BAB 4 & 5 - Agreement Cinta VS Honeymoon MrL & MrsL

by - 7:20 PM




BAB 4
“Ku Harraz, ini proposal yang Ku minta. Semuanya ada dalam fail ni ye”, terang Fasha sambil meletakkan di atas meja Loya. “Okay TQ Fasha, nanti saya check. Oh ye, ada nampak Aish tak”, tanya Loya tentang sepupunya. “Erm kalau tak silap Ku Aish masih bercuti sehingga minggu depan”, jawab Fasha PA nya sentiasa memberikan khidmat terbaik. “Erm okay tak apalah. TQ info”, jawab Loya. “Ada apa-apa lagi tak yang Ku perlukan”, tanya Fasha kepada bosnya. “Okay itu sahaja”, jawab Loya pendek. Fasha dengan hormat keluar dari bilik bosnya. “Peliknya, lama betul dia bercuti, ke mana sajalah perginya”, fikir Loya sendirian. Dia sangat masak dengan sikap sepupunya yang sorang ni. Perangai lebih kurang dirinya. Walaupun masih bujang tapi terlajak sosial berbanding dirinya. Truttt…truttt…trutt…beberapa panggilan tidak diangkat. “Erm tengok tu,  call pun tak diangkat”. Bebel Loya. Tapi nanti dia tengok ada miss call tahulah dia call balik. Sangka Loya yang tahu tentang perangai sepupunya yang sorang ni. Mereka satu pejabat tapi berlainan department. Kedua-duanya memegang jawatan tinggi dalam syarikat milik legasi datuk dan nenek mereka.

Diselak helaian demi helaian proposal yang diberi oleh Fasha sebentar tadi. Tapi fokusnya menghilang. Perutnya tiba-tiba menari-nari lagu dangdut. Baru dia teringat sedari pagi dia belum menjamah apapun makanan. Di rumah tak sempat dia ingin bersarapan walaupun telah disediakan oleh isterinya kerana dia ingin sampai awal ke pejabat. Niatnya dia ingin bersarapan dengan Aish tapi semuanya tak menjadi. Ditolak ke tepi fail proposal itu. Loya bingkas bangun ingin pergi mengisi perutnya yang sedang lapar mohon diisi. Di jeling jam di tangannya menunjukkan ke angka 11.30 pagi. “Erm baik lunch sekali”, kata Loya sendirian.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama Aish tertera di skrin. Secepat kilat diswipe oleh Loya. Belum sempat dia berkata apa-apa, suara Aish yang lantang itu berkata bertubi-tubi. Dijauhkan sedikit handphone dari telinganya tapi masih boleh mendengar dengan jelas butir kata Aish. “Hello Loya. Hiss kau ni ganggu tidur aku pagi-pagi ni. Hah ada apa call. Kan aku dah bagitau aku bercuti dua minggu ni. Now aku memang tengah busy ni. Kau lupa eh..hihihihi”, baru Aish diam dari berkata-kata. Didekatkan semula handphone di telinganya. “Dah habis cakap ke”, perli Loya. Kedengaran gelak Aish dari kejauhan. “Sorylah aku memang tak ingat kau bercuti panjang. Okaylah aku nak pergi lunch ni”, jawab Loya acuh tak acuh. “Eh bukan ke aku dah bagitau sebulan yang lepas aku ke mana. Erm itulah banyak sangat berangan kau ni”, terang Aish. Barangkali Loya terlupa. “Yelah-yelah. Aku yang salah sebab tak ingat”, jawab Loya akur kelalaiannya. “Okaylah aku nak pergi mandi kejap lagi dah ada temujanji. Nanti aku free aku call lagi. Minggu depan baru aku balik dah. So see you next week okay”, kata Aish lagi yang ingin mengejar masa.

Loya hanya mengangkat bahunya. Sendirian dia pagi ini. “Arrrggghh sorang pun soranglah, bukan tak biasa pun kan janji perut diisi”, kata Loya sendirian menyedapkan hatinya. Loya hanya berjalan kaki dari pejabatnya. Tidak jauh dari pejabatnya ada deretan pelbagai kedai termasuk kedai makanan yang sedap-sedap. Walaupun dia dari keluarga yang berkedudukan, tapi dia selesa makan di gerai-gerai biasa janji masakannya sedap dan kebersihan dijaga. Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk ke dalam salah sebuah kedai makan, tiba-tiba ada seseorang memanggilnya. “Loya”, tegur seseorang dari belakang. Antara dengar dengan tidak, tapi masih jelas di cuping telinga Loya. Suaranya seperti dikenali tapi dah bertahun yang lalu. Sepantasnya Loya menoleh ingin melihat gerangan yang memanggilnya. Terkejut beruk Loya dengan apa yang disaksikan oleh matanya. Mata saling berpandangan. Kenapa kau muncul ketika dan saat ini. Satu senyuman yang pernah dirindui suatu ketika dulu.

