BAB 1 HINGGA 10 - AGREEMENT CINTA VS HONEYMOON MR LOYA & MRS LALA

by - 11:53 PM





Seperti yang dijanjikan. Jom teruskan membaca Bab 1 hingga 10 novel ACvsHmrL&mrsL

BAB 1
Pening kepala Lala dengan perangai Loya. Nak dimarah tapi suami yang amat dicintainya. Tapi selalu dia buat benda-benda yang poyo dan kadang-kadang menjengkelkan. Itu yang membuatkan Lala tersenyum sendirian dengan sikap suaminya yang gila-gila dan budget hensem. Tapi hakikatnya memang yang empunya nama Ku Harraz Rayyan bin Ku Malikul Malik atau lebih mesra panggilannya Loya di kalangan kawan-kawan karibnya. Ada cerita di sebalik nama yang pelik itu. “Ewah-ewah senang hati kau kat sini. Senyum sorang-sorang lagi. Perut aku ni dari tadi berkeroncong tau”, herdik Ku Harraz kepada Engku Mikayla Zahra bt Engku Kamarul Shahran atau mesra panggilannya Lala. Lala sedang duduk bersila di atas sofa sambil menonton televisyen. Mulutnya tak berhenti mengunyah kacang putih. “Hisss sibuk jelah. Makanan dah siap dihidang kat atas meja makan sana  Wahai Sang Puteraku sayang, tinggal makan je ye”, jawab Lala seperti mengajukkan kata-kata suaminya pabila terkejut disapa tiba-tiba. Macam tahu-tahu aku sedang mengelamunkan dia. Tersenyum sendiri Lala. “Hah tengok tu, senyum lagi”, tegur Loya lagi melihat Lala masih mengelamun. “Erm yelah-yelah. Jomlah”, sambil Lala menyuruh Loya mengikuti dirinya ke ruang makan. Loya hanya mengikuti langkah Lala sambil bermain game. “Erm baguslah sambil berjalan main hand phone, kalau terlanggar dinding baru padan muka”, bebel Lala bila tidak puas hati melihatkan gelagat suaminya berjalan sambil bermain hand phone. Tapi tidak diendahkan oleh Loya teguran isterinya.

“Macam ni lah baru sayang bini. Sedapnya bau”, puji Loya bila Lala mengangkat tudung saji sambil menghidu masakan itu. Bau masakan kegemarannya nasi goreng kampung berulamkan petai muda dan ayam goreng rempah pedas berapi. Memang menyelerakan seleranya hari ini. Sesekali dapat bercuti dan duduk di rumah sambil makan-makan dengan santai. Tenang je rasa hatinya. Lala hanya tersenyuman dengan pujian suaminya. “Berapa hari sayang cuti. Apa kata kalau kita pergi keluar jalan-jalan”, ajak Lala bila suaminya yang jarang-jarang bercuti dan berada di rumah. Selalunya masanya lebih banyak dihabiskan di pejabat dan outstation. Loya makan dengan penuh berselera. Gembira Lala memerhatikan gelagat suaminya makan dengan penuh berselera penangan air tangannya. Teringat Lala dengan kata-kata Mama, kalau nak pikat suami kena ikat dulu perutnya. Itu yang dia seboleh-bolehnya belajar memasak. Tapi tak sangka dia mewarisi bakat memasak dari Mamanya. Apapun yang dia masak memang sedap. Ini diakui sendiri oleh suaminya Loya.

“Nak ke mana?”,jawab Loya dengan mulut penuh nasi goreng. Memang sangat sedap masakan isterinya. Menambah-nambah dia makan. Lagilah dengan berulamkan petai dan ayam goreng berempah pedas kegemarannya. Memang menambah selera. “Entahlah sayang. Lama dah kita tak ke pergi melancongkan. Mesti bestkan kalau kita dapat ke Maaldives ke, Boracay Island ke, bersantai di tepi pantai sambil menghirup angin laut yang nyaman.Erm seronoknya dan tenang sahaja”, Lala cuba memancing suaminya sambil menggayakan seperti sedang menikmati ketenangan di tepi pantai di sapa sang bayu sepoi-sepoi bahasa dan sang ombak ganas membelah pantai. Loya berhenti menyuap makanan. Ditenungnya Lala tapi dibalas dengan pandangan pelik oleh Lala. “Kenapa pulak pandang macam tu. Mengalahkan harimau nak telan mangsanya”, cebik Lala geram. “Yelah kalau tak boleh tak apalah. Bukan kebulur sangat nak pegi pun”, jawab Lala seperti merajuk bila Loya seperti tidak setuju. “Eh, bila masa pulak aku cakap tak nak. Ada ke aku cakap. Aku cuma tenung kau je kan”, jawab Loya menyakat Lala pula. “Abis tu sayang setuju la ni”, kata Lala sangat teruja. “Erm, mungkin boleh dipertimbangkan tapi dengan satu syarat”, jawab Loya bersyarat. “Sayaaannngggg, cakap apa saja syaratnya. Demi nak pergi melancong sayang rela tunaikan”, Lala berkata tanpa memikirkan apakah syaratnya. “Betul ni”, kata Loya ingin kepastian. Lala dengan muka yang sangat confident dan budget cun menganggukkan kepalanya beberapa kali tanda setuju dengan apa juga syaratnya nanti tanpa berfikir panjang.

“Hah apa syaratnya, cepatlah bagitau”, tak sabar Lala ingin tahu apa syaratnya. “Syaratnya nanti aku send 1 fail. Kalau kau setuju dan sign dapatlah kita pergi ke oversea atau ke mana sahaja kau nak pergi. Rasanya sekali dengan pakej honeymoon”, jawab Loya penuh tanda tanya. “Gila. Apasal pulak siap berfail-fail ni. Tapi tentang honeymoon Lala berasa semakin pelik. Aniversary mereka 4 bulan yang lalu. Walaupun sambutan yang dibuat simple-simple sahaja tapi cukup bermakna bagi dirinya. Mengigau di siang hari ke dia ni”, kata Lala dalam hati. Arrghhh kita tunggu saja apa sebenarnya. Mungkin Loya hanya main-main sahaja. Lala ingin menyedapkan hatinya. “Atau dia ada hati nak berbini lagi ke”, fikiran Lala menerawang hingga ke situ. “Hiii mintak dijauhkanlah. Yelah bila sebut agreement dan honeymoon. Dua perkara yang mungkin saling berkaitan. Segalanya mungkin. “Erm kau ni kan. Aku perati je. Dari tadi asyik mengelamun. Aku cakap sikit berangan, cakap sikit berangan”, bebel Loya pulak. “Tak ada apalah”, jawab Lala menyembunyikan perasaannya. Loya bangun seusai makan. “Owh ye. Makan malam kita di luar ye”, kata Loya sambil berjalan untuk mengingatkan Lala. “Okay”, pendek saja jawab Lala. Ini bererti dia hanya perlu masak untuk makan tengahari sahaja. Lala segera bangun untuk mengemas di dapur. Tapi fikirannya masih menerawang penuh tanda tanya. “Agreement. Honeymoon”, dua perkataan itu masih meniti di bibirnya. Masih menganggap suaminya hanya ingin bergurau.




BAB 2
Menjadi suri rumah sepenuh masa tak pernah membuatkan dirinya menyesal. Walaupun ada kelulusan tinggi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dengan Kepujian Kelas Pertama, tapi Lala berasa lebih selesa menjadi suri rumah. Lagipun suaminya mampu untuk menyara kehidupan mereka. Cuma perkahwinannya dengan Tengku Harraz Rayyan yang menjejak 5 tahun masih belum dikurniakan cahaya mata tapi mereka berdua masih positif dan sabar. Mungkin rezeki belum menyebelahi mereka. Tapi Lala sangat bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat baik walaupun gila-gila dan kadang-kadang poyo. Begitu juga dengan kedua ibu bapa mertuanya tak pernah mendesak tentang cucu. Setakat hari ini belum pernah lagi panggilan sayang untuk dirinya diucapkan oleh suaminya. Tapi Lala tak kisah yang penting cinta hatinya tetap pada Loya. Dan dia tahu Loya juga begitu walaupun kata sayang tidak terucap di mulut tapi tetap di hati. Fikiran Lala menerawang. Lala duduk di sofa menghilangkan lelah selepas siap mengemop lantai.

