facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Novel
    • Disebalik Tirai Cantik
    • Novel 2
    • Novel 3
    • Novel 4
  • Cerpen
  • Puisi
  • Pantun
  • Mutiara Kata
  • About

Eisha Erisha

Jemput layari you tube channel eishaerisha, sila LIKE, SUBSCRIBE, SHARE AND COMMENT. Terima kasih kerana sentiasa menyokong karya eishaerisha.

https://youtu.be/yjjoEM4KFHU
7:50 PM No comments

SENIOR HOSTEL TAK DIUNDANG

SIRI 3

“Korang, aku baru teringat Kak Suma. Mungkin dia boleh bantu kita”, cadang Amieza tiba-tiba.

Semua berpaling memandang Amieza.

“Kau gila. Kak Suma? Hisss tak nak aku, tak de orang lain ke?”, tolak 
Ain sambil menggelengkan kepalanya.

“Entah kau nie, Mieza. Baru tengok muka, tu belum dengar suara dia lagi, aku dah seriau”, sampuk Mykayla tak setuju.

“Ermmmm,“, keluh Amieza.

Dipandangnya Riena dan Cik Sue. Masing-masing mengangkat bahu.

Amieza mencebik bibirnya sambil otaknya ligat memikir.

“Siapa lagi kakak senior yang mereka kenal selain Kak Suma?”, fikir Amieza mencari idea walaupun buntu.

“Okay, ada sorang lagi”, jerit Amieza kuat sengaja mengambil perhatian sahabat-sahabatnya.

Sekali lagi semua saling berpandangan.

“Sini semua”, panggil Amieza sambil mengarahkan semua sahabatnya membuat bulatan.

“Kak Mimey sahaja harapan kita, macamana”, terang Amieza sambil mengangkat kening kepada semua sahabatnya.

“Okay, setuju”, akur Ain.

Riena, Mikayla dan Cik Sue turut akur sambil menganggukkan kepala masing-masing.

Demam Cik Sue dan Mikayla sudah kebah. Mereka berdua turut serta hari itu.

Petang itu juga, mereka berlima melaksanakan misi mencari siapakah Kak Dini yang sebenarnya.

Kak Suma, akak senior tahun akhir awal-awal sudah direject. 

Sebabnya, kerana mereka takut akan kegarangan dan kebengisan Kak Suma yang memang diakui oleh semua penghuni Hostel. 
So, cadangan itu ditolak mentah-mentah. 

“Kak Mimey?”. Siapakah gerangannya.

“Hai Kak Mimey, cantiknya hari ni”, sapa Amieza memuji.

“Alahai korang rupanya. Lama betul akak tak nampak, makan luar je ke?”, jawab Kak Mimey tak menghiraukan pujian.

“Kitaorang banyak wat assignment luar kak. Tu yang jarang makan kat dalam”, back up Riena sambil senyum kambing.

“Mana yang lain?”, soal Kak Mimey bila tak nampak yang lain.

“Ada tu hah”, sambil Amieza memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah meja sebelah belakang.
 Cik Sue, Mikayla dan Ain sudah sedia duduk menunggu.

“Owh, yelah korang berlima ni mana boleh dipisahkan”, sambil tersenyum Kak Mimey.

“Hah, hari ni menu apa kak. Bau semerbak sedapnya”, soal Riena lagi.

“Hah menu hari ni special tau. Baru first time akak buat. Kebetulan rezeki korang ni. So korang kena try ye”, paksa rela Kak Mimey.

“Boleh, boleh. Dah lapar ni”, jawab Riena.

“Jap akak tengok dah siap belum. Korang duduklah dulu ye, sembang-sembang”, arah Kak Mimey.

Akur Amieza dan Riena. Sambil Amieza mengenyitkan matanya kepada Riena.

Riena balas dengan senyuman.

“Orite, hari ni menu nasi kukus, ayam berempah, sambal petai dan ulam”, terang Kak Mimey menu barunya.

“Gulp, aduhai sedapnya kak. Okay 5 set kak”, order Amieza tanpa fikir panjang.

