SAYA SUKA BERKARYA - DARI HOBI MENJADI MINAT YANG SEBATI

by - 10:59 AM





Assallamualaikum dan salam kasih sayang semua pembaca Blog eishaerisha yang setia.

Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja. 
Tak sabar rasanya ingin berkongsi novel bergenre love story pula. 
Tapi sedang memikir-mikir tajuk yang mana satu ingin dikongsikan. Setakat ini ada 3 tajuk yang masih on the way dalam proses disiapkan. Tapi masih perlukan masa untuk dijadikan manuskrip penuh. Tapi tak salah kalau diKongsikan di dalam blog ini untuk tatapan pembaca semua.

Pada masa ini keadaan kurang mengizinkan kerana kekangan dari segi masa. Tapi saya mencuba mencuri masa untuk menulis walaupun satu bab dalam satu masa. Pepatah mengatakan "sikit-sikit lama-lama jadi bukit", saya pegang pepatah itu untuk menaikkan semangat dan usaha dalam berkarya. Di dalam berkarya juga tiada istilah jemu dan putus asa. Alhamdulillah sehingga hari ini, idea itu tetap ada dan datang tanpa kira masa. Cuma kadang-kadang kerana keletihan usaha itu terpaksa direhatkan sementara. Kita juga manusia biasa yang ada kala perlukan rehat dan santai-santai. Tapi bila dah mengadap laptop ada sahaja idea yang lalu dan singgah tetap tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Pada ketika itu jangan lupa catat atau simpan untuk dikembangkan menjadi bahan dalam berkarya nanti.

Dalam masa yang sama, saya sedang menyiapkan novel untuk satu pertandingan. Mudah-mudahkan ianya dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Agak stress juga pada mulanya kerana tiada pengalaman ke arah itu. Dari suatu hobi sekarang saya cuba hasilkan karya untuk KPI diri sendiri. Sebagai salah satu minat yang akan membuahkan hasil bukan untuk kepuasan diri sendiri tapi untuk menghiburkan para peminat dan pembaca novel khasnya. Jika anda suka saya turut gembira.

Tapi dalam memasuki sesuatu pertandingan, kalah atau menang bukan menjadi sandaran, tapi usaha dan percubaan untuk mempelbagaikan genre dalam berkarya di samping mencari pengalaman yang diutamakan. Rezeki semuanya Allah dah tentukan. Yang penting terus hasilkan karya yang terbaik dan menambahbaik setiap hasil yang telah disiapkan. Mungkin kekurangan tetap ada di sana sini, yang pasti kena terus meningkatkan potensi diri dan prestasi dalam menghasilkan karya-karya terbaik. Membaca karya orang lain juga merupakan salah satu pembelajaran yang baik dan memperbaik karya sendiri. Dalam kita ingin menambahkan ilmu tiada istilah malu. Biar kita belajar dari bawah untuk mendapat kejayaan yang tinggi di masa hadapan. InshaAllah mudah-mudahkan segala impian akan tercapai dan terlaksana walaupun bukan sekarang. 

Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah dan apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah. Sentiasa dipermudahkan segala urusan kita dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Akhir kata, buat semua pengunjung dan peminat karya-karya eishaerisha semoga sentiasa melayari blog ini dan dapat memberikan sokongan, dan yang penting teruskan membaca setiap perkongsian yang ada di dalam blog ini. Terima kasih semua.

You May Also Like

0 comments