Tapi fikirannya jauh menerawang memikirkan sesuatu. Lala cuba mengimbau kenangan mula-mula mereka bertemu. Dia tak sangka kalau yang dipanggil Loya adalah seorang lelaki yang sangat kacak, kemas bergaya, anak orang berada dan berkedudukan. Paling tidak disangka mereka adalah sepupu. Itu yang dinamakan jodoh. Cerita disebaliknya ada perjanjian antara kedua ibubapa Lala dengan kedua ibu bapa Loya. Sejak dari kecil mereka berdua telah dijodohkan oleh kedua orang tua masing-masing tanpa pengetahuan mereka. Tapi perkenalan mereka bermula di universiti. Semuanya secara kebetulan dan tidak dirancang. Mereka tidak pernah kenal dan bertemu kerana keluarga Loya tinggal di oversea sejak Loya kecil. Tetapi kedua keluarga saling berhubungan walaupun terpisah dengan jarak yang jauh. Beberapa tahun kebelakangan ini barulah keluarga Loya balik dan menetap di tanahair. Loya meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tempatan dan secara kebetulan di universiti yang sama dengan Lala. Cerita tentang perkahwinan mereka pula memang telah dirancang sejak sedari awal. Berbalik kepada nama Loya, ianya bermula dengan satu insiden yang menjadikan nama itu kekal hingga ke hari ini. Nak tergelak Lala bila mengetahui tentang peristiwa itu. Tapi dia tak pernah ambil pusing tentang gelaran itu. Ada juga kelakarnya dengan nama itu.

Kalau diikutkan perjanjian antara kedua ibu bapa masing-masing sudah tak releven pada masa kini. Tapi disebabkan jodoh  Allah dah tentukan, akhirnya mereka bertemu dan berkahwin walaupun asalnya secara kebetulan. Ini yang dikatakan kita merancang tapi Allah yang menentukan. Lala juga sedar ketika itu Loya telah pun mempunyai cinta hatinya. Atau lebih tepat dipanggil kekasih. Nur Audorra Medina bt Datuk Izhar Akram. Bukan calang-calang perempuan. Tapi Lala tidak nafikan yang dirinya juga cantik setanding Audorra. Lala ingin memujuk hatinya dan tak nak kalah dengan Audorra. Bentuk badan Audorra persis model, tinggi lampai dan punyai raut wajah yang cantik. Kalau digandingkan dengan Loya memang sepadan. Dalam masa yang sama  Lala sendiri tidak tahu sejauhmana hubungan cinta antara mereka berdua sehingga dirinya dan Loya disatukan sebagai suami isteri. Perasaan bersalah tetap ada tapi Lala lebih kuat berpegang kepada jodoh dan ketentuan Allah. Dan mungkin Audorra sendiri dapat menerima takdir ini. Tapi hati manusia tiada yang dapat menduga melainkan yang punya kuasa. Lala tetap berfikiran positif dalam hal ini.

Tetapi sepanjang tempoh perkahwinan antara dirinya dan Loya memang jelas kelihatan keikhlasan dalam diri Loya. Walaupun mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Belum pernah Loya mengabaikan dirinya walaupun suaminya kadang-kadang agak kasar dari segi tutur bicaranya tetapi dalam sesetengah perkara Loya seorang yang romantik dan kelakar. Mulut Lala tidak henti memuji-muji suaminya. Cuma dia masih confius dengan permintaan suaminya tentang perjanjian dan bulan madu. Masih mencari-cari jawapan tentang itu. "Arrrggghh buang masa jer aku dok memikir tentang agreement dan honeymoon tu. Kang satu kerja aku tak siap", keluh Lala sendirian perlahan. Lala bingkas bangun dan menyambung semula tugasan di rumahnya. "Erm kerja kat rumah ni pun takkan habis. Dari pagi sampai ke malam dan ke pagi esok takkan habis jugak", bebel Lala lagi sendiri sambil menepuk-nepuk bantal di set sofanya. "Hari-hari lakukan benda yang sama. Hai nasib badan", sengaja Lala merungut dan bercakap sendirian untuk menghiburkan hati. Hampir setiap hari masanya dihabiskan di rumah dengan melakukan semua kerja rumah. Tapi dia tidak menyesali jalan yang dipilh kerana dia rasa kurang stress daripada bekerja di pejabat menghadap angka dan nombor. Lala tersenyum sendirian.


BAB 3
Ting, tong. Ting, tong. Loceng berbunyi beberapa kali. Terhenti lamunannya tentang kehidupan yang dilalui sekarang. "Siapa pula yang datang tengahari begini". Fikir Lala. "Takkan Loya dah balik, awal lagi". Lala berfikir sambil berjalan menuju ke pintu. Lala hanya membuka pintu kecil di tepi pagar menjengah ke luar untuk memastikan siapakah tetamunya tengahari itu. “Haiii, dear”, tiba-tiba Lala disergah dari hadapan oleh seseorang yang amat dikenali dan amat dirinduinya. “Liiiitaaaa my dear”, terpacul nama seseorang yang tidak asing dengan dirinya. Mata keduanya saling berpandangan. Terkejut Lala dengan apa yang ada di depannya sekarang. Seperti tidak percaya. “Hai takkan tercegat je tak nak jemput  aku masuk ke dalam ke Mrs Lala”, tegur Syalita Sahora mengusik sambil tersenyuman.Teman karibnya sejak di bangku persekolahan lagi. Tapi Syalita tidak menetap di sini. Habis study dia telah berhijrah bersama keluarganya di Australia. Tak ada mimpi teman karibnya tiba-tiba muncul. Terkejut bercampur gembira sebenarnya. “Ehh masuk-masuk. Aku nak pastikan aku tak bermimpi di siang hari”, mereka berdua saling berpelukan. “Hah, rindu aku lah ni”, kata Syalita. Terkejut Lala masih berbaki. “Gila tak rindu. Yang kau ni kenapa tiba-tiba muncul. Tak ada angin, tak ada ribut. Kenapa tak calling-calling nak balik. Nakal tau”, sempat Lala mencubit hidung Syalita yang mancung terletak itu. “Hisss sakitlah”, jerit Syalita. “Sengaja aku nak buat surprise buat sahabat dunia akhirat aku ni”, kata Syalita sangat manja dan mesra. “Jom masuk kita borak-borak kat dalam”, pelawa Lala. Keduanya jalan bergandingan sambil berpegangan tangan. Senyuman masih tak lekang dari bibir masing-masing menunjukkan betapa gembiranya mereka bertemu hari itu.

“Welll kau apa khabar. Orang oversea lah katakan. Tapi kan aku suka tau sebab slang kau masih Melayu”, usik Lala. “Hiss slang mana boleh ubah. Kita kan orang Malaysia. Alhamdulillah sihat dan baik-baik sahaja”, jawab Syalita merendah diri. “Family kau apa kabar?”, tanya Lala lagi. “Semua baik-baik. Mama kirim salam rindu pada kau. Mama tak sabar nak jumpa kau”, jawab Syalita. “Ye..aku pun rindu Mama kau juga”, jawab Lala teringatkan kemesraan Mama Syalita yang sangat rapat dengan dirinya. Auntie Suzie. “Sunyi je, Loya mana?”, tanya Syalita seperti mencari sesuatu. “Kerjalah kat office. Aku kan suri rumahtangga sepenuh masa”, kata Lala mendatar. “Tapi suri rumah tangga yang berjaya kan, bukan calang-calang orang”, Syalita cuba ingin memujuk teman karibnya. Mungkin sedikit tersinggung dengan pertanyaannya tadi. Kerana Syalita amat kenal dan masak dengan perangai Lala.

“Apa tujuan kau balik ni. Mesti ada sesuatu kan”, tanya Lala seperti dapat menghidu sesuatu. Sambil menghidangkan cheese kek perasa strawberry bersama air oren. Syalita tersenyum hingga ke telinga. “Wow kau buat ke ni”, tanya Syalita melihatkan hidangan desert kegemarannya yang kelihatan sangat menarik. “Kebetulan hari ni aku buat kek kegemaran kau kan. Tak sangka kau pun muncul”, terang Lala gembira. “Itulah macam tahu-tahu je”, sambil Syalita menikmati kek buatan air tangan teman baiknya sehingga terlupa ingin menjawab pertanyaan Lala. “Eh kau tanya apa tadi”, tanya Syalita. “Erm itulah sedap sangatkan cheese kek aku ni sampai lupa dah”, tegur Lala. “Kejap..”, sambil mengunyah laju kek di dalam mulutnya cuba mengingati pertayaan Lala. “Dah..slow-slow nanti tersedak kek aku lain pulak ceritanya”, seloruh Lala diiringi ketawa keduanya. “Erm aku tahu. Kawan aku ni tengah bahagiakan”, teka Lala. “Tujuan aku balik ni sebab nak jemput kau dan family ke wedding aku bulan depan”, jawab Syalita. “Alhamdulillah syukur, akhirnya bertemu jodoh sahabatku ini. Mat Salleh ke”, usik Lala tapi sangat gembira dengan perkhabaran ini. “Ha ah Mat Salleh sangat tapi celup”, jawab Syalita bergurau. Kedua-duanya tergelak. "Orang Kuala Pilah jer", terang Syalita. "Owh okaylah orang tempatan tu", setuju Lala.