"Eh lupa ada tambahan sambal belacan", sambung Kak Mimey sambil tersengeh.

"Okay je kak, semua pun boleh", jawab Mieza tanpa banyak soal.

“Siap”, Kak Mimey mengambil pesanan.

“Ali, amik order air awek-awek comel ni ye”, arah Kak Mimey pada Ali.

Sempat Kak Mimey bergurau.

 Ali, abang Sado pembuat air minuman paling hensem di hostel mereka. 

Sepantasnya Abang Ali terus mengambil order.

Selesai urusan order makanan dan minuman.

“Hei, Mieza. Cepatlah panggil Kak Mimey tu”, arah Riena.

“ Kejaplah. Tengok tu macam busy jer Kak Mimey”, pinta Amieza.

“Erm, kita makan pun dah abis. Berapa lama lagi nak tunggu ni”, sampuk Ain sambil menguap.

“Hiiiss kau ni Riena. Tak senonoh, menguap tu tutuplah mulut”, tegur Mikayla.

"Biar masuk lalat tu baru padan muka", sambung Mykayla menyakat.

“Huaaawahh, aku mengantuk dah ni”, selamba je jawab Riena.

“Hah korang, macamana menu baru. Okay tak”, tiba-tiba Kak Mimey muncul.

“Errrr, sedap sangat kak, kenyang dah kitaorang makan”, jujur Cik Sue.

"Sampai licin kak tinggal tulang jer", seluroh Ain.

“Alhamdulillah, hari ni je sold out dah”, syukur Kak Mimey.

“Kak Mimey, sebenarnya kitaorang ni ada hajat”, Amieza mengambil peluang.

“Hajat? Korang ni ada-ada je. Nak order makanan ye?”, serkap Kak Mimey.

“Erm macam ni……, kitaorang………….”, belum sempat Amieza ingin meneruskan kata-kata.

“Eh, korang kejap ye. Ada customer panggil. Tunggu tau”, pesan Kak Mimey tak sempat nak mendengar apa yang ingin Amieza katakan.

Hampa wajah semuanya. Mereka tak boleh nak menunggu masa Kak Mimey free.

Selesai Amieza membuat pembayaran, mereka beredar.

“Ermm nampaknya misi gagal lagi”, rungut Ain.

"Lain kali lah jawabnya", perlahan saja suara Mykayla turut hampa.

“So apa plan korang. Aku buntu ni”, Amieza give up.



****Masih Ada tanda tanya  &  persoalan siapakah Dini yang sebenarnya.
 Mungkin jawap di Siri yang seterusnya.
Jangan ketinggalan untuk menanti Siri 4 yang mungkin tersingkap segala persoalan.
Terima kasih kerana terus sudi membaca karya eishaerisha.
1:50 AM 1 comments





BAB 2

“Misteri betullah Dini ni. Siapa sebenarnya dia?”, soal Amieza.

Persoalan sama bermain di minda masing-masing.

Riena mengangkat bahu.

Ain menggelengkan kepala.

Berkerut dahi Amieza cuba memikirkan sesuatu.

“Yelah pelikkan, kita dah nak final sem dah dia baru muncul”, sambung Amieza.

“Betul jugak kata kau tu kan. Sebelum ni aman je. Dah last sem dia muncul pulak”, setuju Ain.

“Mungkin ada something yang kita tak tahu yang berlaku waktu final macam ni”, serkap Riena.

“Itulah yang aku musykil. Dengan siapa kita nak tanya?”, Amieza masih mencari jawapan.

Mereka bertiga saling berpandangan.

“Hah aku ada idea. Pak guard”, cadang Ain.

“Apa pak guard? Kau dah kenapa. Apa rasionalnya pulak”, Riena inginkan kepastian.

Amieza masih berfikir menimbangkan cadangan Ain.

“Yelah Pak Guard orang penting yang sentiasa ada, siang dan malam.
So dialah orang yang tepat kita dapatkan info”, Ain mempertahankan cadangannya.

