dan Fatehah sahaja. Tanpa berlengah Fatehah cuba membuka pintu.

Tombol pintu dipulas. Ketat seperti dikunci. “Tok..tok..tok..”, pintu diketuk beberapa kali. Tak cukup dengan ketukan Fatehah memberi salam pula. Masih tiada jawapan. Senyap sahaja di dalam. Fatehah mendekatkan telinganya di pintu bilik, cuba ingin mendengarkan bunyi-bunyian sekiranya memang ada penghuninya. Fatehah memandang ke arah Raisha sambil menggelengkan kepala. Hanya Fatehah dan Raisha sahaja di situ kerana Rania awal-awal mintak izin untuk pergi ke bilik air. Fatehah melihat jam di tangannya. Sudah melewati jam 6.30 petang. Biasanya waktu begini Julia sudah balik dan santai-santai dalam bilik. Dipulas lagi tombol pintu beberapa kali. Sah tiada orang. “Julia tiada dalam bilik”, kata Fatehah sambil menyelok beg sandangnya beberapa kali. Mencari-cari letak kunci biliknya. “Aduhai selalu ada dalam kocek ni”, rungut Fatehah. “Ke kau tertinggal kunci kat dalam bilik”, kata Raisha. “Erm tak pasti. Aku tak pernah tinggal kunci”. Pelik Fatehah kunci biliknya tiada dalam kocek beg. Raisha membantu Fatehah menyelongkar beg sandang Fatehah. Dah dikeluarkan semua isi perut beg masih tidak berjumpa dengan kuncinya. Buntu Fatehah. Dalam masa yang sama Fatehah berasa sangat hairan. Raisha menggelengkan kepalanya. Tidak berjumpa dengan kunci yang dicari. Fatehah hanya mengangkat bahunya.

“Eh apa korang buat kat depan pintu ni. Ya Allah abis buku berterabur”, belum sempat Raisha dan Fatehah mengemaskan balik buku-buku ke dalam beg mereka di sapa seseorang. Ingatkan Rania. “Cepat betul Rania balik dari bilik air”, fikir Raisha tapi suaranya lain. Serentak Fatehah dan Raisha menoleh ke atas. “Julia”, hampir serentak Fatehah dan Raisha menyebut nama Julia. Tersenyum sinis Julia ke arah mereka. Fatehah sudah bangun mendapatkan Julia. Raisha masih mencangkung membantu mengemaskan buku dan barang-barang Fatehah untuk dimasukkan ke dalam beg semula. “Nah Fatehah. Erm memang tak ada”, sambil Raisha menghulurkan beg kepada Fatehah. “Terima kasih Raisha”, ucap Fatehah. Pertanyaan Julia belum dijawab.

Julia masih tercegat di sisi mereka. “Eh Julia aku tertinggal kunci agaknya. Nak bukak pintu berkunci. Ingat kau dah balik bilik. Tengok dalam beg pun tak ada habis dah dikeluarkan semua”, terang Fatehah. “Owh ingatkan kenapa tadi. Mungkin kau tertinggal di dalam. Tepi sikit aku bukak pintu tu”, jawab Julia tenang sambil tersenyum. Rania sudah balik dari bilik air. “Eh Julia. Awak kat sini pulak. Bukan ke awak kat bilik air tadi”, tanya Rania selamba tak tahu apa yang sedang berlaku sambil menunjuk ke arah bilik air. Raisha, Fatehah dan Julia saling berpandangan. “Eh I baru je sampai. Tak jengah lagi toilet tu. Tanya diorang”, terang Julia tanpa curiga. Raisha dan Fatehah menganggukkan kepala menyiakan kata-kata Julia. Tidak mungkin Julia ke bilik air.

“Betuuuulll, saya baruuuu jer tegur awak nak mandi. Tapi awak tersenyum sahaja tak menjawab pun. Bila awak masuk bilik mandi, saya pun teruslah keluar”, Rania cuba mempertahankan apa yang dia nampak dan katakan. “Hiss korang ni kenapa ye. Peliklah. Dari hari tu awak tanya pasal saya. Padahal saya tak tahu pun pasal parcel lah, apa lah. Ni mandi pulak. Errmmmmm..”, rimas Julia diajukan persoalan dan kejadian yang pelik-pelik. Tapi Julia tidak ambil pusing hal-hal itu. Dalam waktu itu, Raisha tak banyak cakap terus menuju ke bilik air. Diikuti Rania dan Fatehah walaupun tidak diarahkan. Tapi Julia hanya berdiri tercegat di situ seperti tertanya-tanya dan melihat sahaja. Fatehah menoleh ke arah Julia. “Hissss Juliaaaaa. Apa lagi awak tunggu tu, marilah ikut sekali. Cepatt”, ajak Fatehah agak memaksa. Nak tak nak Julia terpaksa mengikut kawan-kawannya yang lain walaupun agak sangsi apa yang berlaku sebenarnya.

Sesampai di depan pintu bilik air, Raisha memberikan isyarat senyap dan berhenti. Terdengar air dibuka laju. Seperti ada orang sedang mandi dan menyanyi tapi perlahan sahaja. “Ada orang, tapi adakah Julia yang dimaksudkan Rania”, bisik Raisha kepada Fatehah. Rania diam tapi matanya tak berkelip memandang ke pintu bilik air itu. Julia hanya memandang kawan-kawannya dengan pandangan yang masih pelik. Pucat muka Rania tak mampu berkata-kata. “Kita nak buat apa sekarang ni. Takkan nak tunggu kat sini je, seram dah ni”, bisik Fatehah pula. “Kita tunggu sehingga orang tu keluar. Kita kena pastikan siapa sebenarnya dia”, jawab Raisha. “Tapi aku takutlah”, kata Fatehah lagi. Bunyi air sudah senyap. Mungkin pili sudah ditutup dan penghuninya sudah selesai mandi.  “Syyyyyyyyy…”, Raisha masih mengarahkan yang lain-lain agar diam. 


Kriiiuuukkkk.. Pintu bilik air seperti ingin di buka. Perlahan-lahan dikuak. Berdebar-debar dada Raisha, Rania, Fatehah dan Julia juga. Mata masing-masing ditumpukan sepenuhnya ke arah pintu bilik air itu. Tidak berkelip. Tanpa diduga dan tidak disangka, yang keluar adalah “ Kamu semua tunggu aku ye…Hahahahahaha”, keluar suara sangat halus seseorang menegur disambung dengan hilaian yang amat mengerikan. Amat nyaring dan garau. Sungguh menyeramkan. Seorang wanita tanpa muka dengan rambut mengerbang dan pakaian serba putih. Bukan berjalan tapi seperti ingin terbang. Terbeliak mata keempat-empatnya. “Hahahaaaaantuuu..Hannntuuu.. Larriiiiiiiii……”, tanpa berlengah keempat-empatnya berlari tak cukup tanah menggunakan sepenuh tenaga yang ada. Tapi tak semena-mena Rania jatuh tersungkur. Fatehah dan Julia sudah hilang dari pandangan. Raisha terperasan dan cuba ingin membantu Rania tapi dia hanya mampu melihat.


 ****untuk BAB 12 akan ada jawapannya. Teruskan membaca. Terima kasih.
 
1:08 PM 4 comments

"Pelangi yg cantik akan muncul selepas hujan berhenti"

Cantik ayat ni dr seorang sahabat. Saya janji akan sambungkan menjadi puisi cuma maaf jika tak seindah pelangi. Apapun akak cuba yg terbaik dan termampu ye. Sebab adakala idea tak nak keluar. Kebetulan ada masa free bolehlah cuba mengembangkan idea ini.

 Jom nikmati bait-bait kata di bawah ini sebagai santapan minda untuk renungan bersama. Semoga bermanfaat dan sekadar perkongsian. Jika ada kekurangan saya terleih dahulu mohon ampun dan maaf :

Ada ketika hujan turun renyai-renyai
Ada ketika turunnya deras mencurah-curah
Tapi penuh nikmat dan rahmat
Adakala hanya terlihat langit mendung dan gelap
Sang awan berarak perlahan-lahan
Tapi belum tentu hujan akan turun
Bunyi dentuman petir dan iringi kilat
Sesekali memancarkan sinar keramatnya
Masih belum memberi tanda hujan akan hadir
Kadangkala ia turun tiba-tiba
Membasahi alam luas ciptaanNya
Sang bayu bertiup kejap kencang kejap longlai
Membawa nikmat dan rasa nyaman

Pelangi yang cantik selepas hujan
Memang ada kebenarannya
Allah ciptakan pelangi bukan sekadar menghiasi ruang langit luas
Tapi untuk kita sebagai hambaNya
Memuji-muji keagungan dan kebesaran Pencipta 
Dan mensyukuri segala nikmat pemberiaanNya
Di sebalik kemunculan Sang pelangi cantik dan mempersona
Terpukau pandangan mata yang munculnya sesekali sahaja

Jika ditafsirkan dalam kehidupan seharian
Ada ketika kita diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran
Adakala suka adakala duka
Kadangkala hampir berputus asa
Tapi jangan sesekali menyalahkan takdir atas apa yang menimpa
Kerana di situ Allah ingin menguji hati dan jiwa
Jika kita terus sabar, sabar, sabar dan redha
Tidak mustahil Allah balas kesabaran itu
Dengan keindahan dan kemanisan
Cepat atau lambat itu rahsiaNya
Tapi janji Allah  pasti
Jangan cepat merasa sedih atas setiap ketentuan 
Jangan rasa diri tiada nilai
Kerana itu pelangi yang cantik biasanya
Akan hadir selepas hujan
Setelah kita melalui saat-saat sukar & mendugakan
Melalui kesedihan & kedukaan
Namun kerana kesabaran & redha
Akhirnya Allah bagi kita sesuatu yang kita impikan menjadi kenyataan