“Awak apa khabar. Semakin segak dan hensem”, tanya Audorra Medina. “Alhamdulillah seperti yang awak lihat sekarang. Awak pun apa kurangnya. Semakin cantik, hampir-hampir saya tak kenal tadi”, puji Loya tiba-tiba terpancul dari mulutnya. Tapi apa yang dikatakan memang benar. Sangat-sangat berbeza Audorra dulu dengan sekarang. Hampir-hampir dia tidak kenali dari segi raut wajah tapi suara lemak merdu itu yang Loya akan ingat sampai bila-bila. Cuma kecantikan Audorra lebih terserlah bila Audorra yang sekarang telah memakai hijab. Sangat cantik dan manis. “Mesti sekarang awak sedang bahagia. Dah berapa orang anak. Saya juga yang masih single and available”, seluroh Audorra sambil tersenyum. “Erm betul saya memang bahagia tapi masih belum ada rezeki untuk anak”, jawab Loya jujur. “Owh maafkan saya. InshaAllah akan ada rezekinya nanti”, doa Audorra. “Jangan lupa kirim salam pada Lala. Lama sangat tak jumpa dia juga”, kata Audorra mengingatkan tentang Lala pula. “Dia baik-baik je”, jawab Loya tentang keadaan isterinya. “Lala sangat beruntungkan. Dia selalu bernasib baik”, kata Audorra mengundang rasa kurang senang pada Loya. Tapi Loya tidak mahu menimbulkan salah faham atau rasa kurang senang dirinya terhadap Audorra. Semua itu perkara yang sudah lepas tak perlu dikenang lagi. Pertemuan antara mereka secara kebetulan hari ini juga tidak dirancang. Tapi sekurang-kurangnya dengan pertemuan ini dia ada teman berbicara dan makan tengahari.

“Ke mana lepas lunch ni”, tanya Loya kepada Auddora. “Owh saya ada temujanji. Terima kasih Loya masih sudi makan bersama saya. Walaupun semuanya tidak dirancang. Dan terima ksih juga belanja”, ucap Audorra dengan pertemuan ini. “Rezeki kita nak bertemu lagi Dorra. Apapun kita pun dah lupakan yang lalu. Kita masih kawan kan”, terang Loya tak ingin wujud salah faham di antara mereka tentang kisah lalu. “Yup. Saya faham. Okay jumpa lagi kalau ada rezeki kita”, ucap Audorra sebelum berlalu pergi. Kedua-duanya bergerak menuju ke destinasi masing-masing di haluan yang berbeza. Tapi berbunga-bunga di hati Audorra. Untuk melupakan masa lalu makan masa, tapi dengan pertemuan ini mungkin ianya akan bermula kembali. Bisik Audorra dalam hati sambil tersenyum. Ekor mata Audorra mengikuti langkah Loya sehingga dia hilang dari pandangannya. Rindunya bagai bertaut kembali.


BAB 5
‘Kalau aku bagitau kau ni jangan melenting pulak”, kata-kata Loya sedikit pelik. “Apasal pulak tak ada angin tak ada ribut aku nak melenting tak tentu pasal”, jawab Lala mencebik. “Erm pagi tadi aku jumpa seseorang. Sebab kalau aku sebut nama dia comfirm kau terkejut nanti. Yelah dengar nama pun dah benci apatah lagi kalau tahu aku jumpa dia kan”, Loya berkata jujur. Lala seperti memikirkan seseorang yang dimaksudkan oleh Loya. “Orang yang dia benci”, fikir Lala. Arrgghh tak mungkin. Tapi kalau betul apa yang dia ingin marahkan. Semuanya kisah lalu. Walupun sakit hatinya tapi dia dah memaafkan segalanya. “Nur Audorra Medina”, teka Lala dalam hati. “Aku jumpa Audorra”, Loya menyebut nama yang sedang dalam fikirannya. Tepat tekaannya. “Owhh…hahahaha…aku biasa je. Nama tu tak bagi kesan apa-apapun bagi aku sekarang. Lagipun aku dah dapat pun orang yang direbutkan tu kan”, Lala cuba menyembunyikan perasaannya. Terbeliak mata Loya melihat reaksi Lala bila mendengar nama Audorra. Tidak seperti selalu akan keluar suara seperti halilintar petir ribut semua ada. “Dah tebiat ke dia ni”. Fikir Loya masih pelik. 