“Okay ada logiknya. Ye Pak Deli. Nanti petang kita jumpa dia”, setuju Amieza.

Yang lain juga setuju.

Cik Sue dan Mykayla masih berehat kerana demam panasnya masih belum kebah.

Petang itu, Amieza, Ain dan Riena dengan setia menanti kehadiran Pak Deli.

Pengawal Keselamatan di hostel mereka.

Tak senang duduk ketiga-tiga sahabat itu menanti.

Semua dirasakan serba tak kena.

“Hisss korang rasa something tak?”, tegur Ain tiba-tiba sambil mengosok-gosok badannya.

Riena yang sedang asyik membaca novel acuh tak acuh pertanyaan Ain, antara dengar dengan tidak.

Amieza hanya mengangkat kening seperti tidak penting dan menyambung melayan gadgetnya.

“Eh dah kenapa korang ni”, bengang Ain katanya tidak dilayan Riena dan Amieza.

Semakin sakit hati Ain kawan-kawannya bersikap begitu.

Mata Ain melilau memandang sekeliling.

Tanpa sengaja mata Ain terpandang ke blok B tingkat 4.

Terlihat kelibat seseorang sedang berjalan mundar mandir di koridor.

Persis seperti Dini yang sedang diperkatakan.

Dibesarkan matanya untuk memastikan apa yang dilihat.

Sekali imbas memang susuk tubuh Ain yang dia nampak.

Seram sejuk badan Ain tiba-tiba.

Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.

Ain mengerling jam di tangannya sudah melewati jam 6.45 petang.

Kelibat Pak Deli masih belum kelihatan.

“Eh korang, dah nak maghrib ni. Esok je lah kita jumpa  Pak Deli”, cadang Ain yang sudah berasa lain macam.

“Hisss korang, dengar tak ni”, jerit Ain kuat kali ini.

Amieza tersentak, Riena tersedar dari tekun membaca novel.

“Hah apa dia Ain?”, sapa Amieza.

“Aku kataaaaaa esooookkk je kita jumpa, ni dah magriiiiib”, ulang Ain agak kuat.

“Owh okaylah esok je”, akur Amieza tidak berasa curiga.

Riena tak bersuara tapi akur juga.

Sempat Ain memandang sekali lagi ke blok B tingkat 4. Tiada sesiapa di situ. Kosong.

Dicepatkan langkahnya dan meninggalkan Amieza dan Riena yang berjalan lambat.

“Dah kenapa tu. Cepat semacam je jalannya”, tegur Amieza bila melihat Ain berjalan agak laju meninggalkannya dan Riena.

“Entah, nak buang air kot”, seluroh Riena.

Sesampai di bilik, Ain terus mendapatkan Cik Sue dan Mykayla.

“Cik Sue, Mykayla macamana. Korang dah okay”, sapa Ain.

Kedua-duanya tidur satu katil sejak semalam.

Mykayla masih nyenyak tidurnya.

Cik Sue duduk bersandar di katil.

“Erm dah kuranglah sikit, esok kebahlah ni”, Cik Sue berharap tapi mukanya kelihatan sedikit pucat.

“Mudah-mudahan”, jawab Ain sambil tersenyum.

“Eh mana Riena dengan Amieza?’, soal Cik Sue tak nampak lagi kelibat dua lagi rakannya.

“Ada, aku tinggalkan diorang kat belakang. Lambat sangat berjalan macam mak nenek. Tapi nenek aku pun jalan laju”, terang Ain ada nada geram.

“Hiihihihi Ain kau macam tak kenal diorang”, tergelak Cik Sue dengan kata-kata Ain seperti menahan geram.

Cik Sue faham sangat dengan perangai kawan-kawannya seorang demi sorang yang sudah dikenali sejak semester pertama lagi.

Petang itu berlalu begitu sahaja tanpa ada info atau cerita tentang Dini.

Masih misteri.


#Agak-agak dalam Bab seterusnya adakah telah bertemu jawapan siapakah gerangannya Dini. Mungkin Ya mungkin tidak.
Jangan ketinggalan untuk mengikut episod seterusnya.