***Terima kasih semua pengunjung Blok ini yang sentiasa setia memberikan sokongan. Selamat membaca.




12:13 PM 2 comments

DI SEBALIK TIRAI CANTIK


Raisha dan Rania memilih cadangan Harith Haykal untuk bertemu dengan Fatehah. Mereka tidak yakin ingin mengorek rahsia daripada Julia sendiri. Cuma mereka ada pilihan. Selepas kelas petang itu, Raisha, Rania dan Fatehah jalan beriringan ingin menuju ke kafeteria. Raisha memulakan bicara. “Fatehah. Kitaorang ada hal nak tanya kau ni”, tanya Raisha. ‘Erm apa dia”, jawab Fatehah pendek. “Pasal Julia”, kata Raisha. Fatehah sekilas memandang ke arah Raisha. “Kenapa dengan Julia?”, tanya Fatehah sedikit ragu. “Dah beberapa hari ni kau dah duduk sebilik dengan Julia kan. Ada tak perkara pelik atau yang tak kena berlaku”, tanya Raisha membuatkan Fatehah berasa hairan. “Erm, setakat hari ini okay je”, jawab Fatehah jujur ikut apa yang dialaminya. “Kami jarang berbual. Masing-masing buat hal sendiri. Cuma kadang-kadang dia tergelak sorang-sorang sambil mengadap handphone. Tapi itu kira biasalah kan”, terang Fatehah. "Kadang-kadang kita pun macm tu jugak", jawab Fatehah tanpa curiga. Raisha dan  Rania hanya mendengar kata-kata Fatehah seperti melawak pun iye.


“Tapi ini yang aku musykil dari hari tu korang asyik tanya pasal Julia jer. Apa sebenarnya dah berlaku. Apa kaitan dengan Julia pula”, desak Fatehah ingin tahu dengan pertanyaan bertalu-talu. “Betul kau nak tahu ni. Tapi jangan nanti bila kitaorang dah ceritakan, kau takut nak balik bilik pulak”, sakat Rania sambil tersenyum ke arah Fatehah. “Eh korang, janganlah nak takutkan aku. Berdiri bulu roma aku ni tiba-tiba”, kata Fatehah seram sambil memeluk tubuh. Rania hanya tergelak dengan respon Fatehah. Raisha hanya tersenyum melihat kenakalan Rania tak habis-habis nak menyakat Fatehah.

“Jom aku nak tunjukkan sesuatu”, ajak Raisha supaya Fatehah mengikut di belakangnya termasuk Rania. “Nak ke mana ni Raisha, Rania”, tanya Fatehah pelik. “Ikut jelah, banyak sangat lah kau ni tanya. Kata nak tahu sangat”, jawab Rania mendengus. “Yelah-yelah”, akur Fatehah hanya mengikuti di belakang Raisha dan Rania sambil diam. “Erm nanti kalau tanya lagi kena marah pulak”, keluh Fatehah dalam hati. “Erm baik diam saja tengok apa sebenarnya berlaku”, kata Fatehah lagi dalam hati. Tiba-tiba Raisha berhenti. Fatehah dan Rania berhenti sama. Fatehah memandang sekeliling. “Tiada apa yang mencurigakan atau pelik pun. Tapi yang peliknya mereka berdua”, fikir Fatehah masih tidak tahu apa sebenarnya yang ingin ditunjukkan oleh Raisha mahupun Rania.


“Fatehah, kau nampak tak pokok pelam tu?”, tanya Raisha. Fatehah memandang ke arah pokok pelam yang dimaksudkan. “Hah kenapa pokok pelam tu. Biasa je cuma buahnya tengah lebat dan ranum. Eeeiiii geram je tengokkan. Kalaulah dapat petik makan cicah kicap dengan gula dan dipatah-patahkan cili api. Erm mabeles hot terangkat. Ngences jugak dibuatnya”, tanya Fatehah cuba berseluroh dan tergelak. “Erm kau ni Fatehah, pasal makan cepat je kan. Orang serius kau main-main pulak erk”, tegur Rania kerana Fatehah tidak serius. “Eh salah ke aku cakap”, cemik Fatehah. “Sudahlah tu Rania, Fatehah cuba jangan nak bertengkar je”, tegur Raisha ingin mengawal keadaan yang sesekali tegang dengan gelagat Rania dan Fatehah.

“Kau ingat lagi tak masa kitaorang cari kau dalam kelas tapi kau dah balik bilik. Kau kata kau sakit perut. Masa kitaorang dalam perjalanan nak ke kafeteria lebih kurang macam ni, kitaorang nampak..”, belum sempat Raisha meneruskan kata-katanya Fatehah sudah memotong. “Korang nampak hantu ke?”, tanya Fatehah gopoh. “Hiss kau ni tak sabar kan”, geram je Rania dengan sikap Fatehah. “Ehh sorry-sorry”, Fatehah perasan dia terover. “Erm memang kami nampak hantu. Hantunya adalah roommate kau sendiri, Julia”, terus terang Rania menjawab tak dapat bersabar lagi. Geram dengan sikap Fatehah sedari tadi seperti mempermainkan kata-katanya. Terdiam dan terkedu Fatehah. Matanya dibulatkan. “Betul ker? Hiss korang tapi aku gurau je ni”, jawab Fatehah mula terasa takut. “Erm….yelah kitaorang pun gurau jugak”, jawab Rania tapi dengan muka yang sangat serius.

“Tak Fatehah kitaorang serius ni. Memang aku dan Rania nampak kelibat Julia bawah pokok tu. Cuma yang musykilnya baju yang dia pakai tidak sama dengan Julia yang kami nampak di kafeteria petang itu. Lagipun kau ada bagitau Julia ada dalam bilik bersama kau pada masa yang sama kan. Masa di kafeteria tu Julia berjalan di depan kitaorang bersahaja tapi sempat dia menjeling tajam ke arah kitaorang”, terang Raisha lagi. “Yang peliknya tak tahu kenapa dia jeling kat kitaorang masa tu”, kata Rania menyambung kata Raisha. Fatehah pula masih terkedu tapi tekun mendengar penjelasan Raisha dan Rania. 


“Jadi persoalannya sekarang siapakah Julia yang kitaorang nampak di bawah pokok pelam tu”, kata Raisha lagi penuh tanda tanya. Fatehah mula bingung. “Eh eh korang, korang aku tidur bilik korang malam ni. Boleh”, spontan Fatehah meminta kebenaran, ada getar di nada suaranya. Raisha dan Rania saling berpandangan. “Tolonggg….Please…”, rayu Fatehah bersungguh. ‘Erm tadi berani sangat  kan”, sempat Rania mengusik Fatehah lagi. Muka Fatehah dah berubah pucat. “Eh kejap, aku ada plan”, tiba-tiba Raisha mendapat idea. Rania dan Fatehah saling berpandangan. “apa plan kau Raisha”, tanya Rania. 

***Apa agaknya perancangan Raisha. Adakah Raisha dan Rania setuju Fatehah menumpang di bilik mereka malam itu atau sebaliknya. Takkanlah Raisha dan Rania terlalu kejam ingin membiarkan Fatehah seorang diri mengalami ketakutan bersama Julia yang kemunculannya masih misteri. Teruskan membaca Bab 11. Jangan ketinggalan. Terima kasih semua masih sudi membaca.
8:30 PM No comments

DI SEBALIK TIRAI CANTIK

 

Harith Haykal menyedut sisa air limau ais yang masih berbaki. Tapi kepalanya ligat memikirkan sesuatu. Apa yang diceritakan Raisha dan Rania bukan sesuatu yang biasa-biasa. Perkara yang agak misteri. Antara percaya dengan tidak. Tapi sedayanya dia akan cuba membantu mereka. Cuma dia tak mampu berseorangan, tapi orang yang paling sesuai  bersama-samanya adalah Rizki.

“Tapi Harith, terpulanglah sama ada kau nak percaya atau tidak. Tapi semua inilah yang kami alami beberapa hari lalu. Dan sampai hari ini masih belum ada jawapannya”, terang Raisha ingin meyakinkan Harith. Sedari tadi semasa dia dan Rania menceritakan hal sebenar tiada respon dari Harith Haykal. Dia banyak berdiam mungkin ingin mendengar dengan jelas apa yang berlaku sebenarnya.

Harith Haykal menarik nafas panjang sambil memulakan kata. “Korang jangan risau nanti aku cuba bincang dengan Rizqi.  Macamana cara untuk bantu korang. Cuma harap korang jangan terlalu memikirkan sangat hal ini ye. Kalau ada apa-apa call je aku. InshaAllah aku sedia membantu”, menurun sahaja nada suara Harith tapi tetap mengukir senyuman dan ingin memberikan harapan. Kerana kali ini dia yakin Raisha dan Rania memang serius. Dia tak mahu bergurau tentang hal macam ini. “Terima kasih Harith”, ucap Raisha sedikit lega. “Terima kasih Harith”, Rania juga mengucapkan terima kasih atas kesudian Harith Haykal ingin membantu mereka. Harith Haykal hanya menganggukkan kepalanya tanda menerima.