“Lala, aku ada permintaan ni. Aku nak kau jadi pengapit aku nanti. Waaaajiib tak ada tapi-tapi tau”, desak Syalita tanpa Lala berpeluang membuat pilihan mengatakan iya ataupun tidak. Lala hanya mengangkat bahunya. Terdetik di hati Lala. “Inilah peluang. Kebetulan pula”, fikir Lala. Dia teringatkan tentang perancangan untuk pergi melancong ke Luar Negara. Jadi tentang agreement tu mesti boleh ditarik balik. Melainkan honeymoon tetap jalan terus. Fikir Lala lagi. Tersenyum Lala sendirian. Kalau boleh dia ingin mengelak tentang agreement yang entah apa-apa yang akan ditetapkan oleh Loya. Sehingga hari ini masih jadi tanda tanya. "Wow aku suka tu. Semestinya aku akan hadir. Taaaaapppiiii...........", kata-kata Lala terhenti. "Haipp tak mau dengar No ye", tegur Syalita. "Eh tak lah. Maksud aku kena ada izin dari Loya. Diakan suami aku", kata Lala perlahan masih menghormati Loya. "Owh ingatkan apa tadi. Yup semestinya. Tapi aku yakin Loya tak sekejam mana tak mengizinkan kau hadir ke majlis kawan baik isterinya kan", kata Syalita penuh yakin. Lala hanya menganggukkan kepalanya setuju dengan Syalita. "Sebab tu aku nak kau dan Loya sekali jadi pengapit aku. So tiadalah alasan tak boleh hadirkan", pujuk Syalita lagi. "Yes bossss", jawab Lala agak teruja dan gembira.Lala hanya tersenyum agak tawar sambil memikirkan sesuatu.



BAB 4
“Ku Harraz, ini proposal yang Ku minta. Semuanya ada dalam fail ni ye”, terang Fasha sambil meletakkan di atas meja Loya. “Okay TQ Fasha, nanti saya check. Oh ye, ada nampak Aish tak”, tanya Loya tentang sepupunya. “Erm kalau tak silap Ku Aish masih bercuti sehingga minggu depan”, jawab Fasha PA nya sentiasa memberikan khidmat terbaik. “Erm okay tak apalah. TQ info”, jawab Loya. “Ada apa-apa lagi tak yang Ku perlukan”, tanya Fasha kepada bosnya. “Okay itu sahaja”, jawab Loya pendek. Fasha dengan hormat keluar dari bilik bosnya. “Peliknya, lama betul dia bercuti, ke mana sajalah perginya”, fikir Loya sendirian. Dia sangat masak dengan sikap sepupunya yang sorang ni. Perangai lebih kurang dirinya. Walaupun masih bujang tapi terlajak sosial berbanding dirinya. Truttt…truttt…trutt…beberapa panggilan tidak diangkat. “Erm tengok tu,  call pun tak diangkat”. Bebel Loya. Tapi nanti dia tengok ada miss call tahulah dia call balik. Sangka Loya yang tahu tentang perangai sepupunya yang sorang ni. Mereka satu pejabat tapi berlainan department. Kedua-duanya memegang jawatan tinggi dalam syarikat milik legasi datuk dan nenek mereka.

Diselak helaian demi helaian proposal yang diberi oleh Fasha sebentar tadi. Tapi fokusnya menghilang. Perutnya tiba-tiba menari-nari lagu dangdut. Baru dia teringat sedari pagi dia belum menjamah apapun makanan. Di rumah tak sempat dia ingin bersarapan walaupun telah disediakan oleh isterinya kerana dia ingin sampai awal ke pejabat. Niatnya dia ingin bersarapan dengan Aish tapi semuanya tak menjadi. Ditolak ke tepi fail proposal itu. Loya bingkas bangun ingin pergi mengisi perutnya yang sedang lapar mohon diisi. Di jeling jam di tangannya menunjukkan ke angka 11.30 pagi. “Erm baik lunch sekali”, kata Loya sendirian.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama Aish tertera di skrin. Secepat kilat diswipe oleh Loya. Belum sempat dia berkata apa-apa, suara Aish yang lantang itu berkata bertubi-tubi. Dijauhkan sedikit handphone dari telinganya tapi masih boleh mendengar dengan jelas butir kata Aish. “Hello Loya. Hiss kau ni ganggu tidur aku pagi-pagi ni dah kenapa?. Hah ada apa call. Kan aku dah bagitau aku bercuti dua minggu ni. Now aku memang tengah busy ni. Kau lupa eh..hihihihi”, baru Aish diam dari berkata-kata. Didekatkan semula handphone di telinganya. “Dah habis cakap ke”, perli Loya. Kedengaran gelak Aish dari kejauhan. “Sorylah aku memang tak ingat kau bercuti panjang. Okaylah aku nak pergi lunch ni”, jawab Loya acuh tak acuh. “Eh bukan ke aku dah bagitau sebulan yang lepas aku ke mana. Erm itulah banyak sangat berangan kau ni”, terang Aish. Barangkali Loya terlupa. “Yelah-yelah. Aku yang salah sebab tak ingat”, jawab Loya akur kelalaiannya. “Okaylah aku nak pergi mandi kejap lagi dah ada temujanji. Nanti aku free aku call lagi. Minggu depan baru aku balik dah. So see you next week okay”, kata Aish lagi yang ingin mengejar masa.

Loya hanya mengangkat bahunya. Sendirian dia pagi ini. “Arrrggghh sorang pun soranglah, bukan tak biasa pun kan janji perut diisi”, kata Loya sendirian menyedapkan hatinya. Loya hanya berjalan kaki dari pejabatnya. Tidak jauh dari pejabatnya ada deretan pelbagai kedai termasuk kedai makanan yang sedap-sedap. Walaupun dia dari keluarga yang berkedudukan, memegang jawatn tinggi di syarikat tapi dia selesa makan di gerai-gerai biasa janji masakannya sedap dan kebersihan dijaga. Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk ke dalam salah sebuah kedai makan, tiba-tiba ada seseorang memanggilnya. “Loya”, tegur seseorang dari belakang. Antara dengar dengan tidak, tapi masih jelas di cuping telinga Loya. Suaranya seperti dikenali tapi dah bertahun yang lalu. Sepantasnya Loya menoleh ingin melihat gerangan yang memanggilnya. Terkejut beruk Loya dengan apa yang disaksikan oleh matanya. Mata saling berpandangan. Kenapa kau muncul ketika dan saat ini. Satu senyuman yang pernah dirindui suatu ketika dulu.

“Awak apa khabar. Semakin segak dan hensem”, tanya Audorra Medina. Tak sangka benar tekaannya kerana takut tersalah orang yang ditegurnya. “Alhamdulillah seperti yang awak lihat sekarang. Awak pun apa kurangnya. Semakin cantik, hampir-hampir saya tak kenal tadi”, puji Loya tiba-tiba terpancul dari mulutnya. Tapi apa yang dikatakan memang benar. Sangat-sangat berbeza Audorra dulu dengan sekarang. Hampir-hampir dia tidak kenali dari segi raut wajah tapi suara lemak merdu itu yang Loya akan ingat sampai bila-bila. Cuma kecantikan Audorra lebih terserlah bila Audorra yang sekarang telah memakai hijab. Sangat cantik dan manis. “Mesti sekarang awak sedang bahagia. Dah berapa orang anak. Saya juga yang masih single and available”, seluroh Audorra sambil tersenyum. “Erm betul saya memang bahagia tapi masih belum ada rezeki untuk anak”, jawab Loya jujur. “Owh maafkan saya. InshaAllah akan ada rezekinya nanti”, doa Audorra. “Jangan lupa kirim salam pada Lala. Lama sangat tak jumpa dia juga”, kata Audorra mengingatkan tentang Lala pula. “Dia baik-baik je”, jawab Loya tentang keadaan isterinya. “Lala sangat beruntungkan. Dia selalu bernasib baik”, kata Audorra mengundang rasa kurang senang pada Loya. Tapi Loya tidak mahu menimbulkan salah faham atau rasa kurang senang dirinya terhadap Audorra. Semua itu perkara yang sudah lepas tak perlu dikenang lagi. Pertemuan antara mereka secara kebetulan hari ini juga tidak dirancang. Tapi sekurang-kurangnya dengan pertemuan ini dia ada teman berbicara dan makan tengahari.

