BAB 9 - AGREMENT CINTA VS HONEYMOONMR LOYA & MRS LALA

by - 5:21 PM





Beberapa staff berbisik sesama sendiri. Sesekali pejabat mereka didatangi oleh seorang perempuan yang cantik dan elegan. Terpegun staff wanita terutamanya, staff lelaki lebih lagilah terujanya. Penampilannya sangat mempersonakan dan menarik mata yang memandang sama ada lelaki atau perempuan. “Cik, boleh tumpang tanya”, lembut sahaja tutur katanya. “Ye..Cik cari siapa”, tanya seorang staff. “Saya ingin hadiri interview hari ni”, jawab wanita elegan ini. “Owh dah ada appoiment dengan Ku Harraz ye. Erm Cik duduk dulu, nanti saya hubungi Ku Harraz untuk comfirmation ye”, penuh sopan staff wanita melayani tetamunya. “Baik terima kasih”, jawab wanita itu lagi. Sementara menunggu comfirmation, Audorra duduk di sofa tetamu yang disediakan. Dia perasaan dengan setiap mata yang memandang ke arahnya. Sepertinya tertarik dengan penampilan dirinya mungkin. Tapi Audorra hanya mengukir senyuman sepanjang masa itu. “Erm cantik office Loya. Semoga dipermudahkan urusan dan rezeki aku hari ini”, sempat Dorra berdoa dalam hati.

“Hello. Ku Harraz, ada sesi interview ke hari ni. Sekarang sedang menunggu ada seorang calon wanita”, seorang staff wanita sedang bercakap dengan Ku Harraz. “Owh okay Ku kalau macam tu. So I terus pass pada Ku Aish ye”, perbualan tamat. “Cik mari ikut saya”, arah staff wanita itu kepada Audorra. Dia bangun dan hanya mengikut staff itu. Berbunga di hatinya. Sekali lagi dia akan bertemu dengan  Loya. Semuanya mungkin akan lebih mudah, teka Audorra yakin. Tok..tok..tok…Pintu diketuk beberapa kali. “Ku Aish, calon untuk jawatan Designer yang Ku Harraz dah remakskan tempohari dah sampai”, kata staff wanita menerangkan tujuan kehadirannya di bilik Ku Aish. “Owh okay. Ku Harraz dah inform I. Okay bolehlah minta dia masuk”, arah Ku Aish. Akur staff wanita sambil keluar untuk mempersilakan calon untuk masuk. “Okay. Cik boleh masuk. Good luck ye Cik. Saya rasa Cik sesuai untuk jawatan ni. Lagipun Cik sangat cantik dan elegan”, sempat staff wanita itu memuji Audorra. “Terima kasih”, hanya ucapan terima kasih mampu diucapkan. Semakin berbunga di hatinya.

Tok..tok..pintu diketuk. “Masuk”, jawab orang di dalam. Perlahan-lahan Audorra menolak daun pintu. Perlahan-lahan dia mengatur langkah mendekati meja penemuduga. Semakin dekat semakin kencang dalam dadanya. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Ku Aish yang sedang membelakangkan pintu memusingkan badannya yang sedang duduk di kerusi. Kedua-duanya bertentang mata. “Bukan Loya”, kata Audorran dalam hati. Sedikit terkejut Audorra seseorang yang lain didepan matanya. “Wooww, cantiknya. Bidadari ke ni”, kata Ku Aish dalam hati. Tak berkelip matanya memandang Audorra di depan matanya. Audorra tersenyum malu seperti terpaksa. 