“Cuma……aku sedikit musykil tentang Julia”, tiba-tiba Harith Haykal cuba membicarakan tentang Julia. “Julia tu memang  pelik atau aku jer yang perasan. Tapi apa yang kau musykilkan tentang Julia”, Rania cuba memberikan gambaran tentang diri Julia bila respon dari Harith seperti tidak mempercayai kata-katanya. “Eh tak ada apalah”, jawab Harith Haykal tak nak merumitkan keadaan. Biar dia dengan Rizki cuba membantu dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadapi oleh Raisha dan Rania. Satu persatu. “Macam aku katakan tadi, aku akan berbincang dengan Rizki macamana”, ulang Harith Haykal lagi.


“Aku ada cadangan. Tapi terpulanglah pada korang berdua nak terima atau tidak. Apa kata kalau korang berdua cuba bertanya sendiri dengan Julia tentang apa yang telah berlaku”, cadang Harith Haykal. “Maksud kau?”, tanya Rania ingin kepastian. “Bersemuka dengan Julia.  Beritahu semuanya apa yang telah berlaku dan sedang menghantui korang berdua. Mungkin Julia ada jawapannya”, terang Harith Haykal lagi. “Dalam masa yang sama, aku dan Rizki cuba mencari jalan penyelesaian segala misteri yang berlaku ni”, kata Harith Haykal lagi. “Mungkin di situ ada petunjuknya”, kata Harith lagi ingin menyakinkan keduanya. Cuma Raisha dan Rania hanya diam cuba memikirkan sesuatu. “Tapi nak ke Julia dengar semua ni. Aku tak yakin dia akan percaya”, kata Raisha kurang yakin dan memikirkan sebaliknya. Rania seperti tidak setuju dengan cadangan Harith Haykal. Raisha masih berdiam.

 “Erm kejap. Bukan ke korang rapat dengan Fatehah. Roomate Julia. Korang boleh dapatkan maklumat dari Fatehah juga. Lagi mudah kot”, cadang Harith Haykal dari sejak tadi telah banyak memberikan cadangan dan jalan. “Betul juga tu. Fatehah orang yang paling dekat dengan Julia kerana mereka sebilik”, kata Rania seperti mendapat idea. “Aku ada terfikir juga cuma tak terlafaz”, baru Raisha bersuara sedari tadi hanya berdiam. “Cuma aku sedikit musykil. Fatehah pernah bagitau Julia orangnya suka menyendiri dan tak banyak cakap. Tapi masa dia tegur kau tadi sangat berbeza perwatakannya. Nampak dia sangat peramah dan mesra”, terang Raisha mengingatkan sesuatu. “Ha ah betul kata Raisha. Aku pun perasan”, Rania menyiakan kata-kata Raisha. Harith Haykal tiba-tiba ketawa. “Erm korang silap. Rasanya korang memang tak kenal siapa Julia kan”, kata-kata Harith Haykal menjadikan segalanya semakin rumit.

“Selama aku kenal Julia, dia seorang yang sangat periang. Happy go lucky dan friendly. Sebab dah banyak semester sekelas dan satu group dengan dia”, terang Harith Haykal sangat bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Fatehah kepada mereka. Cuma Julia yang mereka pernah nampak seperti dua orang yang sama tapi berbeza perwatakan. Dari segi pakaian juga ada perbezaan. Baru Rania terperasan akan hal itu. “Hisss..tak mungkinlah”, tiba-tiba Rania bersuara. “Apa dia Ran?”, tanya Raisha hairan dengan kata-kata Rania. “Memang ada yang tak kena”, jawab Rania sangat yakin. Raisha dan Harith Haykal saling berpandangan tak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Rania.
8:18 AM 8 comments

Selamat petang sahabat Blogger semua. 



Hari-hari cuti ada sedikit masa terluang untuk sambung berkarya. Sambil duduk-duduk santai, buka laptop idea datang mencurah-curah. Alhamdulillah rugi rasanya kalau tak diterjemahan untuk menyambung semula karya bergenre seram sulong ini. Berbunga-bunga gambar profile untuk nukilan ini. Bunga sesuatu yang cantik dan segar.

Istimewa buat semua peminat novel Di Sebalik Tirai Cantik, tinggal beberapa bab sahaja lagi saya akan kongsikan. Walau bagaimanapun, masih banyak yang perlu ditambahbaik untuk menghasilkan novel bergenre sebegini yang agak sukar dan mencabar. Idea-idea datang bukan dari pengalaman seratus peratus tetapi lebih kepada imaginasi penulis dan sedikit perkongsian rakan-rakan juga.

Sukacita ingin dimaklumkan Novel Di Sebalik Tirai Cantik akan berakhir pada Bab ke 13. Setakat hari ini,  saya sudah kongsikan sehingga Bab 8. Feedback diterima masih positif dan rata-rata sahabat semua suka dengan jalan ceritanya. Antara feedbacknya ada yang berasa seram bila membaca. Ada yang akan membaca pada waktu siang sahaja kerana tiada kekuatan untuk membaca di waktu malam ( sama jugak dengan penulis sebenarnya) dan ada juga yang tak sabar menanti bab demi bab selanjutnya untuk mengetahui apa yang akan berlaku. Semua itu terpulang kepada kesesuaian sahabat semua. Yang penting sahabat semua suka dan terus membaca agar dapat menikmati hasil karya saya ini. 

Untuk membaca kisah penuh selanjutnya diharap sahabat pembaca semua dapat menunggu sehingga ada rezeki novel ini diterbitkan. Semoga impian saya dan keinginan sahabat pembaca semua dimakbulkan Allah dengan izinNya. Apapun saya amat berterima kasih di atas sokongan semua sahabat dan amat menghargai kerana tetap membaca walaupun saya bukanlah penulis yang ada nama. Masih belajar bertatih dalam bidang penulisan ini. Masih banyak kelemahan dan perlu diperbaiki. Tapi dengan sokongan dari kalian semua saya tak patah semangat malah lebih bersemangat, lebih kental dan gigih berusaha hingga sampai ke puncak kejayaan.

 InshaAllah malam ini saya akan kongsikan Bab 9 Di Sebalik Tirai Cantik. Jangan lupa sahabat semua untuk share kepada sahabat di luar sana yang suka membaca karya-karya sebegini untuk sama-sama melawati Blog ini. Segala sokongan dan kerjasama semua amatlah saya hargai dan diucapkan berjuta terima kasih. Love-love semua. Selamat Membaca.

5:24 PM No comments

Pening lalat kadang-kadang
Hanya kerana sesuatu perkara
Yang mungkin boleh dikategorikan sebagai masalah
Kadangkala nampak remeh dan kecil sahaja
Tapi memberi kesan dan impak yang besar
Jika nak difikir jadi masalah
Jika tak difikir rasa bersalah
Kalau tak difikir juga boleh jadi serba salah
Tapi kalau boleh difikir dengan positif & rasional
Mungkin boleh selesaikan masalah

Moral of the story - 
Jangan jadi serba salah. Tapi fikirkan sesuatu dengan tenang dan ambil masa untuk fikirkan penyelesaian yang lebih rasional. Jangan cepat melenting bila menghadapi sesuatu masalah atau tekanan. Sebaiknya rilekskan hati dan minda. Duduk diam sambil mengimbas kembali segala punca. Cari ruang dan masa. Kerana setiap masalah sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Cuma kita kena bijak menanganinya agar tidak menjadi stress atau tekanan buat diri sendiri. Berfikir berkali-kali tapi membuat keputusan hanya sekali. Dan pastikan keputusan itu adalah yang terbaik. Agar tidak membuang masa yang ada. Kerana semakin kita melengahkan masa lebih banyak kerugian yang akan kita terima. Semoga kita sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak. Dan hasil yang terima akan membuatkan kita rasa gembira dan lega.

Saja ingin berkongsi pendapat. JIka sahabat semua ada pendapat yang lebih baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah, bolehlah berkongsi dalam Blog ini. Sama-sama kita mencambah ilmu dan pengalaman. Sharing is caring.
12:16 PM No comments



“Assallamualaikum. Boleh saya duduk sama”, pinta Harith Haykal. Terhenti Raisha ingin menyuap makanan. Rania menoleh mana datangnya suara garau lelaki yang menyapa. “Eh..Harith. Waalaikumussallam", terkejut Raisha begitu juga dengan Rania. Boleh apa salahnya, tempat awam pun kan”, jawab Raisha agak terkejut tapi tetap menyambut baik kehadiran Harith Haykal. “Korang apa khabar. Semester ni baru kita dapat jumpakan”, terang Harith Haykal dan duduk bertentangan dengan Raisha. “Rindu ker?”, tanya Raisha spontan. Harith Haykal hanya tersenyum dengan pertanyaan Raisha. “Kau sorang je ke. Mana kawan baik”, Rania bertanyakan tentang seseorang sambil meninjau kalau-kalau ada orang yang dimaksudkan. “Maksud kau, Rizqi. Erm semester ni kitaorang tak geng”, jawab Harith Haykal berseluroh. Raisha hanya tersenyum. Rania seperti tidak berpuashati dengan jawapan Harith Haykal yang cuba ingin bergurau. “Hisss tak adalah. Tadi ada dengan aku tapi dia ada hal. So dia keluar kejap ke bandar”, terang Harith Haykal membetulkan keadaan.

