BAB 2 - Agreement Cinta VS Honeymoon MrLoya&MrsLala

by - 7:59 AM




Menjadi suri rumah sepenuh masa tak pernah membuatkan dirinya menyesal. Walaupun ada kelulusan tinggi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dengan Kepujian Kelas Pertama, tapi Lala berasa lebih selesa menjadi suri rumah. Lagipun suaminya mampu untuk menyara kehidupan mereka. Cuma perkahwinannya dengan Tengku Harraz Rayyan yang menjejak 5 tahun masih belum dikurniakan cahaya mata tapi mereka berdua masih positif dan sabar. Mungkin rezeki belum menyebelahi mereka. Tapi Lala sangat bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat baik walaupun gila-gila dan kadang-kadang poyo. Begitu juga dengan kedua ibu bapa mertuanya tak pernah mendesak tentang cucu. Setakat hari ini belum pernah lagi panggilan sayang untuk dirinya diucapkan oleh suaminya. Tapi Lala tak kisah yang penting cinta hatinya tetap pada Loya. Dan dia tahu Loya juga begitu walaupun kata sayang tidak terucap di mulut tapi tetap di hati. Fikiran Lala menerawang. Lala duduk di sofa menghilangkan lelah selepas siap mengemop lantai.

Tapi fikirannya jauh menerawang memikirkan sesuatu. Lala cuba mengimbau kenangan mula-mula mereka bertemu. Dia tak sangka kalau yang dipanggil Loya adalah seorang lelaki yang sangat kacak, kemas bergaya, anak orang berada dan berkedudukan. Paling tidak disangka mereka adalah sepupu. Itu yang dinamakan jodoh. Cerita disebaliknya ada perjanjian antara kedua ibubapa Lala dengan kedua ibu bapa Loya. Sejak dari kecil mereka berdua telah dijodohkan oleh kedua orang tua masing-masing tanpa pengetahuan mereka. Tapi perkenalan mereka bermula di universiti. Semuanya secara kebetulan dan tidak dirancang. Mereka tidak pernah kenal dan bertemu kerana keluarga Loya tinggal di oversea selama ini sejak Loya kecil. Tetapi kedua keluarga saling berhubungan walaupun terpisah dengan jarak yang jauh. Beberapa tahun kebelakangan ini barulah keluarga Loya balik dan menetap di tanahair. Loya mmeneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tempatan dan secara kebetulan di universiti yang sama dengan Lala. Cerita tentang perkahwinan mereka pula memang telah dirancang sejak sedari awal. Berbalik kepada nama Loya, ianya bermula dengan satu insiden yang menjadikan nama itu kekal hingga ke hari  ini. Nak tergelak Lala bila mengetahui tentang peristiwa itu. Tapi dia tak pernah ambil pusing tentang gelaran itu. Ada juga kelakarnya dengan nama itu.

Kalau diikutkan perjanjian antara kedua ibu bapa masing-masing sudah tak releven pada masa kini. Tapi disebabkan jodoh  Allah dah tentukan, akhirnya mereka bertemu dan berkahwin walaupun asalnya secara kebetulan. Ini yang dikatakan kita merancang tapi Allah yang menentukan. Lala juga sedar ketika itu Loya telah pun mempunyai cinta hatinya. Atau lebih tepat dipanggil kekasih. Nur Audorra Medina  bt Datuk Izhar Akram. Bukan calang-calang perempuan. Tapi Lala tidak nafikan yang dirinya juga cantik setanding Audorra. Lala ingin memujuk hatinya dan tak nak kalah dengan Audorra. Bentuk badan Audorra persis model, tinggi lampai dan punyai raut wajah yang cantik. Kalau digandingkan dengan Loya memang sepadan. Dalam masa yang sama  Lala sendiri tidak tahu sejauhmana hubungan cinta antara mereka berdua sehingga dirinya dan Loya disatukan sebagai suami isteri. Perasaan bersalah tetap ada tapi Lala lebih kuat berpegang kepada jodoh dan ketentuan Allah. Dan mungkin Audorra sendiri dapat menerima takdir ini. Tapi hati manusia tiada yang dapat menduga melainkan yang punya kuasa. Lala tetap berfikiran positif dalam hal ini.

Tetapi sepanjang tempoh perkahwinan antara dirinya dan Loya memang jelas kelihatan keikhlasan dalam diri Loya. Walaupun mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Belum pernah Loya mengabaikan dirinya walaupun suaminya kadang-kadang agak kasar dari segi tutur bicaranya tetapi dalam sesetengah perkara Loya seorang yang romantik dan kelakar. Mulut Lala tidak henti memuji-muji suaminya. Cuma dia masih confius dengan permintaan suaminya tentang perjanjian dan bulan madu. Masih mencari-cari jawapan tentang itu. "Arrrggghh buang masa jer aku dok memikir tentang agreement dan honeymoon tu. Kang satu kerja aku tak siap", keluh Lala sendirian perlahan. Lala bingkas bangun dan menyambung semula tugasan di rumahnya. "Erm kerja kat rumah ni pun takkan abis-abis. Dari pagi sampai ke malam dan ke pagi esok takkan habis jugak", bebel Lala lagi sendiri sambil menepuk-nepuk bantal di set sofanya. "Hari-hari lakukan benda yang sama. Hai nasib badan", sengaja Lala merungut dan bercakap sendirian untuk menghiburkan hati. Hampir setiap hari masanya dihabiskan di rumah dengan melakukan semua kerja-kerja rumah. Tapi dia tidak menyesali jalan yang dipilh kerana dia rasa kurang stress daripada bekerja di pejabat menghadap angka dan nombor. Lala tersenyum sendirian.

You May Also Like

2 comments