BAB 7 -Agreement Cinta VS Honeymoon Mr Loya & Mrs Lala

by - 7:12 PM










“Kenapa kau langsung tak berubah. Semakin kacak, bergaya. Cair hatiku melihatkan kau tapi, tapi kau telah dimiliki. Apa kurangnya aku berbanding Lala. Mungkin silap aku tak pandai bermain kata-kata”, Nur Audorra Medina tak henti-henti memuji empunya diri Ku Harraz Rayyan. Seseorang yang sangat istimewa dalam hidupnya suatu ketika dulu. “Memang kau berdua telah dijodohkan sejak kecil tapi semua itu masih boleh diubahkan. Hanya perjanjian antara manusia pun. Tapi aku yang tak pandai mengambil peluang pada masa itu. Kalaulah ketika itu aku mendesak, mungkin Loya akan menuruti kataku kerana dalam hatinya hanya cintakan aku”, kata Audorra seperti menyesali masa lalu. 

“Hei, kenapa ni muram je. Kau tak sihat ke Dora”, tegur Zhia yang baru balik. “Errrr aku okay. Cuma kau mesti tak percaya kalau aku ceritakan ni”, terang Audorra. “Apa dia”, tanya Zhia sedikit teruja ingin tahu. “Aku jumpa Loya”, terang Audorra. “What...Its true”, jawab Zhia terkejut. Audorra menganggukkan kepalanya. “Amazingg….”, jawab Zhia tersenyum. How….mesti terungkap kisah lalu kan”, kata Zhia lagi mengusik. “Terjumpa tanpa sengaja", sambil Audora tergrlak kecil. "Sempat jugalah kami minum dan makan tengahari bersama sambil berborak-borak manja. Tapi masa amat mencemburui pertemuan kami. Erm dunia ni kecil je kan, lambat laun akan bertemu juga”, kata Audorra menggambarkan betapa dia sangat gembira dengan pertemuan itu. Terpancar sinar bahagia di wajahnya.

 ‘Betullah tu. Rasanya lama kita tak bertemu kan sejak tamat pengajian masing-masing. So..what your plan”, tanya Zhia. “Entah tak ada apa-apa pun. Semuanya kebetulan. Cuma mungkin aku tahu di mana aku nak cari dia kalau aku perlukan dia lepas ni”, jawab Audorra sangat yakin. “Wait-wait. Macamana dengan Lala. Dia ada sama ke masa tu?”, tanya Zhia lagi teruja ingin tahu tentang Lala pula. Audorra menggelengkan kepala. “Tak ada bersama Loya. Langsung tak nampak pun. Mungkin dia bekerja di tempat lain atau tidak ikut sama hari itu”, terang Audorra pula menjawab soalan Zhia hanya meneka. “Aku pun tak delah  nak beriya-iya bertanya tentang Lala kan”, jawab Audorra. “OIC..Erm..its okay. Yelah maybe one day kita dapat bertemu dengan diorang berdua kan”, kata Zhia seperti mengharapkan sesuatu. “Mungkin”, pendek jawab Audorra. Kurang senang bila nama Lala pula dibualkan. Bukan benci tapi perasaan cemburu di hatinya masih berbekas.

“Adakah wajar aku merampas kebahagiaan mereka berdua? Tapi aku yang terlebih dulu bertemu dan menyintai Loya. Loya juga menyintai aku ketika itu. Tapi itu mungkin dulu. Tapi sekarang kami dipertemukan semula adakah ini permulaan jodoh antara aku dan Loya, mana tahu”, Audorra sedang berangan-angan. Sanggupkah dia lakukan semua itu demi kepentingan dirinya. Arrrgggh semua ini salah Loya. Dia yang memberikan harapan palsu. Mempermainkan hatinya hingga dia lemas dengan kata cinta. Bila keluarganya mendesak dia menurut segala permintaan dan perjanjian keluarganya yang tak masuk akal langsung tu. Perjanjian kolot orang dulu-dulu. Tapi sehingga hari ini rasa sakit hatinya masih berbaki. Lala tidak dipersalahkan seratus peratus. Kerana dia juga tersepit dengan perjanjian itu cuma tak sangka kalau diam-diam Lala telah jatuh cinta pada Loya. Kalau tidak masakan Lala sendiri terima kehadiran Loya. Sedangkan dia tahu hubungan antara dia dan Loya ketika itu. Semua ini membuatkan kepala Audorra semakin serabut. “Kenapalah aku bertemu dengan kau tempohari. Tak perlulah aku nak memikirkan tentang diri kau hingga saat ini dan sedalam ini”, rasa sesalan dalam diri Audorra. Seperti menyesali pertemuan antara dirinya dengan Loya tempohari. Tapi mungkin ada hikmahnya.