“Kebetulan dah jumpa dengan kau ni, aku ada hal nak bincang”, tiba-tiba Raisha bersuara. Rania hanya memandang ke arah Raisha. Tidak tahu apa yang ingin dikatakan oleh Raisha sebenarnya. “Ada apa, aku okay je. Lagilah kalau pasal korang berdua kan no hal punya”, kata Harith Haykal berasa teruja. “Eh ke situ pulak dia. Jangan nak perasan ye”, Rania cuba menidakkan kata Harith Haykal. “Ran..rilekslah. Aku rasa kita kena minta pertolongan diorang. Lagipun Rizqi seorang yang tinggi pendidikan agamanya. Mungkin dia boleh bantu kita”, sambil Raisha memandang kepada Rania agar memahami apa yang ingin dikatakan. Rania hanya diam sahaja akur dengan kata-kata Raisha. “Eh korang, ada masalah ke. Macam berat pulak aku rasa ni”, Harith Haykal rasa ada sesuatu yang tak kena. Memek wajah Raisha juga nampak serius. “Okaylah, cuba cerita. Apa sebenarnya berlaku pada korang ni”, gesa Harith Haykal ingin tahu.

“Ehem..ehem…ada jejaka pujaan ramai di sini rupanya. Harith dari dalam kelas I cari you. Rupanya kat sini”, tiba-tiba muncul Julia di antara mereka. Hampir terbeliak mata Raisha dan Rania. “Kenapa Julia terlalu manja dengan Harith. Mereka ada apa-apa hubungan ker”, teka Raisha dalam hati. Rania hanya memandang dengan pandangan kurang senang. “Lain macam jer si Julia ni. Berbeza-beza perwatakan dia. Pelik”, fikir Rania pula dalam hati. Harith Haykal hanya tersenyum memandang ke arah Julia. “Eeeeiii meluatnya aku tengok”, bisik Rania di telinga Raisha. Tapi Raisha hanya diam tanpa kata. “Eh Julia sorry. I ada hal tadi. Erm kalau pasal perbincangan assignment tu nanti kita bincang dalam whatsap group ye. Sekarang I ada perbincangan dengan diorang”, sambil Harith Haykal mengenyitkan mata kepada Raisha. Minta pertolongan mereka untuk menyakinkan Julia. “Hah..ha ah, kitaorang ada hal nak bincang”, Raisha faham dengan isyarat Harith Haykal sambil menganggukkan kepalanya. “Owh, okaylah kalau macam tu. Sorrylah kalau I ganggu you all semua. Tapi Harith you jangan lupa pulak info dalam group tau. ASAP”, kata Julia manja sambil matanya menjeling tajam ke arah Raisha dan Rania.

“Julia, thank ye tolong hantarkan parcel saya tempohari”, Rania teringat kembali Julia yang menghantarkan kiriman pos barang yang diordernya tempohari. Sambil Rania bangun ingin mengucapkan terima kasih. Kerana hari itu Rania tak sempat nak bertanya lanjut tentang parcel tu Julia sudah nak beredar. Tapi, jawapan Julia amat menghairankan. “Baraaang? Barang apa ye”, tanya Julia dengan wajah hairan. Macam tak ada pulak”, jawab Julia tapi seperti tidak ambil serius dengan pertanyaan Rania. “Eh okaylah I beredar dulu”, Julia berlalu meninggalkan mereka bertiga.Tapi Julia telah meninggalkan tanda tanya di hati Raisha dan Rania. “Raisha, bukan ke Julia yang…….?”, tanya Rania kepada Raisha perlahan. Raisha juga terkedu dengan jawapan Julia. Berubah wajah Raisha begitu juga dengan Rania. 


“Ran dah duduk dulu", sambil tangan Raisha menarik tangan Rania agar duduk semula. Kerana selepas Julia berlalu Rania masih berdiri kaku. Harith Haykal sedari tadi hanya memerhatikan terasa pelik dengan apa yang sedang berlaku. Apa pula kaitannya dengan Julia. "Its okay Ran. Sebab itulah kita kena bincang ni”, kata Raisha yang terasa semakin keliru sambil matanya memandang tepat ke dalam mata Harith Haykal. Tapi Raisha cuba bertenang. Cuma Rania agak gopoh. Semakin bingung di kepala Raisha dan Rania memikirkan apa yang berlaku sebenarnya. Pandangan mata Raisha memberi isyarat kepada Harith Haykal ada sesuatu yang ingin diperkatakan dan perlukan bantuannya. "Okay korang, sekarang cuba  bertenang. Cerita satu persatu. Saya akan dengar", Harith Haykal dah bersedia untuk mendengar apa jua yang bakal dia ketahui sebentar nanti.



10:48 PM 2 comments

Menyintai
Tak semestinya memiliki

Menerima 
Tak semestinya setuju

Mencari 
Tak semestinya kehilangan

Menjauh 
Tak semestinya membenci

Gembira 
Tak semestinya suka

Sedih 
Tak semestinya berduka

Diam 
Tak semestinya malas 

Setiap kata memberi berbagai makna

Yang merasainya sahaja yang mengetahui

Tapi manusia seringkali suka membuat andaian

Tekaan demi tekaan 

Kadangkala tiada kebenaran

Oleh itu  

Lihatlah sesuatu dari mata hati

Kerana
Kadangkala mata menipu

Kerana 
pandangannya melulu 

Kerana
Kadangkala bibir berdusta 

Kerana
Kata-katanya ada cemburu 

Kerana
Kadangkala wajah pura-pura

Kerana
Memek wajah yang tiada pesona

Buatlah penilaian bukan zahirnya sahaja
Tapi letakkan mata hati dan pandangan tiada dengki
Pasti mata tidak tersilap menilai lagi
Tanpa rasa ragu dan benci 
Kerana keihklasan akan terpancar sendiri


 

9:25 PM 4 comments




Raisha berjalan beriringan dengan Rania. Mulut keduanya terkumat kamit membaca Ayat Kursi. Perlahan sekadar terdengar di telinga mereka. “Hai Raisha. Rania. Korang dari surau ye”, keduanya disapa oleh Maslini yang sedang berdiri di korridor depan biliknya. Di tangannya memegang handphone. Mungkin baru habis menjawab telefon. Tapi masih sempat Maslini menegur Raisha dan Rania dalam perjalanan dari surau nak balik ke bilik. Kedudukan bilik Maslina dengan bilik mereka hanya selang empat buah bilik. Tapi Raisha mahupun Rania hanya mengukir senyuman tak mampu membalas pertanyaan itu. Ini kerana mereka sedang kusyuk membaca Ayat Kursi hingga ke bilik. Mereka tidak mahu terputus. Maslini hanya tersenyum melihat gelagat pelik dua orang sahabat itu yang berlalu di depannya tanpa menyahut pertanyaannya. Tapi Maslini tak ambil hati tentang mereka. Sepanjang mereka melalui beberapa bilik yang terbuka, sempat mereka menjeling ke tingkap bilik-bilik tersebut. Semua bilik yang mereka lalui tiada berlangsir. Kosong.

Sampai betul-betul keduanya di depan pintu bilik, Raisha memberikan isyarat berhenti. Raisha  membaca Bismillah disambung ayat Kursi dibaca sampai habis pada kadar suara yang tidak kuat, sambil perlahan-lahan Raisha membuka pintu. “Kriiiuuukkk”. Bunyi pintu dikuak. Rania hanya berpaut di bahu Raisha. Namun yang terdengar hanya bunyi kipas angin sedang laju berpusing. Mata keduanya hanya difokuskan pada tingkap. Hairan tingkap tertutup rapat. Walaupun kain langsir sesekali bergerak kerana ditiup angin kipas angin yang agak laju tapi berbeza apabila angin dari luar menerbangkan langsir. “Alhamdulillah”, ucap Rania sambil mengurut dada. Lega keduanya. Raisha dan Rania  tanpa rasa ragu masuk ke dalam bilik. Dikemaskan apa yang patut dan terus bersiap untuk ke kuliah. Tapi mulut keduanya masih tidak lekang dari membacakan ayat-ayat suci Al Quran. Pagi itu mereka ingin pergi awal kerana tidak mahu berebut-rebut bila naik bas nanti. Biar awal agar tidak terkejar-kejar nanti.

Di bus stop sudah ramai student yang menunggu bas. Tiba-tiba seperti ada sedikit kekecohan. Rupanya di celah-celah student itu keluar Fatehah. “Hiss..korang ni tepilah sikit. Tolong bagi laluan, bagi laluan”, agak kuat suara Fatehah. Selamba sahaja Fatehah cuba merempuh kumpulan student yang sedang beratur dan agak sesak di bus stop. Kelihatannya agak tergesa-gesa ingin mendapatkan Raisha dan Rania.Tapi Raisha dan Rania hanya tenang berdiri di hujung bus stop kerana tidak mahu bersesak-sesak dengan student yang lain. Mereka hanya melihat gelagat Fatehah yang mencuit hati. “Hai, dari tadi aku mencari-cari korang. Ingatkan dah kena tinggal”, bebel Fatehah. “Nak tinggal apanya. Dah tentu bus stop ni cuma satu. Bas pun belum sampai. Mana nak hilangnya kitaorang ni”, jawab Rania malas nak melayan sangat Fatehah. Tetapi disambut dengan senyuman oleh Fatehah.