“Ke mana lepas lunch ni”, tanya Loya kepada Auddora. “Owh saya ada temujanji. Terima kasih Loya masih sudi makan bersama saya. Walaupun semuanya tidak dirancang. Dan terima ksih juga belanja”, ucap Audorra dengan pertemuan ini. “Rezeki kita nak bertemu lagi Dorra. Apapun kita pun dah lupakan yang lalu. Kita masih kawan kan”, terang Loya tak ingin wujud salah faham di antara mereka tentang kisah lalu. “Yup. Saya faham. Okay jumpa lagi kalau ada rezeki kita”, ucap Audorra sebelum berlalu pergi. Kedua-duanya bergerak menuju ke destinasi masing-masing di haluan yang berbeza. Tapi berbunga-bunga di hati Audorra. Untuk melupakan masa lalu makan masa, tapi dengan pertemuan ini mungkin ianya akan bermula kembali. Bisik Audorra dalam hati sambil tersenyum. Ekor mata Audorra mengikuti langkah Loya sehingga dia hilang dari pandangannya. Rindunya bagai bertaut kembali.


BAB 5
‘Kalau aku bagitau kau ni jangan melenting pulak”, kata-kata Loya sedikit pelik. “Apasal pulak tak ada angin tak ada ribut aku nak melenting tak tentu pasal”, jawab Lala mencebik. “Erm pagi tadi aku jumpa seseorang. Sebab kalau aku sebut nama dia comfirm kau terkejut nanti. Yelah dengar nama pun dah benci apatah lagi kalau tahu aku jumpa dia kan”, Loya berkata jujur. Lala seperti memikirkan seseorang yang dimaksudkan oleh Loya. “Orang yang dia benci”, fikir Lala. Arrgghh tak mungkin. Tapi kalau betul apa yang dia ingin marahkan. Semuanya kisah lalu. Walupun sakit hatinya tapi dia dah memaafkan segalanya. “Nur Audorra Medina”, teka Lala dalam hati. “Aku jumpa Audorra”, Loya menyebut nama yang sedang dalam fikirannya. Tepat tekaannya. “Owhh…hahahaha…aku biasa je. Nama tu tak bagi kesan apa-apapun bagi aku sekarang. Lagipun aku dah dapat pun orang yang direbutkan tu kan”, Lala cuba menyembunyikan perasaannya. Terbeliak mata Loya melihat reaksi Lala bila mendengar nama Audorra. Tidak seperti selalu akan keluar suara seperti halilintar petir ribut semua ada. “Dah tebiat ke dia ni”. Fikir Loya masih pelik. “Hari ni aku masakan makanan kegemaran kau ni. Jangan pulak sambil makan fikiran menerawang berangan ingatkan perempuan tu”, sengaja Lala ingin melihat reaksi Loya. Sengaja menduga kesetiaan suaminya. Giliran Loya pula ingin menduga hati Lala yang sedari tadi sengaja ingin menguji hatinya. “Erm kalau kau nak tahu Audorra totally dah berubah. Dia punya cantik sekarang. Fuhhhh tergoda aku”, kata Loya sengaja mengada-ngadakan cerita. “Sudahlah kau makan sorang-sorang. Lepas makan jangan lupa kemaskan sekali. Aku nak tidur, penat”, Lala terus bangun dan berlalu begitu sahaja meninggalkan Loya yang sedang makan dengan muka yang berkerut menahan marah. Geram dengan jawapan Loya. Tapi Loya hanya tergelak melihatkan gelagat Lala. “Erm itulah nak sangat uji perasaan aku kan. Hah rasakanlah”, sakat Loya sambil tergelak nakal. Tapi sedikit pun dia tidak marah pada Lala. Dia tahu walau apa keadaan sekalipun mesti terdetik perasaan cemburu Lala terhadap Audorra. Kalau tidak kenapa Lala terus meninggalkan dirinya begitu sahaja bersendirian di meja makan. Makan malamnya sendirian tidak ditemani Lala kerana mungkin cemburu. "Biarkan jelah, kejap je tu", kata Loya sambil menimkati makan malam yang sangat sedat airtangan isteri kesayangannya.

“Benci..benci..benci. Gila aku tak cemburu. Pahal kau perempuan tiba-tiba muncul hah. Dah tak ada jantan lain ke yang kau nak cari. Hiiiss  ni yang aku nak marah ni”, ditumbuk-tumbuknya patung bear kesayangannya. “Erm kesian bear tu. Tak pasal-pasal dia yang jadi mangsa. Bukan ke bear tu kesayangan kau”, tegur Loya. Tak perasaan Lala tiba-tiba muncul Loya di dalam bilik. Bila masa agaknya dia masuk. “Arrgghhh orang lelaki memang macam tu. Pantang lepa sikit suka ambil kesempatan”, bebel Lala masih menyimpan marah. “Sudahlah tu”, Loya cuba menyelamatkan patung bear tu. “Nanti tak pasal-pasal bear tu menjerit pulak. Aduhhh sakitnya..tolong..tolong”, Loya cuba menyajukkan suara kartun. “Ambiklah”, Lala mencampakkan patung bear tu tepat ke dada Loya dan disambutnya kemas. “Sayang….”, tiba-tiba perkataan yang selama ini didambakan oleh Lala terkeluar dari mulut Loya. Lala seperti bermimpi. “Adakah?  Apakah?”, persoalan di hati Lala. “Dengar sini. Dari saat ini hingga ke terhentinya  masa hanya sayang yang bertakhta di hati abang, percayalah”, kata Loya lagi. "Wow romantik gila", seperti tak percaya perkataan itu keluar dari mulut Loya. Bisik Lala dalam hati. Ternganga mulut Lala dibuatnya. Antara percaya dengan tidak. “Hisss buruknya perangai. Tutup mulut tu nanti masuk lalat”, tegur Loya sambil tersenyum membuatkan Lala tersipu malu. Hampir 5 tahun berumahtangga dan menjadi isteri inilah kali pertama perkataan sayang dan abang terucap dari mulut Loya. Nampak keikhlasan dan kejujuran kata-kata dari riak wajah Loya ketika itu. Kali ini Lala percaya.

 “Erm itulah yang aku malas nak cakap dengan kau ni. Cakap sikit mengelamun”, sambil Loya meninggalkan Lala kali ini dengan wajah masih dalam terkejut. Kerana panggilan sayang dari Loya. Dibiarkan isterinya dengan lamunannya. Loya tersenyum puas kerana berjaya menyakat isteri kesayangannya.



BAB 6
“Kalau iyepun janganlah dibawa perangai suka senyum sorang-sorang tu bila memasak”, tegur Loya. Sejak dua menjak ni Lala memang pelik sedikit perangainya. “Eh awalnya abang hari ni. Sarapan tak siap lagi ni. Abang boleh ke tunggu kejap lagi ni”, Lala berterus terang. Kelam kabut Lala dibuatnya kerana Loya sudah siap awal pagi itu sedangkan dia sedang menyiapkan sarapan. “Okay aku tunggu. Kalau lagi seribu tahun pun aku sanggup tunggu”, jawab Loya lain macam sambil kedua tangannya diletakkan didagu di atas meja makan. Seperti sedang mengharapkan sesuatu sambil merenung Lala. Nak tergelak Lala mendengar kata-kata Loya dan juga perbuatannya. “Okay kalau abang nak minum dulu ke, sayang bancuhkan kopi?”, tanya Lala. “Boleh juga”, jawab Loya pendek.

