NASKAH TERBARU BERGENRE LOVE STORY

by - 6:04 PM



Assallamualaikum dan selamat petang sahabat Blogger yang dikasihi

Tamat sudah sharing untuk Novel percubaan bergenre Seram DI SEBALIK TIRAI CANTIK. Yang belum habis membaca semoga dapat meneruskan pembacaan untuk menikmati karya sulong bergenre seram ini. Sebagai hadiah bulan Mac ni, saya akan kongsikan Novel bergenre cinta yang dinanti-nantikan oleh sahabat peminat novel. Seperti biasa setiap novel saya masih banyak yang perlu ditambahbaik dan banyak kekurangan. Setiap hari juga adalah proses saya belajar untuk meningkatkan ilmu dalam bidang penulisan. Namun dek kerana minat yang mendalam, saya suka untuk menterjemahan idea di dalam novel ataupun dengan berpuisi. Agar idea itu sentiasa ada tidak kering dan berlalu pergi dibiarkan begitu sahaja. Kerana setiap idea yang datang adalah anugerah yang rugi jika dibiarkan tanpa dicatatkan.

 Suka saya untuk sahabat semua memberikan komen dan cadangan bagi menambahbaik setiap karya saya dalam Blog ini. Mudah-mudahan dengan adanya komen dan cadangan itu dapat membantu saya menghasilkan karya-karya yang menarik, berkualiti dan bermutu. Seterusnya diminati dan sentiasa ditunggu-tunggu kemunculannya. 

Akhir kata, Selamat membaca semua dengan rasa gembira dan terhibur...

Cintaku pada seni tak pernah pudar 

Selagi ada ruang dan peluang 

Selagi itu tidak sesekali berhenti mencuba dan berkarya

You May Also Like

0 comments