3:04 PM 2 comments





BAB 1

“Hei korang jadi study tak malam ni”, soal Amieza.

“Jadilah. Tinggal next week je nak exam”, jawab Mikayla acuh tak acuh.

“Yelah minggu ni kena struggle giler-giler beb”, sampuk Riena beriya.

“Erm tak sabarnya nak habis exam, nak balik kampung. Rindu dah kat ayam itik lembu bagai  ni”, seluroh Ain siap gayanya.

“Propa lah kau Ain”, ajuk Riena tergelak.

Semua teman tertawa dengan gelagat Ain yang lucu.

“So kita jumpa di sinilah malam ni jam 12.00. Jangan lambat”, pesan Amieza bersemangat.

“12.00. Awatnya lambat sangat”, rungut Mykayla kurang setuju.

“Esok bukan ada kelas pun. Tengah malamlah lgi masyukkkk”, tegas Amieza sambil membesarkan matanya.

“Baik bos”, jawab semuanya hampir serentak.

“Hah jangan lupa untuk konyelannya. Lapar malam- malam nanti”, Cik Sue yang dari tadi diam bersuara.

“Erm bab makan ni bagus Cik Sue mesti tak lupa ingatkan”, Amieza terima cadangan Cik Sue.

Di bilik study. Jam sudah melewati jam 12.30 malam.

Suasana malam itu sunyi sepi. Angin bertiup kuat dan sejuk hingga ke tulang. 
Malam itu tiada sorang pun student yang study di sini.

Seawalnya hanya Cik Sue seorang  sudah duduk bersila atas kerusi.

Di depannya penuh dengan pelbagai makanan ringan termasuk kerepek dan air minuman. Seperti yang dijanjikannya.

Dipandang semua makanan itu dengan keghairahan dan senyuman. 

Jam di dinding menunjukkan jam 12.30 malam.

“Erm mana yang lain ni, janji kul 12.00. Ni dah dekat 12.30. Huhuhu”, rungut Cik Sue sendiri memandang jam dinding.

“Boleh saya duduk”, tiba-tiba seseorang menyapa.

Cik Sue sedang asyik melayan perasaannya secepatnya mendongak ke hadapan mencari gerangan yang menegurnya.

“Eh boleh, boleh. Duduklah”, terkejut Cik Sue.

Seseorang muncul tiba-tiba di hadapannya.

Student yang muka familiar tapi dia tak mengenalinya.

Tapi tiada perasaan curiga di hati Cik Sue dengan kehadiran student itu.

“Awak sorang je ke. Mana yang lain”, soal student tu sambil melabuhkan punggungnya di kerusi. Dia duduk bertentangan dengan Cik Sue.

“Entahlah masih on the way kot diorangtu”, Cik Sue bersangka baik sambil melemparkan senyuman kepada student tu.

“Banyak makanan awak. Boleh habis ke semuanya”, soal student itu lagi seperti mengajuknya.

“Hisss dia ni banyak pulak tanyanya”, geram Cik Su dalam hati tapi masih melayan.

“Ha ah InshaAllah boleh”, jawab Cik Sue penuh yakin.

“Kami makan sama-sama nanti. Eh kalau awak nak makan pilih jer mana yang teringin”, sempat Cik Sue pelawa rakan yang tidak dikenalinya.

Student tu hanya menggelengkan kepala menolak.

“Erm boleh saya tahu, awak baru ke kat sini. Sebelum ni tak pernah nampak lagi”, soal Cik Sue ingin kepastian dan cuba mengingatkan sesuatu.

Student itu hanya tertawa kecil belum ingin menjawab pertanyaan Cik Sue.

Dipadangnya wajah Cik Sue dalam. Serba salah Cik Sue dengan pandangannya. Pelik dan sangat berlainan.

“Saya dah lama menghuni di sini, cuma jarang keluar”, akhirnya student itu menjawab persoalan Cik Sue.

