Agreement Cinta vs Honeymoon Mr loya & Mrs lala

by - 10:33 PM








BAB 8


Hampir 4 bulan Audorra menganggur. Bukan tidak mahu bekerja tetapi dia telah mengambil keputusan untuk berhenti. Ini kerana syarikat tempat dia bekerja telah berpindah ke Utara Semenanjung. Audorra tidak sanggup ingin berjauhan dari keluarganya, jadi dia mengambil keputusan untuk berhenti. Papanya ada meminta dia bekerja di syarikat keluarga, tapi ditolak oleh Audorra. Dia merasakan belum tiba masanya untuk dia bekerja di bawah syarikat keluarga. Lagipun sudah memadai abang kembarnya menguruskan dan mengambilalih syarikat Papa. Dia ingin berdikari. Tapi Audorra tetap memberikan sokongan kepada perniagaan keluarganya. Cuma impian Audorra satu masa nanti dia ingin ada sendiri syarikat perundingan untuk designer. Itulah bidang yang diminatinya sejak di universiti. Tetapi selepas pertemuan dia dengan Loya semula, hatinya meronta-ronta ingin mencuba nasib untuk bekerja di syarikat keluarga Loya. Belum cuba belum tahu. Dia akan segera menghubungi Loya untuk mengaturkan temujanji. Bersemangat Audorra.

“Hello. Loya boleh tak kalau saya nak jumpa awak. Ada hal saya nak bincang dan minta pertolongan awak”, suara Audorra yang lemak merdu di talian. “Okay, boleh  lunch hour kita jumpa kat kedai tempohari ye. Dalam jam 1.00 tengahari”. Loya membuat ketetapan. “Orite saya tunggu awak ye. Terima kasih Loya”, ucap Audorra. Talian terputus. “Apahal pulak nak jumpa ni”, fikir Loya. Tapi Loya tidak sampai hati ingin menolak. Mungkin ada hal penting ingin dibincangkan. Loya bersangka baik.

“Maaf kalau saya ambil masa awak. Saya harap awak tak memandang serong dengan pertemuan ini. Erm tiada maksud lain. Sebenarnya saya ingin meminta bantuan awak, Loya”, terang Audorra satu persatu jelas. “Eh boleh saja nak jumpa. Kebetulan ada masa free. Apa yang boleh saya bantu” jawab Loya ikhlas. “Sebenarnya sekarang saya dah tak bekerja, saya dah resign hampir 4 bulan lepas”, terang Audorra. “Kenapa? Boleh I tahu sebabnya. Bidang you designer kan”, tanya Loya inginkan kepastian. “Yup. Saya memang minat designer sejak kecil. Terpaksa berhenti coz syarikat berpindah di utara”, Audorra menerangkan sebab sebenarnya. Loya kenal Audorra seorang yang sangat rapat dengan familynya. Sebab itu Audorra berhenti kerana tidak mahu berjauhan dari keluarganya. Teka Loya. “Awak pun tahu kan, saya tak suka berjauhan dari family. Apapun saya akan pilih family first. Kerja tak berapa penting kat mana-mana pun saya yakin akan ada rezekinya”, jawapan Audorra sama seperti tekaannya. Loya hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

“Beginilah Dorra. Kebetulan pula kat syarikat saya ada kosong jawatan Designer. Designernya berhenti sebulan yang lalu sebab ikut suami ke oversea. So awak calon yang paling sesuai. Rasanya memang rezeki awak ni. Cuma awak kena apply macam biasa ikut prosedur dan datang interview juga. Erm saya harap awak tak ada masalah ye untuk hadir interview. Yelah itu sebahagian prosedur biasa je. Tapi InshaAllah jawatan itu saya akan tawarkan untuk awak”, panjang jawab Loya menggembirakan hati Audorra. “Alhamdulillah. Baik Loya. Saya faham prosedur tu. Saya akan buat seperti yang awak mahukan. Erm agak-agak bila ye saya boleh hadir interview”, jawab Audorra teruja dan tidak sabar. “Erm, esok pun boleh kalau awak dah bersedia”, kata Loya. Berbunga-bunga di hati Audorra. “Tapi mungin esok saya tak boleh. Kalau minggu depan macamana”, pinta Audorra kerana dia baru teringat esok dia ada temujanji dengan Mama. “Saya okay saja. Bila-bila masa sahaja”, kata Loya memberikan jaminan. “Terima kasih banyak Loya sudi bantu saya”, ucap Audorra. “Semuanya mungkin dah tertulis rezeki untuk awak, InshaAllah”, jawab Loya dengan menghadiahkan senyuman.Terpegun Audorra seketika melihat senyuman yang suatu ketika dulu amat dirindukan. 