Ehem…ehem..”, Lala berdehem walaupun tekaknya tak gatal. “Macamana dengan plan kita nak ke oversea tu ye”, tanya Lala lembut. “Owh erm kena tunggu sikit masa lagi. Lagipun failnya belum siap lagi”, jawab Loya selamba. “Apasal erk nak kena tunggu fail-fail bagai ni. Kita book ticket, book hotel kita pergi jelah mana-mana tempat yang kita suka. Tak faham lah sayang. Bukan susah sangat pun”, bebel Lala tak puas hati. “Bukan ke kau pun dah setuju dengan syarat tempohari. Hah dah lupa ke?”, tanya Loya sedikit membentak. "Dah setuju mana boleh nak tarik balik. Itupun kena bersyarat", kata Loya lagi menambah rasa sakit hati Lala. “Ermm tak adalah, sayang peliklah. Kan kita dah sah sebagai suami isteri, dah 5 tahun pun kenapa nak bersyarat-syarat lagi, siap berfail-fail dan entah apa-apa lagilah”, bebel Lala lagi masih menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya. “Sayang dalam hal ni kena banyak-banyak sabar ye. Kita akan pergi jangan risau, aku janji. Tapi tunggulah agreementnya dulu ye”, pujuk Loya lembut sahaja suaranya tapi masih membuatkan Lala semakin tak faham. Tapi mukanya selamba sahaja. Membuatkan Lala semakin geram. “Suka hati abanglah. Tapi aku tak boleh tunggu kalau seribu tahun lagi”, jawab Lala geram walaupun dia suka dengan kata-kata Loya yang seperti mahu memujuknya. Tapi riak wajah Loya bersahaja mendengar kata-kata Lala. Loya masih mampu tersenyum dengan gelagat isterinya.


Sambil-sambil sembang, Lala sudah siap menghidangkan sarapan pagi itu. Beehoon goreng kampung bersama telur mata. Ulam petai pun ada kerana menu wajib kegemaran Loya. “Eh mana ayam goreng berempah pedas aku ni”, herdik Loya tidak puas hati makanan kegemarannya tiada. Ayam goreng berempah pedas  tiada menu pagi itu. “Sorrylah hari ni tak sempat nak masak. Ayam tu masih beku lagi. Lagipun abang pun nak cepatkan. Sesekali makanlah telur mata tu. Kena bersyukur dengan apa yang ada tau. Kat Luar Negara yang berperang tu nak makan pun susah. Telur pun tak jumpa inikan ayam goreng berempah”, kata-kata Lala membuatkan Loya akur. “Ye..bersyukur apa yang ada. Terima kasih kerana telah menyediakan sarapan pagi yang sedap dan telah menyedarkan dirinya agar lebih banyak bersyukur”, kata-kata Lala membuatkan cair hati Loya. Terasa insaf. Tak terucap di mulutnya kerana ego seorang lelaki. Dia sengaja menyakat Lala. Kerana bila Lala marah atau naik angin nampak sangat comel. Tapi mungkin Lala tak perasan. Dia hanya bergurau sahaja. Mana mungkin dia ingin menyakiti hati perempuan yang dicintainya dan dikahwininya. Gila tak sayang bini. Bisik Loya sendiri dalam hati.

“Hah hari ni abang balik macam biasa ke?”, sempat Lala bertanya sementara Loya sedang menikmati sarapannya. Loya hanya menganggukkan kepalanya. Penuh mulutnya dengan makanan. “Kalau macam tu mesti hari ni ada masa nak siapkan agreement yang tak berapa nak aggrement sangat tu kan. Dah tak sabar dah ni nak tahu apa isinya”, perli Lala membuatkan Loya terhenti makan. Loya menjeling tajam ke arah muka Lala, tapi Lala buat-buat tak nampak. Lala bangun perlahan-lahan dan menuju ke sinki ingin mencuci peralatan yang masih bersisa belum dibersihkan.  Lala tahu Loya mesti bengang dengan desakannya. Lala membelakangkan Loya tapi dia tersenyum sendirian dengan gelagat Loya. Lala dengan sikap nakalnya. “Okaylah aku nak pergi dulu”, Loya bangun mencapai briefcasenya. “Alamak sentap pulak  dia”, kata Lala perlahan. Cepat-cepat Lala mencuci tangannya yang bersabun dan menghulurkan tangan ingin bersalam dengan suaminya. Tangannya tidak disambut tetapi sepantas kilat dahinya dicium oleh Loya. Terkedu Lala tapi dibiarkan sahaja. Loya terus keluar. Diekori Loya hingga di pintu.  “Fuh lega ingatkan dia marah tadi”, kata Lala dalam hati lega. Loya sambil berjalan sempat menoleh sambil menyenyitkan mata kepada Lala. Semakin jatuh cinta Lala rasakan dengan suami tercintanya Mr Loya.



BAB 7
“Kenapa kau langsung tak berubah. Semakin kacak, bergaya. Cair hatiku melihatkan kau tapi, tapi kau telah dimiliki. Apa kurangnya aku berbanding Lala. Mungkin silap aku tak pandai bermain kata-kata”, Nur Audorra Medina tak henti-henti memuji empunya diri Ku Harraz Rayyan. Seseorang yang sangat istimewa dalam hidupnya suatu ketika dulu. “Memang kau berdua telah dijodohkan sejak kecil tapi semua itu masih boleh diubahkan. Hanya perjanjian antara manusia pun. Tapi aku yang tak pandai mengambil peluang pada masa itu. Kalaulah ketika itu aku mendesak, mungkin Loya akan menuruti kataku kerana dalam hatinya hanya cintakan aku”, kata Audorra seperti menyesali masa lalu. “Hei, kenapa ni muram je. Kau tak sihat ke Dora”, tegur Zhia yang baru balik. “Errrr aku okay. Cuma kau mesti tak percaya kalau aku ceritakan ni”, terang  beriya. “Apa dia?”, tanya Zhia sedikit teruja ingin tahu. “Aku jumpa Loya”, terang Audorra. “What...Its true”, jawab Zhia terkejut. Audorra menganggukkan kepalanya. “Amazingg….”, jawab Zhia tersenyum. How….mesti terungkap kisah lalu kan”, kata Zhia lagi mengusik. “Terjumpa tanpa sengaja", sambil Audora tergelak kecil. "Sempat jugalah kami minum dan makan tengahari bersama sambil berborak-borak manja. Tapi masa amat mencemburui pertemuan kami. Erm dunia ni kecil je kan, lambat laun akan bertemu juga”, kata Audorra menggambarkan betapa dia sangat gembira dengan pertemuan itu. Terpancar sinar bahagia di wajahnya. ‘Betullah tu. Rasanya lama kita tak bertemu kan sejak tamat pengajian masing-masing. So..what your plan”, tanya Zhia. “Entah tak ada apa-apa pun. Semuanya kebetulan. Cuma mungkin aku tahu di mana aku nak cari dia kalau aku perlukan dia lepas ni”, jawab Audorra sangat yakin. “Wait-wait. Macamana dengan Lala. Dia ada sama ke masa tu?”, tanya Zhia lagi teruja ingin tahu tentang Lala pula. Audorra menggelengkan kepala. “Tak ada bersama Loya. Langsung tak nampak pun. Mungkin dia bekerja di tempat lain atau tidak ikut sama hari itu”, terang Audorra pula menjawab soalan Zhia hanya meneka. “Aku pun tak delah nak beriya-iya bertanya tentang Lala kan”, jawab Audorra. “OIC..Erm..its okay. Yelah maybe one day kita dapat bertemu dengan diorang berdua kan”, kata Zhia seperti mengharapkan sesuatu. “Mungkin”, pendek jawab Audorra. Kurang senang bila nama Lala pula dibualkan. Bukan benci tapi perasaan cemburu di hatinya masih berbekas.

“Adakah wajar aku merampas kebahagiaan mereka berdua? Tapi aku yang terlebih dulu bertemu dan menyintai Loya. Loya juga menyintai aku ketika itu. Tapi itu mungkin dulu. Tapi sekarang kami dipertemukan semula adakah ini permulaan jodoh antara aku dan Loya, mana tahu”, Audorra sedang berangan-angan. Sanggupkah dia lakukan semua itu demi kepentingan dirinya. Arrrgggh semua ini salah Loya. Dia yang memberikan harapan palsu. Mempermainkan hatinya hingga dia lemas dengan kata cinta. Bila keluarganya mendesak dia menurut segala permintaan dan perjanjian keluarganya yang tak masuk akal langsung tu. Perjanjian kolot orang dulu-dulu. Sehingga sanggup tinggalkan aku.Tapi sehingga hari ini rasa sakit hatinya masih berbaki. Lala tidak dipersalahkan seratus peratus. Kerana dia juga tersepit dengan perjanjian itu cuma tak sangka kalau diam-diam Lala telah jatuh cinta pada Loya. Kalau tidak masakan Lala sendiri terima kehadiran Loya. Sedangkan dia tahu hubungan antara dia dan Loya ketika itu. Semua ini membuatkan kepala Audorra semakin serabut. “Kenapalah aku bertemu dengan kau tempohari. Tak perlulah aku nak memikirkan tentang diri kau hingga saat ini dan sedalam ini”, rasa sesalan dalam diri Audorra. Seperti menyesali pertemuan antara dirinya dengan Loya tempohari. Tapi mungkin ada hikmahnya.