“Fikirkan apa tu”, tegur Zhia sambil menjeling jam di dinding. Zhia yang sedari tadi sudah masuk ke bilik tiba-tiba muncul semula di ruang tamu. Melewati 12 tengah malam. “Tak tidur lagi ke Dorra?”, tanya Zhia hairan. Selalu masa-masa begini Audorra dah jauh belayarnya. Jarang-jarang Audorra tidur lewat. Ini kerana Audorra sangat menjaga kesihatan dan kecantikkan dirinya. “Ehh Zhia. Entahlah susah pulak nak lelap mata ni”, jawab Audorra bila ditegur oleh Zhia. “Erm aku tahu apa yang kau fikirkan. Sudahlah tu jangan dikenang semuanya kan dah lepas. Sekarang ni kau kena fikirkan tentang diri kau sahaja. Masa depan kau. Aku yakin ramai lagi lelaki kat luar sana yang layak untuk kau. Lebih kacak, bergaya, complete pakej pun ada, petik jari je kau boleh dapat. Aku comfirm”, panjang Zhia memberikan kata-kata semangat buat sahabatnya. Audorra hanya tersenyum mendengarkan bebelan Zhia. Tapi apa yang Zhia katakan itu memang ada betulnya. Dalam diam Audorra bersetuju dengan kata-kata Zhia. Tapi sukar untuk dia melupakan cinta pertamanya.


Zhia yang selalu tidur lewat dan duduk di sofa dan menonton televisyen sendirian. Tapi malam ini dia ada teman berborak. “So apa plan kau lepas ni”, pertanyaan kali kedua Zhia untuk dirinya. “Bukan ke dah tanya?”, jawab Audorra mengingatkan Zhia. “Owh ye ke..hihihi..Tak apalah tak ada modal nak berborak”, jawab Zhia tersipu malu. “Ala aku gurau jelah. Erm entahlah. Aku nak try apply job kat tempat Loya”, terang Audorra. Tapi mengundang rasa kurang senang Zhia. “Are you sure”, tanya Zhia. “But not for me”, kata Zhia lagi. “Jangan Dorra. Semua ni akan mengundang masalah je”, nasihat Zhia fikir lebih panjang. “Eh bukan ke kau yang beriya-iya nak tahu tentang Loya tadi. Kalau aku dah bekerja kat syarikat dia nanti, kan lebih banyak info aku boleh share. Lebih-lebih lagi tentang Lala”, jawab Audorra bernada perli sambil menjeling nakal kepada Zhia. “Hiss tak adalah sampai macam tu sekali’, jawab Zhia ingin mempertahankan dirinya. “Aku pun gurau je. Sebolehnya aku nak kau jauh dari diorang”, jawab Zhia sedikit bimbang. “Okaylah aku nak tidur dulu. Mata dah mula mengantuk ni”, pinta Audorra. “Aiiikkkk masa tulah dah mengantuk”, kata Zhia kurang berpuas hati seperti Audorra ingin mengelakkan dirinya daripada menceritakan lebih lanjut tentang Loya. “Good nite dear. Jangan tidur lewat sangat”, sempat Audorra berpesan dan bingkas bangun meninggalkan Zhia sendirian.

You May Also Like

0 comments