Dari senyuman Loya membuatkan hati Audorra berdebar-debar tiba-tiba. Alangkah bahagianya di saat ini jika dia berada di sisi Loya. Bukan disebabkan dia akan diterima bekerja tetapi satu perasaan lain yang pernah dirasai suatu ketika dulu datang kembali. Kesan parut cinta di hatinya masih berbekas. Kalau dihiris masih mengalirkan darah. Lama memendam hati dan perasaan merawat luka untuk sembuh kembali. Tapi setelah sekian lama luka itu sembuh, tiba-tiba perasaan itu hadir kembali. Kini dia akan selalu berada di samping Loya. Semua yang terjadi seperti mimpi, tidak tersangkakan oleh Audorra. Tapi adakah semua hanya sekadar angan-angan sahaja. Untuk memiliki mungkin tidak. Tapi kalau kita usahakan mungkin kita akan berjaya memilik apa yang kita ingini. Bermain-main di fikirannya bermacam-macam andaian.

“Bagaimana dengan Lala? Kenapa aku perlu fikirkan tentang perasaannya. Sedangkan sebelum ini tiada siapa yang kisahkan tentang perasaan dirinya ketika itu. Rasanya cukup dah beberapa tahun dia hidup bahagia bersama Loya. Dah mengecapi kemanisan hidup berumahtangga, so sekarang mungkin tiba masanya untuk dia pula merasai bahagia itu”, kata Audorra dalam hati sambil tersenyum sendirian. Fikiran jahat seperti sudah menguasai dirinya.

“Dorra, Dorra”, panggil Zhia beberapa kali. “Errr Zhia. Bila kau balik”, tanya Audorra tak perasaan kehadiran Zhia. “Erm pintu pun tak berkunci. Kalaulah pencuri masuk pun tak sedar ni”, bebel Zhia. “Erm lagilah orang kalau sedang asyik bermimpi mana nak perasaan ada orang sedang memerhati”, perli Zhia menyambung. “Sorry lah. Aku sedang memikirkan masa depan”, jawab Audorra agak pelik. “Masa depan. Eh pelik jer bunyinya”, kata Zhia semakin pelik dengan sikap Audorra beberapa hari ini. Lebih-lebih lagi selepas dia bertemu dengan Loya memang perangainya sudah banyak berubah. “Betullah aku cakapkan ni. Rasanya dah tiba masanya untuk aku fikirkan tentang masa depan kan. Aku dah letih hidup sendirian. Sepatutnya seusia kita ni dah berumahtangga, ada anak-anak comel yang sedang membesar. Hidup dalam suasana yang bahagia”, Audorra berkata-kata seperti sedang mengimpikan sesuatu. “Ye betul, aku setuju kata-kata kau. Kejap. Aku teka eh. Sebenarnya kau dah jumpa dengan Mr Charming idaman kau kan. So sweet…..”, teka Zhia sengaja melayani angan-angan Audorra. ‘Yup Mr Charming aku dah kembali”, confident sahaja Audorra berkata-kata. Tapi Zhia dapat menganggak siapa Mr Charming yang dimaksudkan. Risau Zhia jika benar tekaannya. Sanggupkah Audorra meruntuhkan rumahtangga Loya. Jangan disebabkan dendam Audorra sanggup lakukan semua itu. Tapi Zhia tak berani ingin bertanya lebih lanjut, mungkin nanti Audorra akan menceritakan sendiri perkara tersebut. “Okay Dorra, aku nak mandi dulu. Hah apa kata malam ni kita makan luar ye. Penat pulak nak masak”, pinta Zhia ingin membersihkan dirinya yang baru balik dari kerja. “Aku okay jer”, jawab Audorra setuju dengan cadangan Zhia.







You May Also Like

0 comments