“Eh, room mate kau tak naik bas sekali ke”, Raisha mendekatkan mulutnya ke telinga Fatehah berbisik. “Owh dia kelas kul 10.00. biasalah masih membuta”, direct sahaja Fatehah berkata sambil mencebikkan bibirnya. Tersenyum Rania dan Raisha. “Kau ni tak takut erk”, tiba-tiba terkeluar ayat yang tak dijangka oleh Fatehah. Timbul persoalan dalam fikiran Fatehah apa yang dimaksudkan oleh Rania. Dia kurang jelas. “Apa maksud kau Rania?”, Fatehah bertanya ingin kepastian. Belum sempat Rania ingin membuka mulut, Raisha dengan pantas menyenggol lengan Rania. “Eh tak ada apalah Fatehah. Kau kan tahu Rania ni suka sangat mengusik kau. Jangan dilayanlah”, sambil Raisha mengenyitkan mata kepada Rania. Tapi Rania mengetap bibirnya kerana dihalang Raisha untuk meneruskan kata. “Betul ni, ke ada sesuatu yang korang sorok dari aku”, Fatehah tertanya sendiri kerana seperti ada sesuatu rahsia yang disimpan oleh Rania mahupun Raisha. “Eh jom-jom beratur cepat. Bas dah sampai”, ajak Raisha. Persoalan Fatehah tergantung begitu sahaja di situ. Tapi dari riak wajah Fatehah masih ada perasaan tidak berpuas hati dengan kata-kata Rania tadi. “Peliklah diorang ni. Dari kelmarin sibuk bertanyakan hal si Julia. Mesti ada sesuatu”, fikir Fatehah dalam hati. “Erm tak mengapalah lambat laun dia akan tahu juga nanti”, Fatehah masih bertanda tanya tapi tak mahu terlalu memikirkannya. Sepanjang perjalanan dilihat Raisha dan Rania bersahaja seperti tiada apa-apa berlaku. Di dalam bas Fatehah duduk dengan student lain. Raisha dan Rania duduk di kerusi hadapannya. Tapi Fatehah terperasan Rania sesekali menoleh ke belakang ke arahnya sambil menjeling dengan mengukir senyuman penuh makna. Ia menambahkan lagi rasa tanda tanya dalam diri Fatehah.






8:38 PM 4 comments






Assallamualaikum dan salam kasih sayang sahabat Blogger semua. 
Baru berkesempatan untuk menjawab semua komen-komen sahabat rakan pembaca semua. Alhamdulillah syukur untuk percubaan pertama Novel bergenre seram, sudah sampai perkongsian hingga Bab ke 6. Ramai sahabat-sahabat yang menantikan cerita seterusnya dengan sabar. Saya amat menghargainya dan sangat berterima kasih.

Banyak feedback yang diterima baik dari semua sahabat Blogger yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya untuk terus berkarya. Walau bagaimanapun, dengan hati terbuka saya akan terima apa jua teguran sekiranya ada untuk saya memperbaiki dan menambahbaik untuk hasilkan karya yang terbaik dan dapat diterima oleh semua peminat Novel dan para pembaca. Kerana untuk berjaya kita perlukan komen dan teguran sama ada positif atau negetif dengan hati yang terbuka. Sentiasa berlapang dada dan merendah diri. Setiap teguran itulah yang akan menjadikan kita belajar dari kekurangan dan sebagai pemangkin untuk terus mengejar kejayaan.

Baru nak bertatih. Namun kerana minat yang mendalam di bidang penulisan walau tanpa pengalaman, tapi saya tetap akan berusaha dan belajar sesuatu yang baru. Rasa kecewa kerana masih belum berhasil untuk mempunyai buku sendiri tetap ada. Tapi dengan adanya Blog ini terubat juga rasa itu. Ini kerana sudah beberapa kali percubaan untuk penilaian untuk 2 buah novel masih belum menemui kejayaan. Namun sebagai manusia biasa kita kena sabar dan redha. Allah ingin menguji hambanya. Ingin tahu sejauhmana kita dapat menerima segala ketentuanNya. Walaupun kita telah berusaha. Tapi yakinlah sesuatu yang pahit akan manis juga akhirnya. Kalau bukan sekarang mungkin sikit masa lagi. Saya sentiasa memandang positif setiap apa yang berlaku. Dan setiap yang berlaku sudah tentu ada hikmahnya yang kita sendiri yang dapat merasainya. 

Saya amat terharu dengan segala sokongan yang semua sahabat berikan selama ini. Walaupun ada yang masih menanti dan bertanya tentang buku saya sama ada sudah terbit atau belum, walaupun perlu menunggu bertahun. disebabkan itu jugalah saya membina Blog ini untuk memberikan kepuasan buat sahabat yang amat meminati pembacaan novel untuk menilai karya saya di sini. Mungkin inilah batu loncatan untuk mengukir kejayaan dan menjadi kayu pengukur untuk lebih maju dan meningkatkan potensi diri untuk terus berkarya.

Selepas Di Sebalik Tirai Cantik habis untuk perkongsian, saya akan sajikan sahabat semua dengan Novel Bergenre Cinta. Kebanyakan feedback sahabat lebih ramai yang meminati cerita bergenre Cinta. InshaAllah sebolehnya saya akan tunaikan permintaan semua di dalam Blog ini. So nantikan kemunculannya. Untuk hari ini itu sahaja perkongsian saya. Jangan lupa baca Puisi Ku Di Sini Kerana Kehidupan. Dan esok saya akan kongsikan Bab 7 Di Sebalik Tirai Cantik. Jangan lepaskan peluang untuk membacanya. Bagi sahabat yang baru membuka Blog ini, bolehlah membaca Di Sebalik Tirai Cantik dari Bab 1 untuk mengetahui Plot dan dapat memahami jalan ceritanya. Apapun terima kasih sekali lagi kepada semua sahabat Blogger EISHA ERISHA.....
SELAMAT MEMBACA SAMBIIL SANTAI-SANTAI..


 

 


6:09 PM No comments



Di situ ku pernah terjatuh
Tapi ku gagah bangkit kembali
Di situ banyak memori indah tercipta
Ada suka ada duka
Tapi ku jadikan sebagai kenangan
Di situ ku belajar erti kehidupan
Tapi ku ukirkan menjadi pengalaman dan pengajaran
Di situ ku dapat rasa kebahagiaan dan kegembiraan
Tapi ku tetap mengukir senyuman
Di situ tempat menggali ilmu
Mencarik mimpi menggapai impian
Akhirnya pasti untuk kemuncak kejayaan
Di menara gading mengumpul sejuta impian
Akhirnya kini pasti
Ku genggam segulung ijazah
Demi kebanggaan ibu dan ayah
Di sini bermula satu perjuangan
Pergi jauh mengembara
Demi secangkir ilmu dan bekalan
Perih jerih suka duka
Dihadapi dengan redha
Bertemankan kawan-kawan
Jauh dari keluarga dan taulan
Demi secangkir ilmu dan bekalan
Ku gagahi walaupun pelbagai rintangan
yang kunjung tiba
Bukan mudah untuk senang
Semuanya memerlukan pengorbanan
Di sini ku hanya ada teman-teman
Dalam suka duka meniti kehidupan
Ku hanya seorang pengembara ilmu
Dari jauh ku datang
Demi secebis harapan di puncak kejayaan



5:36 PM 2 comments

DI SEBALIK TIRAI CANTIK 

Tidur malam tadi dilalui dengan tenang oleh Raisha dan Rania. Tiada kejadian pelik berlaku seperti malam sebelumnya. Masing-masing dapat tidur dengan lena tanpa sebarang gangguan. Mungkin masing-masing keletihan seharian kuliah. Raisha terjaga. Dilihat jam di dinding menunjukkan 5.30 pagi. Waktu solat subuh hampir tiba. Raisha bangun sambil mengeliatkan badannya. Dia duduk bersila di atas katil, belum ingin turun. Dia ingin merehatkan dulu badannya.Terasa sejuk pula hingga ke tulang. Di pandang ke atas, kipas di syiling bergerak laju. “Patutlah sejuk. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Masih beri peluang untuk aku bernafas hari ini”, sempat Raisha mengucapkan rasa syukur kepadaNya sambil menarik nafas dalam dan dilepaskan. Dilihatnya Rania masih lena tidur sambil berdengkur tapi perlahan. “Erm nyenyak lagi tidur Rania ni”, kata Raisha perlahan. Di pandangnya tingkap. Tenang sahaja tiada yang ganjil. Tingkap tertutup rapat ditutupi oleh langsir. “Cantik langsir tingkap ni. Tapi pelik kenapa student sebelum ni tak ambil ye. Dibiarkan untuk semester ini. Tapi tak mengapalah, mungkin dia ingin bersedekah. Lagipun langsirnya pun cantik. Warna kuning keemasan tapi soft sahaja warnanya. Siap ada scarlop berwarna kelabu kehitaman. Tapi warnanya sangat matching dan nampak seperti baru dan bersih serta ada berbau wangi. Erm rezeki kitaoranglah menghuni kat bilik ni”, Raisha berkata sendirian dalam hati sambil tersenyum tanpa rasa curiga. Terlupa seketika tentang misteri tingkap itu. “Ehhh apa aku merepek ni. Tingkap pulak aku kisahkan.

Hisss…Ran..Ran…bangun. Dah subuh ni”, Raisha tersedar dari mengelamun dan terus bangun mengejutkan Rania. Azan subuh sudah berkumandang jelas kedengaran dari masjid kampus yang kebetulan berdekatan dengan blok tempat tinggal mereka. “Hah…okay-okay”, jawab Rania masih mamai. Hanya bersuara tapi masih berbaring dengan mata tertutup lagi. Semakin ditarik selimutnya ke kepala. Raisha mengelengkan kepala. “Aku nak mandi ni. Nak sekali tak?. Karang sibuklah nak berteman bagai”, bebel Raisha dengan meninggikan suaranya mengingatkan Rania sambil menjeling kepada Rania. “Iyah.. aku bangunlah ni. Erm baru jer nak bermimpi”, jawab Rania bangun terpaksa sambil mengeliat beberapa kali. “Apa? Baru nak mimpi. Hei kawan, dah subuh. Kalau iyepun nak bermimpi malam tadi bukan sekarang”, bebel Raisha lagi. “Yelah-yelah”, sambil Rania mencebikkan bibirnya pada Raisha. “Orang gurau ajelah”, kat Rania perlahan tapi masih dapat didengar oleh Raisha. “Erm dahlah tu, cepat sikit kang penuh bilik mandi tu”, ajak Raisha. Sepantas kilat Rania bangun dan mencapai tuala dan alatan mandi. Malas sahaja ingin melangkah. Raisha sudah siap bersedia untuk ke bilik mandi sambil menunggu Rania di muka pintu. Cuaca di luar masih gelap.