“Fikirkan apa tu”, tegur Zhia sambil menjeling jam di dinding. Zhia yang sedari tadi sudah masuk ke bilik tiba-tiba muncul semula di ruang tamu. Melewati 12 tengah malam. “Tak tidur lagi ke Dorra?”, tanya Zhia hairan. Selalu masa-masa begini Audorra dah jauh belayarnya. Jarang-jarang Audorra tidur lewat. Ini kerana Audorra sangat menjaga kesihatan dan kecantikkan dirinya. “Ehh Zhia. Entahlah susah pulak nak lelap mata ni”, jawab Audorra bila ditegur oleh Zhia. “Erm aku tahu apa yang kau fikirkan. Sudahlah tu jangan dikenang semuanya kan dah lepas. Sekarang ni kau kena fikirkan tentang diri kau sahaja. Masa depan kau. Aku yakin ramai lagi lelaki kat luar sana yang layak untuk kau. Lebih kacak, bergaya, complete pakej pun ada, petik jari je kau boleh dapat. Aku comfirm”, panjang Zhia memberikan kata-kata semangat buat sahabatnya. Audorra hanya tersenyum mendengarkan bebelan Zhia. Tapi apa yang Zhia katakan itu memang ada betulnya. Dalam diam Audorra bersetuju dengan kata-kata Zhia. Tapi sukar untuk dia melupakan cinta pertamanya.

Zhia yang selalu tidur lewat dan duduk di sofa dan menonton televisyen sendirian. Tapi malam ini dia ada teman berborak. “So apa plan kau lepas ni”, pertanyaan kali kedua Zhia untuk dirinya. “Bukan ke dah tanya?”, jawab Audorra mengingatkan Zhia. “Owh ye ke..hihihi..Tak apalah tak ada modal nak berborak”, jawab Zhia tersipu malu. “Ala aku gurau jelah. Erm entahlah. Aku nak try apply job kat tempat Loya”, terang Audorra. Tapi mengundang rasa kurang senang Zhia. “Are you sure”, tanya Zhia. “But not for me”, kata Zhia lagi. “Jangan Dorra. Semua ni akan mengundang masalah je”, nasihat Zhia fikir lebih panjang. “Eh bukan ke kau yang beriya-iya nak tahu tentang Loya tadi. Kalau aku dah bekerja kat syarikat dia nanti, kan lebih banyak info aku boleh share. Lebih-lebih lagi tentang Lala”, jawab Audorra bernada perli sambil menjeling nakal kepada Zhia. “Hiss tak adalah sampai macam tu sekali’, jawab Zhia ingin mempertahankan dirinya. “Aku pun gurau je. Sebolehnya aku nak kau jauh dari diorang”, jawab Zhia sedikit bimbang. “Okaylah aku nak tidur dulu. Mata dah mula mengantuk ni”, pinta Audorra. “Aiiikkkk masa tulah dah mengantuk”, kata Zhia kurang berpuas hati seperti Audorra ingin mengelakkan dirinya daripada menceritakan lebih lanjut tentang Loya. “Good nite dear. Jangan tidur lewat sangat”, sempat Audorra berpesan dan bingkas bangun meninggalkan Zhia sendirian.



BAB 8
Hampir 4 bulan Audorra menganggur. Bukan tidak mahu bekerja tetapi dia telah mengambil keputusan untuk berhenti. Ini kerana syarikat tempat dia bekerja telah berpindah ke Utara Semenanjung. Audorra tidak sanggup ingin berjauhan dari keluarganya, jadi dia mengambil keputusan untuk berhenti. Papanya ada meminta dia bekerja di syarikat keluarga, tapi ditolak oleh Audorra. Dia merasakan belum tiba masanya untuk dia bekerja di bawah syarikat keluarga. Lagipun sudah memadai abang kembarnya menguruskan dan mengambilalih syarikat Papa. Dia ingin berdikari. Tapi Audorra tetap memberikan sokongan kepada perniagaan keluarganya. Cuma impian Audorra satu masa nanti dia ingin ada sendiri syarikat perundingan untuk designer. Itulah bidang yang diminatinya sejak di universiti. Tetapi selepas pertemuan dia dengan Loya semula, hatinya meronta-ronta ingin mencuba nasib untuk bekerja di syarikat keluarga Loya. Belum cuba belum tahu. Dia akan segera menghubungi Loya untuk mengaturkan temujanji. Bersemangat Audorra.

“Hello. Loya boleh tak kalau saya nak jumpa awak. Ada hal saya nak bincang dan minta pertolongan awak”, suara Audorra yang lemak merdu di talian. “Okay, boleh. Masa lunch hour kita jumpa kat kedai tempohari ye. Dalam jam 1.00 tengahari”. Loya membuat ketetapan. “Orite saya tunggu awak ye. Terima kasih Loya”, ucap Audorra. Talian terputus. “Apahal pulak nak jumpa ni”, fikir Loya. Tapi Loya tidak sampai hati ingin menolak. Mungkin ada hal penting ingin dibincangkan. Loya bersangka baik.

“Maaf kalau saya ambil masa awak. Saya harap awak tak memandang serong dengan pertemuan ini. Erm tiada maksud lain. Sebenarnya saya ingin meminta bantuan awak, Loya”, terang Audorra satu persatu jelas. “Eh boleh saja nak jumpa. Kebetulan ada masa free. Apa yang boleh saya bantu” jawab Loya ikhlas. “Sebenarnya sekarang saya dah tak bekerja, saya dah resign hampir 4 bulan lepas”, terang Audorra. “Kenapa? Boleh I tahu sebabnya. Bidang you designer kan”, tanya Loya inginkan kepastian. “Yup. Saya memang minat designer sejak kecil. Terpaksa berhenti coz syarikat berpindah di utara”, Audorra menerangkan sebab sebenarnya. Loya kenal Audorra seorang yang sangat rapat dengan familynya. Sebab itu Audorra berhenti kerana tidak mahu berjauhan dari keluarganya. Teka Loya. “Awak pun tahu kan, saya tak suka berjauhan dari family. Apapun saya akan pilih family first. Kerja tak berapa penting kat mana-mana pun saya yakin akan ada rezekinya”, jawapan Audorra sama seperti tekaannya. Loya hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

“Beginilah Dorra. Kebetulan pula kat syarikat saya ada kosong jawatan Designer. Designernya berhenti sebulan yang lalu sebab ikut suami ke oversea. So awak calon yang paling sesuai. Rasanya memang rezeki awak ni. Cuma awak kena apply macam biasa ikut prosedur dan datang interview juga. Erm saya harap awak tak ada masalah ye untuk hadir interview. Yelah itu sebahagian prosedur biasa je. Tapi InshaAllah jawatan itu saya akan tawarkan untuk awak”, panjang jawab Loya menggembirakan hati Audorra. “Alhamdulillah. Baik Loya. Saya faham prosedur tu. Saya akan buat seperti yang awak mahukan. Erm agak-agak bila ye saya boleh hadir interview”, jawab Audorra teruja dan tidak sabar. “Erm, esok pun boleh kalau awak dah bersedia”, kata Loya. Berbunga-bunga di hati Audorra. “Tapi mungin esok saya tak boleh. Kalau minggu depan macamana”, pinta Audorra kerana dia baru teringat esok dia ada temujanji dengan Mama. “Saya okay saja. Bila-bila masa sahaja bila awak dah sedia”, kata Loya memberikan jaminan. “Terima kasih banyak Loya sudi bantu saya”, ucap Audorra. “Semuanya mungkin dah tertulis rezeki untuk awak, InshaAllah”, jawab Loya dengan menghadiahkan senyuman.Terpegun Audorra seketika melihat senyuman yang suatu ketika dulu amat dirindukan. 