“Errr, Cik sila duduk”, pelawa Ku Aish. “Assallamualaikum Encik”, Audorra mengucapkan salam. “Waalaikumussallam”, jawab Ku Aish. Bergetar tiba-tiba dadanya. “Sila duduk”, arah Ku Aish sekali lagi. Audorra akur dan mengemaskan duduknya. Terasa jangkal tiba-tiba. Yang diharapkan adalah Loya tapi mungkin Loya ada tugas yang lain. “Erm. Sepatutnya Loya eh silap, Ku Harraz yang menginterview Cik…..”, sambil Ku Aish menuding jari menanyakan nama Audorra. “Ermm saya Nur Audorra Medina”, jawab Dorra. “ Cik Audorra. Sedap nama tu”, sempat Ku Aish memuji. “Kebetulan hari ini Ku Harraz ada tugasan yang urgent kat site. So saya ambilalih tugas hari ini. Cik ada masalah ke tentang itu?”, tanya Ku Aish pabila perasaan Audorra seperti kurang selesa. “Eh taklah encik. Saya okay je. Lagipun saya ingin memohon kerja, siapapun yang menemuduga itu adalah hak syarikat”, jawab Audorra sangat professional. Walaupun hatinya sedikit kecewa. “Kalau macam tu baguslah. Rasanya tak perlulah saya nak bertanya banyak pun. Lagipun Ku Harraz dah ceritakan tentang awak. Apapun tahniah kerana awak berjaya diterima untuk jawatan ini”, kata Ku Aish cukup menggembirakan hatinya. “Syukur Alhamdulillah. Doanya dimakbulkan Allah”, Audorra mengucapkan syukur. “Sama-sama. Nanti berterima kasih pada Ku Harraz juga ye. Lagipun dia yang setuju terima awak. Tahniah ye. Esok dah boleh start kerja”, terang Ku Aish lagi. “Alhamdulillah baiklah. Terima kasih sekali lagi”, jawab Audorra. “Erm sebelum Cik Audorra balik apa kata saya belanja makan. Mungkin untuk meraikan”, pelawa Ku Aish membuatkan Audorra sedikit terkejut. “Boleh juga”, tanpa berfikir panjang Audorra setuju dengan pelawaan itu.

“Sebenarnya saya sepupu Ku Harraz. Cuma saya tak tahu kalau Ku Harraz ni ada kawan yang sangat special macam Cik Audorra”, kata ku Aish tanpa berselindung. “Panggil Dorra je cukup Ku Aish”, tawar Audorra. “Owh okay”, jawab Ku Aish rasa selesa dengan nama panggilan itu. “Saya difahamkan Dorra dah lama kenal Ku Harraz ye. Dah berumahtangga ke. Eh maaf kalau bertanya soalan peribadi”, tanya Ku Aish lagi. Sedari tadi hanya Ku Aish banyak bercakap bertanya itu dan ini. “Yup. Lama juga. Kami dah mengenali sejak di zaman Universiti lagi. Tapi dah agak lama juga tak bertemu dia. Cuma takdirnya baru-baru ni kami dipertemukan tanpa sengaja”, terang Adorra sedikit panjang. “So sweet. Mesti pertemuan yang very meaningful kot”, kata Ku Aish memberikan banyak makna. Tapi Audorra tak menghiraukan. “Saya masih single and available”, jawab Audorra sambil tersenyum. 


“Sayangnya orang secantik ini masih belum berpunya”, Ku Aish berkata dalam hati. “Saya biasa panggil Ku Harraz dengan panggilan Loya je”, Audorra berkata memecahkan kesunyian menikmati makanan. “La ye ke, erm kalau  macam tu senanglah nak bercerita. Hah Loya. Opppss  atau Ku Harraz macam formal pulak kan”, kata Ku Aish sambil tersengih. Audorra hanya membalas senyuman . “Boleh tahan hensem juga sepupu Loya ni”, puji Audorra pula dalam hati. “Saya dari kecil duduk di oversea. Habis study baru family saya balik dan terus menetap di Malaysia. Balik sebab nak menguruskan perniagaan warisan keluarga. Erm kalau ikut salasilahnya lagi, Loya adik ipar saya”, terang Ku Aish lagi. Hampir nak tersembur keluar air oren yang baru diteguknya. “Maksudnya Ku Aisha abang kepada Lala. Erm kecil saja dunia ni kan”, kata Audorra dalam hati.

You May Also Like

0 comments