“Eh korang, awal jugak bangun. Kuliah pagi ker”, Raisha di sapa Sharlene. “Ada kelas kul 8.00. Nak solat subuh dan bersiap awal”, jawab Raisha menyambut sambil tersenyum. “Dah mandi ke”, tanya Raisha kepada Sharlene. “Belum. Awal lagi’, sambil Sharlene berjalan masuk ke biliknya. Raisha hanya mengangkat bahunya. “Hei beb, cepaaaatlaaaah”, jerit Raisha kepada Rania yang masih tak keluar dari bilik. “Yelah dah siap ni. Kau cakap dengan siapa tadi”, tanya Rania seperti mendengar perbualan Raisha dengan seseorang. “Sharlene”, jawab Raisha. “Sharlene ori ke atau…”, sambil Rania tersenyum nakal. “Hiss dah jangan fikir yang bukan-bukan. Cepatlah”, gesa Raisha tak nak diselubungi misteri lagi. Keduanya jalan beriringan ke bilik mandi. Sunyi jer bilik mandi. “Erm diorang ni tak bangun subuh ke”, tegur Raisha. “Hiss kau ni, manalah tahu semuanya tengah bulan mengambang”, sambil Rania tertawa kecil. “Mungkin kot”, jawab Raisha pendek.

Selesai mandi keduanya berjalan beriringan menuju ke bilik. Tapi baru nak melangkah masuk ke dalam bilik, tiba-tiba terasa angin bertiup agak kuat. Kain langsir tersingkap dek hembusan angin. Rupanya tingkap terbuka separuh. Amat jelas tapi suasana di luar masih gelap.  Raisha dan Rania saling berpandangan. “Siapa?”, tanya Raisha kepada Rania. Tapi Rania hanya mengangkat bahu. “Eh beb, kita solat kat surau saja lah”, ajak Raisha tiba-tiba. Rania dan Raisha meletakkan barangan mandian kelam kabut dan terus mencapai telekung. Cepat-cepat keduanya keluar dari bilik. Kedegang. Pintu ditutup agak kuat. Keduanya berjalan sepantas yang boleh. “Oooppppsss…Ya Allah”. Raisha hampir terlanggar seseorang. Dilihatnya Marissa di depannya. Kebetulan Marissa baru melangkah keluar dari biliknya. Tak disangka Raisha dan Rania yang sedang berjalan agak laju betul-betul muncul di depan pintunya. “Hisss apahal dengan korang ni. Berjalan macam tak cukup tanah. Dahlah tu tak tengok-tengok dah. Nasib baik tak tercium”, bebel Marrissa sambil tertawa kecil. Ditangannya ada baldi kecil berisi barangan mandian hampir-hampir terjatuh dilanggar Raisha. Rania di belakang Raisha hampir berlanggar dengan Raisha pula.

“Marissa, sorry-sorry. Tak sengaja. Ha ah kami nak cepat pergi solat kat surau. Sorry ye tak perasan awak”, jawab Raisha sedikit bergetar. Rania hanya menganggukkan kepalanya. Sempat Raisha menjenguk ke dalam bilik Marissa. Tingkapnya tiada berlangsir sangat lapang. Teman sebilik Marissa, Umairah kalau tak silap masih tidur nyenyak di atas katil. “Erm tak mengapalah. Aku pun silap, keluar tak pandang kiri kanan”, kata Marissa mengakui juga dia salah. “Eh kitaorang pergi dulu ye”, jawab Raisha terus berjalan diikuti Rania di belakangnya. Marissa terus berjalan sendirian ke bilik air. Tapi sudah kelihatan beberapa orang student penghuni Blok yang sudah keluar untuk ke bilik air. “Tengok tu, dah ramai dah. Kalau kita lambat mandi tadi dah kena Q”, kata Raisha mengingatkan Rania. “Erm betullah kan”, Rania hanya menyiakan kata-kata Raisha.

Sampai di surau. Kosong. Tiada seorang pun kariah di surau. Raisha dan Rania terus membentang sejadah dan bersolat sunat dan diikuti solat Fardhu Subuh. Selesai keduanya bersolat. Raisha membuka telekung dan dilipat kemas. Rania masih di dalam telekung. “Raisha. Betul ke apa yang kita nampak tadi?”, tanya Rania masih ragu-ragu. Raisha memandang tepat ke mata Rania. “Entahlah Ran. Misterikan bilik kita tu”, kata Raisha agak tenang. “Tapi yang lagi misteri tingkap tu”, kata Rania pula. “yup betul tu. Tadi aku sempat menjengah dalam bilik Marissa. Tingkap diorang kosong, tiada langsir. Berbeza dengan bilik kita ada langsir. Bukan sahaja ada tapi sangat cantik, bersih dan wangi”, terang Raisha lagi. “Betullah Raisha. Macam ada yang tak kena kan”, Rania cuba memikirkan sesuatu. Kedua-duanya terdiam seketika. “Raisha, aku takutlah nak masuk bilik”, kata Rania. “InshaAllah. Dari surau ni kita jangan berhenti baca Ayat Kursi hingga sampai dalam bilik. Ingat tu”, ajar Raisha. “Owh..okay-okay”, Rania hanya mengikut kata Raisha yang nampak lebih berani dari dirinya.

6:32 PM 2 comments




Assallamualaikum wbt dan Salam kasih sayang semua sahabat Blogger. 
Mari teruskan membaca untuk merungkai misteri Di Sebalik Tirai Cantik. 
SELAMAT MEMBACA SEMUA


DI SEBALIK TIRAI CANTIK

Raisha masuk ke dalam bilik dan duduk di atas katil. Diam tiada kata. Memandang ke arah Rania yang sedang melipat pakaiannya. “Ke mana tadi? Kau ni macam chipmore dah aku tengok”, seluroh Rania sambil sekilas memandang Raisha yang duduk membatu. “Tak adalah aku pergi bilik air tadi nak terkucil dah tak tahan”, Raisha cuba menyembunyikan sesuatu. Raisha mencapai semula novel yang baru dibelinya. Ingin menyambung semula yang terhenti tadi. “Malam ni kan malam jumaat. Elok kalau kita baca Yassin lepas solat Maghrib nanti”, cadang Rania. Raisha mengangkat kepalanya memandang ke arah Rania. Di tutup novelnya yang baru nak dibaca. “Bagus cadangan tu. Okay-okay. Lagipun…….”, kata-kata Raisha terhenti. Matanya memandang ke segenap sudut bilik mereka. Matanya terhenti di tingkap yang ditutupi dengan langsir yang cantik itu.


Tidak semena-mena terasa bulu romanya seperti berdiri tiba-tiba. Rania memandang ke arah Raisha kehairan. “Tapi apa?”, tanya Rania ingin penjelasan. “Suka sangat ayat tergantung bila bercakap kan”, bebel Rania. “Kita mungkin lupa nak beri salam masa masuk bilik ni tempohari”, jelas Raisha. Rania seperti dapat menangkap maksud kata-kata Raisha. Rania akur. “Yup, mungkin”, jawab Rania pendek. Azan sudah berkumandang menandakan telah masuk waktu Maghrib. Raisha dan Rania sepantasnya mengambil wuduk dan  menunaikan solat Magrib diikuti bacaan Yassin dan tahlil. Mereka menunggu sehingga selesai solat Isyak. Agar tenang jiwa mereka dan mudah-mudahkan yang mengganggu sejak malam semalam akan berakhir.

“Alhamdulillah. Tenang rasanya”, kata Rania kepada Raisha. “Betullah. Mudah-mudahan. Niat kita pun ingin menuntut ilmu. Semoga kita semua dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik”, doa Raisha. Tetapi baru sahaja Raisha dan Rania berasa tenang. “Tok..Tok..Tok…”, Tiba-tiba pintu diketuk beberapa kali. Kuat juga ketukannya. Raisha dan Rania saling berpandangan kehairanan. Terkejut pun ada. “Siapa pulak datang malam-malam ni”, bebel Rania sambil bingkas bangun kerana kedudukannya lebih hampir dengan pintu. Raisha hanya memandang. “Kriukkk……”. Pintu di buka perlahan. Kosong. Tiada sesiapa di muka pintu. Rania memberanikan diri ingin menjengah keluar. Kosong sahaja di kiri dan di kanan koridor. Tiada kelibat sesiapapun yang kelihatan. Suasananya sunyi sepi. Cepat-cepat Rania menutup pintu kembali dan terus mengunci pintu. Jantungnya berdegup laju. Mukanya sedikit pucat seperti sedang ketakutan. “Siapa?”, tanya Raisha. Rania yang rasa badan seperti seram sejuk hanya menjungkitkan bahunya. Tapi Raisha tidak memandang ke arah Rania. Misteri itu datang lagi.  “Erm masih nak main-main lagi”, kata Raisha spontan tapi rileks sahaja seperti tiada apa-apa berlaku. Rania hanya diam membisu dan terus duduk di katilnya. Peluh turun dengan laju dapat dirasakan dahinya. Tapi Raisha selamba sahaja meneruskan membaca bab seterusnya novel bertajuk Jika Cinta itu Pergi tanpa menghiraukan Rania sedang dalam ketakutan. Kerana Raisha rasa lebih kecewa kerana bacaannya asyik terhenti. Tiada feeling ingin meneruskan bacaan. “Huaawah”. Raisha menguap beberapa kali. Terasa mengantuk tiba-tiba. Dipandangnya Rania. “Ran, kau okay tak ni?”, tanya Raisha yang baru terperasan keadaan Rania. “Erm..okay-okay. Cuma terkejut je tadi”, jawab Rania dah kembali normal.

