BAB 3 - Agreement Cinta VS Honeymoon MrLoya & MrsLala

by - 6:06 PM



Ting, tong. Ting, tong. Loceng berbunyi beberapa kali. Terhenti lamunannya tentang kehidupan yang dilalui sekarang. "Siapa pula yang datang tengahari begini". Fikir Lala. "Takkan Loya dah balik, awal lagi". Lala berfikir sambil berjalan menuju ke pintu. Lala hanya membuka pintu kecil di tepi pagar menjengah ke luar untuk memastikan siapakah tetamunya tengahari itu. “Haiii, dear”, tiba-tiba Lala disergah dari hadapan oleh seseorang yang amat dikenali dan amat dirinduinya. “Liiiitaaaa my frienddddd”, terpacul nama seseorang yang tidak asing dengan dirinya. Mata keduanya saling berpandangan. Terkejut Lala dengan apa yang ada di depannya sekarang. Seperti tidak percaya. “Hai takkan tercegat je tak nak jemput  aku masuk ke dalam ke Mrs Lala”, tegur Syalita Sahora mengusik sambil tersenyuman.

 Syalita teman karibnya sejak di bangku persekolahan lagi. Tapi Syalita tidak menetap di sini. Habis study dia telah berhijrah bersama keluarganya di Australia. Tak ada mimpi teman karibnya tiba-tiba muncul. Terkejut bercampur gembira sebenarnya. “Ehh masuk-masuk. Aku nak pastikan aku tak bermimpi di siang hari”, mereka berdua saling berpelukan. “Hah, rindu aku lah ni”, kata Syalita. Terkejut Lala masih berbaki. “Gila tak rindu. Yang kau ni kenapa tiba-tiba muncul. Tak ada angin, tak ada ribut. Kenapa tak calling-calling nak balik. Nakal tau”, sempat Lala mencubit hidung Syalita yang mancung terletak itu. “Hisss sakitlah”, jerit Syalita. “Sengaja aku nak buat surprise buat sahabat dunia akhirat aku ni”, kata Syalita sangat manja dan mesra. “Jom masuk kita borak-borak kat dalam”, pelawa Lala. Keduanya jalan bergandingan sambil berpegangan tangan. Senyuman masih tak lekang dari bibir masing-masing menunjukkan betapa gembiranya mereka bertemu hari itu.

“Welll kau apa khabar. Orang oversea lah katakan. Tapi kan aku suka tau sebab slang kau masih Melayu”, usik Lala. “Hiss slang mana boleh ubah. Kita kan orang Malaysia. Alhamdulullah sihat dan baik-baik sahaja”, jawab Syalita merendah diri. “Family kau apa kabar?”, tanya Lala lagi. “Semua baik-baik. Mama kirim salam rindu pada kau. Mama tak sabar nak jumpa kau”, jawab Syalita. “Ye..aku pun rindu Mama kau juga”, jawab Lala teringatkan kemesraan Mama Syalita yang sangat rapat dengan dirinya. Auntie Suzie. “Sunyi je, Loya mana?”, tanya Syalita seperti mencari sesuatu. “Kerjalah kat office. Aku kan suri rumahtangga sepenuh masa”, kata Lala mendatar. “Tapi suri rumah tangga yang berjaya kan, bukan calang-calang orang”, Syalita cuba ingin memujuk teman karibnya. Mungkin sedikit tersinggung dengan pertanyaannya tadi. Kerana Syalita amat kenal dan masak dengan perangai Lala.

“Apa tujuan kau balik ni. Mesti ada sesuatu kan”, tanya Lala seperti dapat menghidu sesuatu. Sambil menghidangkan cheese kek perasa strawberry bersama air oren. Syalita tersenyum hingga ke telinga. “Wow kau buat ke ni”, tanya Syalita melihatkan hidangan desert kegemarannya yang kelihatan sangat menarik. “Kannn kebetulan hari ni aku buat kek kegemaran kau kan. Tak sangka kau pun muncul”, terang Lala gembira. “Itulah macam tahu-tahu je”, sambil Syalita menikmati kek buatan air tangan teman baiknya sehingga terlupa ingin menjawab pertanyaan Lala. “Eh kau tanya apa tadi”, tanya Syalita. “Erm itulah sedap sangatkan kek cheese aku ni sampai lupa”, tegur Lala. “Kejap..”, sambil mengunyah laju kek di dalam mulutnya cuba mengingati pertayaan Lala. “Dah..slow-slow nanti tersedak kek aku lain pulak ceritanya”, seloruh Lala diiringi ketawa. “Erm aku tahu. Kawan aku ni tengah bahagiakan”, teka Lala. “Tujuan aku balik ni sebab nak jemput kau dan family ke wedding aku bulan depan”, jawab Syalita. “Alhamdulillah syukur, akhirnya bertemu jodoh sahabatku ini. Mat Salleh ke”, usik Lala tapi sangat gembira dengan perkhabaran ini. “Ha ah Mat Salleh sangat tapi celup”, jawab Syalita bergurau. Kedua-duanya tergelak. "Orang Kuala Pilah jer", terang Syalita. "Owh okaylah orang tempatan tu", setuju Lala.

“Lala, aku ada permintaan ni. Aku nak kau jadi pengapit aku nanti. Waaaajiib tak ada tapi-tapi tau”, desak Syalita tanpa Lala berpeluang membuat pilihan mengatakan iya ataupun tidak. Lala hanya mengangkat bahunya. Terdetik di hati Lala. “Inilah peluang. Kebetulan pula”, fikir Lala. Dia teringatkan tentang perancangan untuk pergi melancong ke Luar Negara. Jadi tentang agreement tu mesti boleh ditarik balik. Melainkan honeymoon tetap jalan terus. Fikir Lala lagi. Tersenyum Lala sendirian. Kalau boleh dia ingin mengelak tentang agreement yang entah apa-apa yang akan ditetapkan oleh Loya. Sehingga hari ini masih jadi tanda tanya. "Wow aku suka tu. Semestinya aku akan hadir. Taaaaapppiiii...........", kata-kata Lala terhenti. "Haipp tak mau dengar No ye", tegur Syalita. "Eh tak lah. Maksud aku kena ada izin dari Loya. Diakan suami aku", kata Lala perlahan masih menghormati Loya. "Owh ingatkan apa tadi. Yup semestinya. Tapi aku yakin Loya tak sekejam mana tak mengizinkan kau hadir ke majlis kawan baik isterinya kan", kata Syalita penuh yakin. Lala hanya menganggukkan kepalanya setuju dengan Syalita. "Sebab tu aku nak kau dan Loya sekali jadi pengapit aku. So tiadalah alasan tak boleh hadirkan", pujuk Syalita lagi. "Yes bossss", jawab Lala agak teruja dan gembira.Lala hanya tersenyum agak tawar sambil memikirkan sesuatu.

You May Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. Jangan lupa baca bab seterusnya ye. Dah ada sampai Bab 9. Jom

      Delete