“Hari ni sayang masakan makanan kegemaran abang ni. Jangan pulak sambil makan fikiran menerawang berangan ingatkan perempuan tu”, sengaja Lala ingin melihat reaksi Loya. Sengaja menduga kesetiaan suaminya. Giliran Loya pula ingin menduga hati Lala yang sedari tadi sengaja ingin menguji hatinya. “Erm kalau kau nak tahu Audorra totally dah berubah. Dia punya cantik sekarang. Fuhhhh tergoda aku”, kata Loya sengaja mengada-ngadakan cerita. “Sudahlah makan sorang-sorang. Lepas makan jangan lupa kemaskan sekali. Aku nak tidur, penat”, Lala terus bangun dan berlalu begitu sahaja meninggalkan Loya yang sedang makan dengan muka yang berkerut menahan marah. Geram dengan jawapan Loya. Tapi Loya hanya tergelak melihatkan gelagat Lala. “Erm itulah nak sangat uji perasaan aku kan. Hah rasakanlah”, sakat Loya sambil tergelak nakal. Tapi sedikit pun dia tidak marah pada Lala. Dia tahu walau apa keadaan sekalipun mesti terdetik perasaan cemburu Lala terhadap Audorra. Kalau tidak kenapa Lala terus meninggalkan dirinya begitu sahaja bersendirian di meja makan.

“Benci..benci..benci. Gila aku tak cemburu. Pahal kau perempuan tiba-tiba muncul hah. Dah tak ada jantan lain ke yang kau nak cari. Hiiiss  ni yang aku nak marah ni”, ditumbuk-tumbuknya patung bear kesayangannya. “Erm kesian bear tu. Tak pasal-pasal dia yang jadi mangsa. Bukan ke bear tu kesayangan kau”, tegur Loya. Tak perasaan Lala tiba-tiba muncul Loya di dalam bilik. Bila masa agaknya dia masuk. “Arrgghhh orang lelaki memang macam tu. Pantang lepa sikit suka ambil kesempatan”, bebel Lala masih menyimpan marah. “Sudahlah tu”, Loya cuba menyelamatkan patung bear tu. “Nanti tak pasal-pasal bear tu menjerit pulak. Aduhhh sakitnya..tolong..tolong”, Loya cuba menyajukkan suara kartun. “Ambiklah”, Lala mencampakkan patung bear tu tepat ke dada Loya dan disambutnya kemas. “Sayang….”, tiba-tiba perkataan yang selama ini didambakan oleh Lala terkeluar dari mulut Loya. Lala seperti bermimpi. “Adakah?  Apakah?”, persoalan di hati Lala. 


“Dengar sini. Dari saat ini hingga ke akhir masa hanya sayang yang bertakhta di hati abang, percayalah”, kata Loya lagi. "Wow romantik gila", seperti tak percaya perkataan itu keluarcdari mulut Loya. Bisik Lala dalam hati. Ternganga mulut Lala dibuatnya. Antara percaya dengan tidak. “Hisss buruknya perangai. Tutup mulut tu nanti masuk lalat”, tegur Loya sambil tersenyum membuatkan Lala tersipu malu. Hampir 5 tahun berumahtangga dan menjadi isteri inilah kali pertama perkataan sayang dan abang terucap dari mulut Loya. Nampak keikhlasan dan kejujuran kata-kata dari riak wajah Loya ketika itu. Kali ini Lala percaya.

 “Erm itulah yang aku malas nak cakap dengan kau ni. Cakap sikit mengelamun”, sambil Loya meninggalkan Lala kali ini dengan wajah masih dalam terkejut. Kerana panggilan sayang dari Loya. Dibiarkan isterinya dengan lamunannya. Loya tersenyum puas kerana berjaya menyakat isteri kesayangannya.

You May Also Like

2 comments

  1. Terbaik.teruskan usaha hasilkan karya yg diminati

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Teruskan membaca karya dlm blog ini.

    ReplyDelete