“Assallamualaikum….”, ada suara memberi salam diikuti dengan ketukan di pintu beberapa kali. Tak sampai berapa minit sebentar tadi ketukan tanpa orang, mereka didatangi oleh suara memberi salam pula. Misteri tadi belum terungkap tapi seperti ia datang kembali. Rania memandang ke arah Raisha seperti memberikan isyarat giliran Raisha pula membuka pintu. Tapi Rania turut bangun untuk bersama-sama Raisha. “Bismillahirrohmanirrohim…..”, sempat Raisha membaca Bismillah. Matanya ditutup rapat kerana tak berani melihat apakah yang akan berada di depannya nanti. Rania hanya berdiri di belakang sambil berpaut di bahu Raisha. “Kriukkk”. Sekali lagi pintu dibuka perlahan. Raisha membuka matanya. Terbeliak matanya apabila yang di depannya Julia. Raisha dan Rania saling berpandangan. Julia hanya menghadiahkan sebuah senyuman yang manis. Berbeza dengan Julia yang mereka jumpa di Kafetaria siang tadi. Muka yang masam sambil menjeling. “Ada apa pula Julia datang malam-malam begini”, fikir Raisha dalam hati.

 “Maafkan saya jika menganggu awak berdua malam-malam begini”, lembut sahaja suara Julia. “Eh…Tak mengapa. Ada apa ye. Awak Julia kan?”, tanya Raisha. Julia hanya menganggukkan kepalanya menyiakan pertanyaan Raisha. “Sebenarnya saya nak pulangkan ini kepada awak Rania”, Julia menghulurkan satu bungkusan kepada Rania. Cepat-cepat Rania ke hadapan sambil menyambut bungkusan yang dihulurkan oleh Julia. Rania terpinga-pinga. “Barang apa pulak ni. Owh…dah sampai”, Rania baru teringat dia ada shopping di Shoppe seminggu yang lalu sebelum balik ke kampus lagi. Tapi bagaimana boleh sampai di tangan Julia pula. “Eh terima kasih Julia”, ucap Rania hampir terlupa. “Sama-sama. Saya beredar dulu ye”, Julia dengan suara yang lembut meminta diri. Belum sempat Rania ingin bertanya lebih lanjut, Julia bergegas ingin pergi. Mata Raisha dan Rania mengekori kelibat Julia sehingga hilang dari pandangan. “Hei beb. Perasan tak baju dia. Itu Julia yang kita nampak di bawah pokok mempelam”, Raisha mengingati peristiwa petang tadi. Cepat-cepat Raisha tutup semula pintu dan dikunci. Seperti terketar tangan Raisha tiba-tiba. “Aduhai kenapa baru beberapa hari macam-macam peristiwa pelik dah berlaku ni?”, tanya Raisha kebingungan. “Entahlah. Aku pun bingung ni. Bukan setakat bilik ni sahaja tapi Julia. Siapakah dia sebenarnya, misteri sungguh”, kata Rania menyambung kata Raisha.

Dalam kebingungan sempat Raisha mengingatkan banrang yang diterima Rania sebentar tadi. “Eh..kau beli barang apa Rania. Cepatlah bukak?”, pinta Raisha tidak sabar cuba mengalihkan topik perbualan. “Owh ye. Lupa pulak. Adalah kau pun mesti suka. Lama dah aku idamkannya”, sambil Rania membuka bungkusan yang diberi. Peliknya. Bukan bungkusan seperti dari syarikat kiriman barang. Di luar bungkusan dibungkus sangat cantik dan kemas. Tapi…”Subhanallah..tidakkkkkkkkk”, Rania membaling barang yang diterima ke tepi dinding. Hampir-hampir terkena Raisha tapi sempat dielaknya. “Ran…Kenapa ni?”, terkejut Raisha dibuatnya. Rania menekup mukanya dan mengigil seperti ketakutan. Tangan Rania menunjuk ke arah barang yang dibalingnya. Raisha sangat pelik. Bingkas bangun dan melihat apakah rupa barang yang diterima oleh Rania sehingga dibuang begitu sahaja. “Erm..Ran..Ran..Benda cantik macam ni dibuang sesuka hati”, nak tergelak Raisha dengan gelagat Rania. Ran…kalau kau tak nak bagi aku jelah. Cantik juga kalau aku pakai”, sambil Raisha menggayakan handbag jenama terkenal yang dibeli secara online oleh Rania. Tersentap Rania dengan kata-kata Raisha. “Bawak sini”, terbeliak mata Rania dengan apa yang dilihat. Betulkah pandangannya tadi atau dia yang terkilas pandang. “Astagfirullahalazim……”, istigfar panjang Rania. Kerana barang yang dilihatnya tadi sekilas seperti  menyerupai seperti batu nisan. Sebab itu secara spontan dia membaling barang itu. Tapi yang nyata sekarang barang itu adalah hadbag yang dibelinya. Semakin bingung Rania.
11:04 AM 14 comments
Rintik-rintik hujan

Turun laju bersama khabar rindu

Rindu yang tak bertepi

Tetap setia menanti

Walau kau semakin menjauh pergi

Tak terdaya untuk berlari

Tiada kudrat ingin mengejar

Kerana di hujung nun di sana

Tersangat luas dan jauh

Tak mampu dicapai

Tak mampu digenggam

Hanya kata keramat dan doa

Mengiringi perjalanan ini

Moga ketenangan abadi

Pergi bersama rasa kasih dan cinta

Agar terus bersemi


Jangan difikir hati yang gundah

Jangan diturut hati yang marah

Jangan diikut hati yang lara

Jangan terbawa hati yang sakit

Jangan diendah hati yang melara

Cuba diganti dengan redha

Muhasabah diri buat pedoman

Moga hati bertambah suci

Tiada lagi rasa hasad dengki dan iri hati

Kerana kita semua sama di sisiNya

Tidak dipandang darjat dan harta

Hanya amalan dihitung dan dikira

Jadilah manusia yang beramal soleh

Yang dicintai oleh Sang Pencipta

Allah Yang Maha Berkuasa
4:06 PM 4 comments

Nantikan sambungan Novel Di Sebalik Tirai Cantik Bab 5.
Masih ada misteri dan tanda tanya. Raisha dan Rania semakin buntu apa sebenarnya yang berlaku. Kenapa semua misteri itu hanya mereka sahaja yang merasainya. Berbagai persoalan bermain-main di fikiran keduanya. Namun mereka masih mampu bertahan.

Tunggu ye sahabat Blogger semua. Saya akan kongsikan Bab 5 malam ini. Jangan ketinggalan untuk terus membaca kisah selanjutnya. SELAMAT MEMBACA
3:58 PM No comments


Assallamualaikum wbt & salam kasih sayang semua sahabat Blogger

Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan kemudahan untuk menulis di Blog ini lagi. Semoga sahabat dan teman semua sentiasa dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Hari ini saya ingin kongsikan tentang sesuatu yang istimewa di hati saya. Bukan tentang buah hati, bukan tentang benda atau sesiapapun. Ingin lari dari membincangkan hal peribadi.

Tapi saya ingin berkongsi dengan hobi saya. Selain menulis, berkarya ada satu lagi yang saya suka lakukan bila ada masa lapang. Iaitu melukis. Suka lukis apa? Kalau kawan-kawan saya dah tahu jawapannya. Ia sangat sinonim dengan diri saya. Walaupun ada juga yang tersenyum sinis. Tapi saya tetap anggap positif. Setiap apa yang Allah bagi pinjam walau hanya sementara kita perlu untuk menggunakan dengan sehabis baik. Mungkin pada pandangan orang ia tiada apa-apa, tapi bagi yang pandai menghargai ada sesuatu yang istimewa padanya. Setiap orang juga diciptakan ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Jadi seharusnya kita menghargai dan memandang positif setiap apa yang dilakukan oleh orang lain. Dan jangan rasa rendah diri dengan setiap kemampuan diri, kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya sentiasa memegang kata-kata positif untuk memotivasikan diri. Tipu kalau kata sesekali kita tak pernah rasa kecewa atau putus asa  tapi semua itu hanyalah mainan jiwa kita yang lemah.

Berbalik kepada tajuk perbualan iaitu sesuatu yang dianggap istimewa ini. Erm mungkin pelik tapi benar. Sebab itu saya jadikan ia sebagai gambar Profail picture untuk Blog ini. Tak tahu mana istimewa dan kelebihannya, cuma saya ingin bila kawan-kawan nampak gambar ini akan ingat saya di hati mereka. Hanya sekadar hiasan simple walaupun hanya hitam dan putih. Saya kongsikan lukisan itu di bawah ini. Terima kasih kepada yang sudi menghargai dan memahami.