Student itu bercakap tetapi bibirnya hanya terbuka sedikit. Di barisan giginya seperti ternampak gigi taring. Tapi Cik Sue tak memikirkan apa-apa.

“Pelik jer dia ni”, fikir Cik Sue tapi masih melayan.

“Owh awak duduk level berapa. Roomate dengan siapa?”, banyak pulak soal Cik Sue kali ini.

“Level 4”, pendek jawabnya.

“Ermmmmmm, kakak senior la niiii”, teka Cik Sue selamba.

Student itu hanya tersenyum tidak berkata ya atau tidak.

“Hiiissss peliklah kawan-kawan saya ni, lama sangat ntah kenapa?”, rungut Cik Sue.

Sesekali matanya mengerling ke arah jam dan menjengah di koridor.

Masih tiada bayang atau tanda-tanda mereka datang.

“Mungkin diorang ada hal. Mana tahu”, student itu tolong jawabkan.

“Eh nama awak sape ye. Lupa pulak nak tanyakan”, soal Cik Sue baru teringat dari tadi berbual tak tahu nama.

“Panggil je Dini”, pendek dia memperkenalkan namanya.
“Sedap nama tu”, puji Cik Sue.

Dini sangat cantik, wajahnya putih bersih tapi sedikit pucat. Rambutnya panjang mengurai sengaja dilepaskan tetapi kemas.

Pakaiannya agak pelik, berbaju kurung moden berwarna krim.

Sempat Cik Sue memerhatikan setiap inci rakan yang baru dikenalinya.

“Eh korang kejap”, Amieza mengarahkan rakan-rakanya berhenti.

“Menyorok kat tiang ni, cepaatttt”, arah Amieza tiba-tiba.

“Hisss dah kenapa ni? Main nyorok-nyorok pulak malam-malam ni”, bebel Mykayla tak puas hati.

Amieza memberi isyarat agar semua diam tapi jarinya menunjuk ke  arah Cik Sue yang sedang duduk seorang diri.

“Lah, kenapa dengan Cik Sue tu. Kau nak menyakat dia eh”, teriak Ain agak kuat serkap jarang.

“Sssshhhhhh. Diam boleh tak. Cuma korang perhati betul-betul tu”, arah Amieza.

Yang lain mengikut arahan Amieza tanpa ragu.

Ain menelan air liur.

Mykayla berasa seram sejuk.

“Dia bercakap sorang-sorang ke tu”, bisik Ain perlahan kepada rakan-rakannya.

“Yup, itu yang aku maksudkan”, Amieza menyiakan.

“Apa kita nak buat ni?”, soal Mykayla mula berasa seram.

“Macam ada something je ni. Tengok bulu roma aku pun meremang semacam ni”, getus Amieza.

“Ha ah aku pun sama rasa lain  ni. Aduhai seramlah”, Ain pula berkata sambil memandang sekeliling.

“Okay macam ni, kita buat biasa je. Jangan sampai dia perasan”, cadang Amieza. Walaupun hatinya tak sedap.

Semua menganggukkan kepala tanda faham.

“Bai Dini. Nanti kita jumpa lagi ye”, Cik Sue melambai ke arah Dini yang telah pergi meninggalkannya.

Ada hal katanya. Cik Sue bersangka baik sahaja.

“Ehem, ehem”, Amieza berdehem.

“Hah korang ni memang janji tak ditepati kan”, rungut Cik Sue seperti merajuk.

“Sory-sory”, Amieza mohon maaf.

“Korang tahu tak dah setengah jam lebih aku tunggu kat sini. Sib baiklah ada Dini temankan aku”, selamba Cik Sue bercerita.

Amieza, Ain dan Mykayla saling berpandangan.

Mulut masing-masing menyebut nama Dini perlahan.

“Siapa Dini?”, soal Amieza.

“Aku baru je kenal dia tadi. Student kat sini jugak. Kakak senior”, jelas Cik Sue tanpa curiga. Selamba je mukanya.

“Owhhhh”, serentak Amieza, Ain dan Mykayla berkata tapi ada getar.