Dari senyuman Loya membuatkan hati Audorra berdebar-debar tiba-tiba. Alangkah bahagianya di saat ini jika dia berada di sisi Loya. Bukan disebabkan dia akan diterima bekerja tetapi satu perasaan lain yang pernah dirasai suatu ketika dulu seperti datang kembali. Kesan parut cinta di hatinya masih berbekas. Kalau dihiris masih mengalirkan darah. Lama memendam hati dan perasaan merawat luka untuk sembuh kembali. Tapi setelah sekian lama luka itu sembuh, tiba-tiba perasaan itu hadir kembali. Kini dia akan selalu berada di samping Loya. Semua yang terjadi seperti mimpi, tidak tersangkakan oleh Audorra. Tapi adakah semua hanya sekadar angan-angan sahaja. Untuk memiliki mungkin tidak. Tapi kalau kita usahakan mungkin kita akan berjaya memilik apa yang kita ingini. Bermain-main di fikirannya bermacam-macam andaian.

“Bagaimana dengan Lala? Kenapa aku perlu fikirkan tentang perasaannya. Sedangkan sebelum ini tiada siapa yang kisahkan tentang perasaan dirinya ketika itu. Rasanya cukup dah beberapa tahun dia hidup bahagia bersama Loya. Dah mengecapi kemanisan hidup berumahtangga, so sekarang mungkin tiba masanya untuk dia pula merasai bahagia itu”, kata Audorra dalam hati sambil tersenyum sendirian. Fikiran jahat seperti sudah menguasai dirinya.

“Dorra, Dorra”, panggil Zhia beberapa kali. “Errr Zhia. Bila kau balik”, tanya Audorra tak perasaan kehadiran Zhia. “Erm pintu pun tak berkunci. Kalaulah pencuri masuk pun tak sedar ni”, bebel Zhia. “Erm lagilah orang kalau sedang asyik bermimpi mana nak perasaan ada orang sedang memerhati”, perli Zhia menyambung. “Sorry lah. Aku sedang memikirkan masa depan”, jawab Audorra agak pelik. “Masa depan. Eh pelik jer bunyinya”, kata Zhia semakin pelik dengan sikap Audorra beberapa hari ini. Lebih-lebih lagi selepas dia bertemu dengan Loya memang perangainya sudah banyak berubah. “Betullah aku cakapkan ni. Rasanya dah tiba masanya untuk aku fikirkan tentang masa depan kan. Aku dah letih hidup sendirian. Sepatutnya seusia kita ni dah berumahtangga, ada anak-anak comel yang sedang membesar. Hidup dalam suasana yang bahagia”, Audorra berkata-kata seperti sedang mengimpikan sesuatu. “Ye betul, aku setuju kata-kata kau. Kejap. Aku teka eh. Sebenarnya kau dah jumpa dengan Mr Charming idaman kau kan. So sweet…..”, teka Zhia sengaja melayani angan-angan Audorra. ‘Yup Mr Charming aku dah kembali”, confident sahaja Audorra berkata-kata. Tapi Zhia dapat menganggak siapa Mr Charming yang dimaksudkan. Risau Zhia jika benar tekaannya. Sanggupkah Audorra meruntuhkan rumahtangga Loya. Jangan disebabkan dendam Audorra sanggup lakukan semua itu. Tapi Zhia tak berani ingin bertanya lebih lanjut, mungkin nanti Audorra akan menceritakan sendiri perkara tersebut. “Okay Dorra, aku nak mandi dulu. Hah apa kata malam ni kita makan luar ye. Penat pulak nak masak”, pinta Zhia ingin membersihkan dirinya yang baru balik dari kerja. “Aku okay jer”, jawab Audorra setuju dengan cadangan Zhia.



BAB 9
Beberapa staff berbisik sesama sendiri. Sesekali pejabat mereka didatangi oleh orang yang cantik dan elegan. Terpegun staff wanita terutamanya, staff lelaki lebih lagilah terujanya. Penampilannya sangat mempersonakan dan menarik mata yang memandang sama ada lelaki atau perempuan. “Cik, boleh tumpang tanya”, lembut sahaja tutur katanya. “Ye..Cik cari siapa”, tanya seorang staff. “Saya ingin hadiri interview hari ni”, jawab wanita elegan ini. “Owh dah ada appoiment dengan Ku Harraz ye. Erm Cik duduk dulu, nanti saya hubungi Ku Harraz untuk comfirmation ye”, penuh sopan staff wanita melayani tetamunya. “Baik terima kasih”, jawab wanita itu lagi. Sementara menunggu comfirmation, Audorra duduk di sofa tetamu yang disediakan. Dia perasaan dengan setiap mata yang memandang ke arahnya. Sepertinya tertarik dengan penampilan dirinya mungkin. Tapi Audorra hanya mengukir senyuman sepanjang masa itu. “Erm cantik office Loya. Semoga dipermudahkan urusan dan rezeki aku hari ini”, sempat Dorra berdoa dalam hati.

“Hello. Ku Harraz, ada sesi interview ke hari ni. Sekarang sedang menunggu ada seorang calon wanita”, seorang staff wanita sedang bercakap dengan Ku Harraz. “Owh okay Ku kalau macam tu. So I terus pass pada Ku Aish ye”, perbualan tamat. “Cik mari ikut saya”, arah staff wanita itu kepada Audorra. Dia bangun dan hanya mengikut staff itu. Berbunga di hatinya. Sekali lagi dia akan bertemu dengan  Loya. Semuanya mungkin akan lebih mudah, teka Audorra yakin. Tok..tok..tok…Pintu diketuk beberapa kali. “Ku Aish, calon untuk jawatan Designer yang Ku Harraz dah remakskan tempohari dah sampai”, kata staff wanita menerangkan tujuan kehadirannya di bilik Ku Aish. “Owh okay. Ku Harraz dah inform I. Okay bolehlah minta dia masuk”, arah Ku Aish. Akur staff wanita sambil keluar untuk mempersilakan calon untuk masuk. “Okay. Cik boleh masuk. Good luck ye Cik. Saya rasa Cik sesuai untuk jawatan ni. Lagipun Cik sangat cantik dan elegan”, sempat staff wanita itu memuji Audorra. “Terima kasih”, hanya ucapan terima kasih mampu diucapkan. Semakin berbunga di hatinya.

Tok..tok..pintu diketuk. “Masuk”, jawab orang di dalam. Perlahan-lahan Audorra menolak daun pintu. Perlahan-lahan dia mengatur langkah mendekati meja penemuduga. Semakin dekat semakin kencang dalam dadanya. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Ku Aish yang sedang membelakangkan pintu memusingkan badannya yang sedang duduk di kerusi. Kedua-duanya bertentang mata. “Bukan Loya”, kata Audorran dalam hati. Sedikit terkejut Audorra seseorang yang lain didepan matanya. “Wooww, cantiknya. Bidadari ke ni”, kata Ku Aish dalam hati. Tak berkelip matanya memandang Audorra di depan matanya. Audorra tersenyum malu seperti terpaksa. “Errr, Cik sila duduk”, pelawa Ku Aish. “Assallamualaikum Encik”, Audorra mengucapkan salam. “Waalaikumussallam”, jawab Ku Aish. Bergetar tiba-tiba dadanya. “Sila duduk”, arah Ku Aish sekali lagi. Audorra akur dan mengemaskan duduknya. Terasa jangkal tiba-tiba. Yang diharapkan adalah Loya tapi mungkin Loya ada tugas yang lain. “Erm. Sepatutnya Loya eh silap, Ku Harraz yang menginterview Cik…..”, sambil Ku Aish menuding jari menanyakan nama Audorra. “Ermm saya Nur Audorra Medina”, jawab Dorra. “ Cik Audorra. Sedap nama tu”, sempat Ku Aish memuji. “Kebetulan hari ini Ku Harraz ada tugasan yang urgent kat site. So saya ambilalih tugas hari ini. Cik ada masalah ke tentang itu?”, tanya Ku Aish pabila perasaan Audorra seperti kurang selesa. “Eh taklah encik. Saya okay je. Lagipun saya ingin memohon kerja, siapapun yang menemuduga itu adalah hak syarikat”, jawab Audorra sangat professional. Walaupun hatinya sedikit kecewa. “Kalau macam tu baguslah. Rasanya tak perlulah saya nak bertanya banyak pun. Lagipun Ku Harraz dah ceritakan tentang awak. Apapun tahniah kerana awak berjaya diterima untuk jawatan ini”, kata Ku Aish cukup menggembirakan hatinya. “Syukur Alhamdulillah. Doanya dimakbulkan Allah”, Audorra mengucapkan syukur. “Sama-sama. Nanti berterima kasih pada Ku Harraz juga ye. Lagipun dia yang setuju terima awak. Tahniah ye. Esok dah boleh start kerja”, terang Ku Aish lagi. “Alhamdulillah baiklah. Terima kasih sekali lagi”, jawab Audorra. “Erm sebelum Cik Audorra balik apa kata saya belanja makan. Mungkin untuk meraikan”, pelawa Ku Aish membuatkan Audorra sedikit terkejut. “Boleh juga”, tanpa berfikir panjang Audorra setuju dengan pelawaan itu.