 

Cendawan oh cendawan



12:53 PM No comments


Mutiara kata 1 :


"JANGAN PERNAH RASA MENGALAH DAN KECEWA,
KERANA SEMAKIN KITA BERUSAHA SEMAKIN KITA AKAN RASA KEJAYAAN ITU SEMAKIN MENGHAMPIRI"


Mutiara kata 2 :


"TEKAD BIAR TETAP, USAHA BIAR KUAT,  
SEMANGAT BIAR KENTAL, KEJAYAAN PASTI AKAN HADIR"
12:35 PM 2 comments

DI SEBALIK TIRAI CANTIK

“Arrrggghhh leganya badan”, Rania membaringkan badannya di atas katil. “Aku mandi dulu. Melengas dah badan ni”, pinta Raisha tanpa memandang ke arah Rania yang sedang leka berbaring. Rania tidak menjawab sapaan Raisha. “Eh, mana Raisha tiba-tiba hilang”, Rania tertanya sendiri. "Bukan ke tadi Raisha masuk bilik terus berbaring atas katil. Takkanlah nak keluar pun tak bagitau". Fikir Rania pelik. Ekor mata Rania terpandang ke arah tingkap. “Erm, Raisha ni dah malam takkanlah nak bukak tingkap lagi. Nanti malam membebel tingkap tak tutup lah, apalah”, bebel Rania sendiri. Baru Rania bangun dan melangkah setapak ingin menutup tingkap, tiba-tiba ada satu suara dari belakang. “Biarlah tingkap itu terbuka. Nanti ia akan tertutup sendiri’, halus sahaja suara itu. Tapi tidak dapat dicam suara itu kerana belum pernah didengar sebelum ini. Yang pasti bukan suara Raisha. Cepat-cepat Rania menoleh ke belakang kerana ingin melihat siapa yang berkata-kata. Tiada siapa. Kosong. Kelibat Raisha pun tidak kelihatan kerana pintu tertutup rapat. Di pandang semula ke hadapan. “Aik..Tingkap tertutup dah”, Rania terasa bulu romanya meremang. “Apakah….”, kaki Rania seperti tergam tidak boleh bergerak. Tiba-tiba pintu dibuka. “Eh Ran…Apa kau buat tercegat kat situ. Arrgghh segarnya dah mandi”, selamba Raisha menegur Rania tanpa rasa curiga. Cepat-cepat Rania mencapai tuala dan menarik tangan Raisha. Kakinya yang tadi terasa seperti digam tidak boleh bergerak tiba-tiba kembali normal. “Raisha temankan aku mandi”, bergetar suara Rania. Raisha yang terpinga-pinga hanya menuruti tarikan tangan Rania.


“Peliklah Rania ni”, sambil ekor mata Raisha memandang ke arah Rania tapi hanya mengikuti Rania hingga ke bilik air. “Erm sejak bila pergi bilik air ni nak berteman bagai”, selamba Raisha bersuara. Rania yang sedang menggosok gigi hanya menjeling tajam ke arah Raisha. Tapi Raisha tidak diperdulikan kerana dia hanya ingin menyakat Rania. Raisha menyanyi-nyanyi perlahan bersandar di dinding sementara menunggu Rania masuk ke dalam bilik mandi. Bunyi air dibuka dan deras. Mesti Rania sedang mandi dengan penuh kusyuk.


Beberapa saat terlihat kelibat Sarlene dan Adira masuk ke dalam bilik air. Berjalan melintasi Raisha yang sedang berdiri menyandar di tepi dinding. “Diorang baru nak mandi barangkali”, teka Raisha dalam hati. Raisha hanya tersenyum memandang ke arah mereka. Sarlene dan Adira juga membalas senyuman itu. Tiada kata dari kedua-duanya. Masing-masing terus masuk ke dalam bilik mandi. Sarlene dan Adira penghuni biilik sebelah bila mereka. Mereka berlainan course tapi mereka sudah saling mengenali tapi jarang berbual. “Ran, aku nak balik bilik kejap. Terlupa pulak nak sidai baju tadi”, kata Raisha terus beredar sambil mengetuk bilik air tempat Rania masuk tadi.


“Raisha..Raisha…Aiiii..Mana Raisha ni? Erm sabar jelah. Boleh dia tinggalkan aku sorang”, geram Rania rasakan. Cepat-cepat Rania berjalan menuju ke biliknya. “Ewah-ewah senang hati jerk kau ye. Kan aku suruh tunggu tadi”, bebel Rania tak puashati kerana ditinggalkan oleh Raisha seorang diri di bilik air. “Sorry Ran. Tadi aku terlupa sidai baju karang sampai esok pagi tak bersidai”, Raisha memberikan alasan. Tapi tadi sebelum aku pergi ada Sarlene dan Adira sedang mandi. Jadi aku ingatlah mesti kau ada kawan mandi”, terang Raisha lagi bersahaja sambil membaca novel terbaru. “Yelah aku tahu kau dah tak sabar nak baca novel tu kan”, geram Rania masih berbaki. Raisha hanya tersenyum simpul. “Masa aku keluar dari bilik mandi aku sorang je. Tak ada sesiapapun”, kata Rania ingin mengingatkan Raisha kerana alasannya tidak benar. Mesti Raisha hanya mengadakan cerita buat Rania tidak berasa takut. Raisha menandakan tempat last di baca. “Kejap….”, Raisha bingkas bangun terus menuju ke bilik air. “Nak ke mana pulak tu”, jerit Rania sambil menggelengkan kepalanya.


Di buka pintu bilik air tempat yang Sarlene dan Adira masuk tadi. Kering. Tiada tanda-tanda baru digunakan. Tapi di bilik mandi tempat Rania mandi masih basah seperti baru lepas digunakan. Raisha cepat-cepat pergi ke bilik Sarlene dan Adira. Diketuk beberapa kali. Tiada jawapan dan senyap seperti tiada penghuninya. Di hujung corridor terdengar perbualan. Raisha terpandang datangnya suara. Sarlene dan Adira sedang jalan bergandingan sambil berbual-bual dan sesekali pecah tawanya. Dari mana pulak mereka, bukan ke baru sebentar tadi Raisha bertemu mereka berdua di dalam bilik air.  “Eh Raisha ada nak jumpa kitaorang ke”, tegur Sarlene bila melihat Raisha sedang berdiri kaku di depan bilik mereka. “Ehh….korang baru balik ke?”, tanya Raisha sedikit getar. “Ha ah. Tadi lambat pergi library dulu. “Jom masuk dulu”, pelawa Adira. “Eh,  tak ada apalah. Aku saja tadi ingat korang ada dalam bilik.  Lain kali je la. Okay aku pergi dulu”, Raisha meminta izin beredar. Sarlene dan Adira hanya memandang dengan senyuman dan terus masuk ke dalam bilik. Sambil berjalan sempat Raisha menoleh ke arah Sarlene dan Adira. Memang benar mereka baru balik. Tapi siapakah yang dia jumpa di bilik air tadi. Aku tinggalkan Rania seorang diri dengan mereka. Mestilah mereka bukan Sarlene dan Adira. Maafkan aku Rania. Nasib baik tiada perkara buruk berlaku. Raisha hanya masuk ke dalam bilik tanpa sepatah kata yang keluar. Kalau boleh dia ingin rahsiakan segala misteri yang berlaku ini dari Rania. Mungkin buat sementara ini. Semakin hari ada sahaja kejadian pelik dan misteri yang berlaku.

Nantiikan sambungan seterusnya.......Misteri masih belum terungkai...Jadi jangan lupa teruskan membaca..................

12:23 PM 10 comments
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

About me


Eisha Erisha

Followers

My Artwork



Follow Us

Labels

Disebalik Tirai Cantik FULL NOVEL PENDEK GENRE SERAM GENRE SERAM MADAH KATA Mutiara Kata NOVEL NOVEL CINTA NOVEL LOVE STORY NOVEL PENDEK GENRE SERAM NOVEL TERBARU NUKILAN NUKILAN RASA NUKILAN UNTUK PEMBACA Pantun PERKONGSIAN RASA Puisi PUISI CINTA SEKADAR NUKILAN SIRI SERAM BAB 1 UCAPAN HARI RAYA UNTAIAN PUISI VIDEO

recent posts

Blog Archive

  • ►  2024 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2022 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2020 (5)
    • ►  June (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
  • ▼  2019 (62)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (9)
    • ▼  February (24)
      • BEZA PERMATA DENGAN PEPASIR
      • JOM TEKA APA BERLAKU SETERUSNYA...........
      • TERIMA KASIH SEMUA
      • BAB 11
      • PELANGI INDAH
      • BAB 10
      • BAB 9
      • SANTAI-SANTAI
      • PERKONGSIAN BERSAMA
      • BAB 8 - DI SEBALIK TIRAI CANTIK
      • PUISI - TAK SEMESTINYA
      • BAB 7 DI SEBALIK TIRAI CANTIK
      • Assallamualaikum dan salam kasih sayang ...
      • KU DI SITU KERANA KEHIDUPAN
      • BAB 6 - MISTERI DATANG LAGI...JOM TERUS MEMBACA BA...
      • BAB 5
      • AWAN YANG TERPILU
      • DI SEBALIK TIRAI CANTIK
      • sekadar nukilan
      • PERKONGSIAN MUTIARA KATA HARI INI
      • BAB 4
      • BAB 3
      • Mari berpuisi lagi
      • BAB 2
    • ►  January (10)
Powered by Blogger.

Created with by ThemeXpose
Edited by Cik Kumbang