“Hei korang……huh huh huh”, tiba-tiba muncul Riena termengah-mengah.

“Eh dah kenapa dengan kau ni Riena. Dah macam kena kejar hantu”, tegur Ain.

Riena yang sedari tadi memang lambat kerana sakit perut datang berlari macam tak cukup tanah. Termengah-mengah dia menarik nafas.

“Beb, akuuuu, akuuuuu nampak haaaaannnntuuuuuu”, jerit Riena masih belum tenang. Berpeluh-peluh dahinya. Riena terus duduk bersandar di kerusi.

“Hisss apa yang kau mengarut ni. Cuma tarik nafas rilek, citer pelan-pelan”, Amieza menenangkan Riena.

Riena mengambil nafas dalam, dihembus perlahan dan mengambil sedikit masa meneruskan kata.

“Huhhuhuh, tadiiii masa akuuuu nak ke siniii, aku terserempak dengan sorang budak perempuan kat tanggaaaaa. Umur lebih kurang sebaya kita”, cerita Riena suara bergetar.

Kawan-kawan yang lain tekun mendengar seperti tidak sabar ingin tahu. 

Masing-masing dah tak senang duduk sambil meninjau-ninjau sekeliling.

“Lepas tu aku pun senyumlah kat dia, dia buat tak nampak", terhenti sekejap Riena menarik nafas.

"Aku pun tegurlah dia ‘somboooong’ kuat-kuat. Bila aku pandang dia semula dia pun menolah kat aku sambil mengeringai mengilai, nampak gigi taring. Wajah dia sangat menakutkan. Tiba-tiba dia seperti terbang tak jejak tanah”, sambung Riena panjang lebar.

“Aku pun apa lagi lari tak cukup tanah”, Riena menceritakan keadaan cemas. Masih ada mengahnya.

“Allahuakbar, sib baik kau tak pengsan Riena”, Ain menenangkan Riena.

Yang lain terpegun mendengar penuh perhatian.

“Macamana rupa dia? Pakaian dia?”, soal Cik Sue bersungguh ingin tahu.

“Huh huh. Akuuuu tak perasan sangat tapi diaaaaa pakai baju kurung warna krimmmmm, rambutnya panjang mengurai”, jelas Riena masih ada lelahnya.

“Dini”, sebut Cik Sue.

Menggigil Cik Sue seluruh badan.

“Cik Sue, itu yang kitaorang nak bagitau kau tadi”, jelas Amieza.

Malam itu mereka tak jadi study. Cik Sue dan Riena kena demam panas dek terjumpa dengan Dini yang misteri.

Sejak malam itu juga mereka study di bilik masing-masing dan pada waktu siang di library.

Nantikan sambungan Bab seterusnya utuk mengetahui siapakah Senior Misteri itu.
10:52 AM No comments
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

About me


Eisha Erisha

Followers

My Artwork



Follow Us

Labels

Disebalik Tirai Cantik FULL NOVEL PENDEK GENRE SERAM GENRE SERAM MADAH KATA Mutiara Kata NOVEL NOVEL CINTA NOVEL LOVE STORY NOVEL PENDEK GENRE SERAM NOVEL TERBARU NUKILAN NUKILAN RASA NUKILAN UNTUK PEMBACA Pantun PERKONGSIAN RASA Puisi PUISI CINTA SEKADAR NUKILAN SIRI SERAM BAB 1 UCAPAN HARI RAYA UNTAIAN PUISI VIDEO

recent posts

Blog Archive

  • ►  2024 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2022 (1)
    • ►  July (1)
  • ▼  2020 (5)
    • ▼  June (2)
      • TAJUK : SUSURI KEHIDUPAN
      • SIRI 3 - SHTD
    • ►  March (1)
      • SENIOR HOSTEL TAK DIUNDANG
    • ►  February (2)
      • SENIOR HOSTEL TAK DIUNDANG
  • ►  2019 (62)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (9)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
Powered by Blogger.

Created with by ThemeXpose
Edited by Cik Kumbang