BAB 6 - AGREEMENT CINTA VS HONEYMOON MR LOYA & MRS LALA

by - 6:10 PM





“Kalau iyepun janganlah dibawa perangai suka senyum sorang-sorang tu bila memasak”, tegur Loya. Sejak dua menjak ni Lala memang pelik sedikit perangainya. “Eh awalnya abang hari ni. Sarapan tak siap lagi ni. Abang boleh ke tunggu kejap lagi ni”, Lala berterus terang. Kelam kabut Lala dibuatnya kerana Loya sudah siap awal pagi itu sedangkan dia sedang menyiapkan sarapan. “Okay aku tunggu. Kalau lagi seribu tahun pun aku sanggup”, jawab Loya lain macam sambil kedua tangannya diletakkan didagu di atas meja makan. Seperti sedang mengharapkan sesuatu sambil merenung Lala. Nak tergelak Lala mendengar kata-kata Loya dan juga perbuatannya. “Okay kalau abang nak minum dulu ke, sayang bancuhkan kopi?”, tanya Lala. “Boleh juga”, jawab Loya pendek.

Ehem…ehem..”, Lala berdehem walaupun tekaknya tak gatal. “Macamana dengan plan kita nak ke oversea tu ye”, tanya Lala lembut. “Owh erm kena tunggu sikit masa lagi. Lagipun failnya belum siap lagi”, jawab Loya selamba. “Apasal erk nak kena tunggu fail-fail bagai ni. Kita book ticket, book hotel kita pergi jelah mana-mana tempat yang kita suka. Tak faham lah sayang. Bukan susah sangat pun”, bebel Lala tak puas hati. “Bukan ke kau pun dah setuju dengan syarat tempohari. Hah dah lupa ke?”, tanya Loya sedikit membentak. "Dah setuju mana boleh nak tarik balik. Itupun kena bersyarat", kata Loya lagi menambah rasa sakit hati Lala. “Ermm tak adalah, sayang peliklah. Kan kita dah sah sebagai suami isteri, dah 5 tahun pun kenapa nak bersyarat-syarat lagi, siap berfail-fail dan entah apa-apa lagilah”, bebel Lala lagi masih menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya. “Sayang dalam hal ni kena banyak-banyak sabar ye. Kita akan pergi jangan risau, aku janji. Tapi tunggulah agreementnya dulu ye”, pujuk Loya lembut sahaja suaranya tapi masih membuatkan Lala semakin tak faham. Tapi mukanya selamba sahaja. Membuatkan Lala semakin geram. “Suka hati abanglah. Tapi aku tak boleh tunggu kalau seribu tahun lagi”, jawab Lala geram walaupun dia suka dengan kata-kata Loya yang seperti mahu memujuknya. Tapi riak wajah Loya bersahaja mendengar kata-kata Lala. Loya masih mampu tersenyum dengan gelagat isterinya.


Sambil-sambil sembang, Lala sudah siap menghidangkan sarapan pagi itu. Beehoon goreng kampung bersama telur mata. Ulam petai pun ada kerana menu wajib kegemaran Loya. “Eh mana ayam goreng berempah pedas aku ni”, herdik Loya tidak puas hati makanan kegemarannya tiada. Ayam goreng berempah pedas  tiada menu pagi itu. “Sorrylah hari ni tak sempat nak masak. Ayam tu masih beku lagi. Lagipun abang pun nak cepatkan. Sesekali makanlah telur mata tu. Kena bersyukur dengan apa yang ada tau. Kat Luar Negara yang berperang tu nak makan pun susah. Telur pun tak jumpa inikan ayam goreng berempah”, kata-kata Lala membuatkan Loya akur. “Ye..bersyukur apa yang ada. Terima kasih kerana telah menyediakan sarapan pagi yang sedap dan telah menyedarkan dirinya agar lebih banyak bersyukur”, kata-kata Lala membuatkan cair hati Loya. Terasa insaf. Tak terucap di mulutnya kerana ego seorang lelaki. Dia sengaja menyakat Lala. Kerana bila Lala marah atau naik angin nampak sangat comel. Tapi mungkin Lala tak perasan. Dia hanya bergurau sahaja. Mana mungkin dia ingin menyakiti hati perempuan yang dicintainya dan dikahwininya. Gila tak sayang bini. Bisik Loya sendiri dalam hati.

“Hah hari ni abang balik macam biasa ke?”, sempat Lala bertanya sementara Loya sedang menikmati sarapannya. Loya hanya menganggukkan kepalanya. Penuh mulutnya dengan makanan. “Kalau macam tu mesti hari ni ada masa nak siapkan agreement yang tak berapa nak aggrement sangat tu kan. Dah tak sabar dah ni nak tahu apa isinya”, perli Lala membuatkan Loya terhenti makan. Loya menjeling tajam ke arah muka Lala, tapi Lala buat-buat tak nampak. Lala bangun perlahan-lahan dan menuju ke sinki ingin mencuci peralatan yang masih bersisa belum dibersihkan.  Lala tahu Loya mesti bengang dengan desakannya. Lala membelakangkan Loya tapi dia tersenyum sendirian dengan gelagat Loya. Lala dengan sikap nakalnya. “Okaylah aku nak pergi dulu”, Loya bangun mencapai briefcasenya. “Alamak sentap pulak  dia”, kata Lala perlahan. Cepat-cepat Lala mencuci tangannya yang bersabun dan menghulurkan tangan ingin bersalam dengan suaminya. Tangannya tidak disambut tetapi sepantas kilat dahinya dicium oleh Loya. Terkedu Lala tapi dibiarkan sahaja. Loya terus keluar. Diekori Loya hingga di pintu.  “Fuh lega ingatkan dia marah tadi”, kata Lala dalam hati lega. Loya sambil berjalan sempat menoleh sambil menyenyitkan mata kepada Lala. Semakin jatuh cinta Lala rasakan dengan suami tercintanya Mr Loya.



You May Also Like

0 comments