“Sebenarnya saya sepupu Ku Harraz. Cuma saya tak tahu kalau Ku Harraz ni ada kawan yang sangat special macam Cik Audorra”, kata ku Aish tanpa berselindung. “Panggil Dorra je cukup Ku Aish”, tawar Audorra. “Owh okay”, jawab Ku Aish rasa selesa dengan nama panggilan itu. “Saya difahamkan Dorra dah lama kenal Ku Harraz ye. Dah berumahtangga ke. Eh maaf kalau bertanya soalan peribadi”, tanya Ku Aish lagi. Sedari tadi hanya Ku Aish banyak bercakap bertanya itu dan ini. “Yup. Lama juga. Kami dah mengenali sejak di zaman Universiti lagi. Tapi dah agak lama juga tak bertemu dia. Cuma takdirnya baru-baru ni kami dipertemukan tanpa sengaja”, terang Adorra sedikit panjang. “So sweet. Mesti pertemuan yang very meaningful kot”, kata Ku Aish memberikan banyak makna. Tapi Audorra tak menghiraukan. “Saya masih single and available”, jawab Audorra sambil tersenyum. “Sayangnya orang secantik ini masih belum berpunya”, Ku Aish berkata dalam hati. “Saya biasa panggil Ku Harraz dengan panggilan Loya je”, Audorra berkata memecahkan kesunyian menikmati makanan. “La ye ke, erm kalau  macam tu senanglah nak bercerita. Hah Loya. Opppss  atau Ku Harraz macam formal pulak kan”, kata Ku Aish sambil tersengih. Audorra hanya membalas senyuman . “Boleh tahan hensem juga sepupu Loya ni”, puji Audorra pula dalam hati. “Saya dari kecil duduk di oversea. Habis study baru family saya balik dan terus menetap di Malaysia. Balik sebab nak menguruskan perniagaan warisan keluarga. Erm kalau ikut salasilahnya lagi, Loya adik ipar saya”, terang Ku Aish lagi. Hampir nak tersembur keluar air oren yang baru diteguknya. “Maksudnya Ku Aish abang kepada Lala. Erm kecil saja dunia ni kan”, kata Audorra dalam hati.


BAB 10
“Macamana interviewnya?”, tanya Loya. “Tak patutkan, kau ada kawan yang sangat cantik senyap je. Cubalah rekemen kat aku ni yang masih bujang”, kata Ku Aish jujur. Loya tergelak kecil mendengarkan kata-kata Ku Aish. “Sebab tulah aku serah kat kau aje. Mana tau ada jodohnya kan”, usik Loya. “Erm maybe boleh diusha”, jawab Ku Aish berseluroh. “Kalau kau nak aku tolong usahakan. Erm sepanjang aku kenal Audorra, dia seorang yang sangat baik”, terang Loya tentang diri Audorra. “Erm lain macam je bunyinya atau kau dan dia dah ada sejarah”, tanya Ku Aish sengaja serkap jarang. “Hisss tak adalah. Sekadar kawan”, elak Loya dari terus membicarakan tentang Audorra. Ku Aish tidak tahu tentang hubungan antara dia dengan Audorra sebelum ini. “Tapi aku takutlah nak rekemen kat kau. Nanti tak pasal-pasal kena serang dengan semua girlfriend kau nanti”, kata Loya mengusik Ku Aish. “Hahahaha. Aku mana ada girlfriend. Diorang yang perasan anggap aku ni boyfriend diorang. Padahal tak ada apa pun”, jawab Ku Aish sambil tergelak. “Erm masa nilah tak nak mengaku erk. Tapi aku boleh gerenti Audorra ni memang terbaik. Sesuai dengan kau”, suggest Loya buat abang iparnya. Ku Aish abang kembar kepada Lala. “Kalau kau boleh adjust aku okay aje”, jawab Ku Aish seperti mengharap sesuatu. Loya hanya menyambut dengan senyuman. Sambil keduanya jalan beriringan ke tempat parking kereta. Kebetulan kedua-duanya berjalan sambil focus melihat handphone.

 “Oppsss. Sorry, Sorry saya tak sengaja”, hampir-hampir terjatuh handphone di tangan Ku Aish. “Allah, nasib baik tak jatuh”, sempat Ku Aish menyelamatkan iphone edisi terkini tak sampai sebulan dibeli dari jatuh berderai. Terkejut Loya dengan apa yang berlaku. “Hiiisssss kenapalah bila berjalan tak nak tengok-tengoookkk ni. Errr, errm saya pun nak mintak maaf pada awak. Saya yang salah sebab leka bermain handphone sambil berjalan. Sorry ye cik yaaaaannnng maaaaaniis”, kenyit Ku Aish pada Loya. Baru dia ingin memarahi orang yang melanggarnya. Tapi tak menjadi kerana tak sangka yang melanggar tanpa sengaja seorang gadis yang sangat cantik. Melihatkan raut wajahnya sungguh manis mata memandang. Loya juga mengakuinya. “Tapi saya pun tak perasaan kan awak. Maafkan saya juga ye”, kata gadis manis itu lagi. Suaranya juga lemak merdu dan lembut sahaja sangat sedap didengar bila hinggap ke dalam gegendang telinga. Masing-masing saling memohon maaf. “Its okay”, jawab Ku  Aish sopan. Loya hanya melihatkan drama di depan matanya. “Saya Aish. Cik…”, sempat Ku Aish memperkenalkan dirinya dan menyapa nama si gadis pula. “Saya Amierah. Panggil Miera je”, si gadis memperkenalkan diri. “Eh maaf ye. Saya minta diri dulu. Ada hal nak cepat”, pinta si gadis dalam keadaan tergesa-gesa. “Eh….cik…eh….”, tergagap-gagap Ku Aish cuba menahan gadis itu dari pergi tapi sepantas kilat Amierah masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin dan berlalu pergi. Terlopong mulut Ku Aish.

 “Aduhai melepas pulak kali ini”, kata Ku Aish dalam hati. Berkerut dahinya. “Ehemmm, sudahlah tu. Baru nak usha Audorra dah cair dengan Amierah. Sudahlah tu tak ada rezeki”, pujuk Loya. “Erm aku baru nak ayat mintak nombor telefon. Cepat betul dia pergi”, rasa kecewa pula Ku Aish. “Dah, dah lupakan aja. Anggaplah tak ada rezeki. Meeting lagi setengah jam karang lambat. Jom balik office.”, ajak Loya mengingatkan tentang meeting hari ini. Ku Aish hanya menuruti kata-kata Loya. Kalau bukan disebabkan meeting ingin sahaja dia memecut laju kereta mengejar kereta gadis itu. Tak kisahlah apa pun terjadi dia rela. Rasa amat rugi terlepas berkenalan dengan gadis itu. Semoga satu hari nanti mereka boleh bertemu lagi. Harap Ku Aish. Hilang sementara cerita tentang Audorra.

Sepanjang perjalanan balik ke office Ku Aish diam membisu. Pelik Loya dengan Ku Aish abang iparnya merangkap teman baik, teman gaduh dan juga sepupu. Terus diam seperti baru dilanggar garuda. Semua title ada pada Ku Aish. “Erm doa-doalah nanti kita dapat bertemu lagi dengan dia. Entah-entah isteri orang. So janganlah mengharap sangat. Zaman sekarang ni lain. Lepas ni aku ushakan 100% Audorra buat kau eh. Dah jangan monyok macam kerang busuk, tak lalu aku nak tengok”, usik Loya. Tapi Ku Aish hanya mencebikkan bibirnya tidak menjawab. Malas nak melayan adik iparnya yang sedang membebel tak kurang memperli. Tapi dia tidak marah pun dengan Ku Harraz.Fikirannya masih teringatkan gadis itu. Seperti ada sesuatu yang istimewa.

You May Also Like

2 comments