BAB 1 - Agrement Cinta VS Honeymoon Mr Loya & Mrs Lala

by - 5:43 PM





Assallamualaikum dan salam kasih sayang semua pembaca setia Blog eishaerisha yang dikasihi
Hari ini baru berkesempatan untuk memasukkan novel terkini bergenre Love Story seperti yang dijanjikan. Semoga berpuashati untuk perkongsian novel kedua ini. Jika ada yang perlu ditambahbaik bolehlah menaip di ruangan komen. Mungkin dengan komen dan respon anda dapat membantu saya menghasilkan 
karya-karya terbaik di masa akan datang. Terima kasih semua. Jom teruskan membaca naskah seterusnya.


BAB 1

Pening kepala Lala dengan perangai Loya. Nak dimarah tapi suami yang amat dicintainya. Tapi selalu dia buat benda-benda yang poyo dan kadang-kadang menjengkelkan. Itu yang membuatkan Lala tersenyum sendirian dengan sikap suaminya yang gila-gila dan budget hensem. Tapi hakikatnya memang yang empunya nama Ku Harraz Rayyan bin Ku Malikul Malik atau lebih mesra panggilannya Loya di kalangan kawan-kawan karibnya seorang yang berwajah kacak dan menariik. Cuba ada ketikanya berperangai kebudak-budakkan. Sama juga dengan dirinya. Umur kedua-duanya belum melewati 30-an. Mereka berkahwin dalam usia yang muda selepas tamat pengajian. Tapi tentang nama gelaran Loya ada cerita di sebalik nama yang pelik itu.
 
“Ewah-ewah senang hati kau kat sini. Senyum sorang-sorang lagi. Perut aku ni dari tadi berkeroncong tau”, herdik Ku Harraz kepada Engku Mikayla Zahra bt Engku Kamarul Shahran atau mesra panggilannya Lala. Lala sedang duduk bersila di atas sofa sambil menonton televisyen. Mulutnya tak berhenti mengunyah kacang putih. “Hisss sibuk jelah. Makanan dah siap dihidang kat atas meja makan sana  Wahai Sang Puteraku sayang, tinggal makan je ye”, jawab Lala seperti mengajukkan kata-kata suaminya pabila terkejut disapa tiba-tiba. Macam tahu-tahu aku sedang mengelamunkan dia. Tersenyum sendiri Lala. “Hah tengok tu, senyum lagi”, tegur Loya lagi melihat Lala masih mengelamun. “Erm yelah-yelah. Jomlah”, sambil Lala menyuruh Loya mengikuti dirinya ke ruang makan. Loya hanya mengikuti langkah Lala sambil bermain game. “Erm baguslah sambil berjalan main hand phone, kalau terlanggar dinding baru padan muka”, bebel Lala bila tidak puas hati melihatkan gelagat suaminya berjalan sambil bermain handphone. Tapi tidak diendahkan oleh Loya teguran isterinya. Selamba je Loya.

“Macam ni lah baru sayang bini. Sedapnya bau”, puji Loya bila Lala mengangkat tudung saji sambil menghidu masakan itu. Tak sempat duduk lagi. Bau masakan kegemarannya nasi goreng kampung berulamkan petai muda dan ayam goreng rempah pedas berapi. Memang menyelerakan seleranya hari ini. Sesekali dapat bercuti dan duduk di rumah sambil makan-makan dengan santai. Tenang je rasa hatinya. Lala hanya tersenyum dengan pujian suaminya. Loya duduk. Lala menyiapkan pinggan dan set sudu dan garfu. 


“Berapa hari sayang cuti. Apa kata kalau kita pergi keluar jalan-jalan”, ajak Lala bila suaminya yang jarang-jarang bercuti dan berada di rumah hari itu. Selalunya masanya lebih banyak dihabiskan di pejabat dan outstation. Loya makan dengan penuh berselera. Gembira Lala memerhatikan gelagat suaminya makan dengan penuh berselera penangan air tangannya. Teringat Lala dengan kata-kata Mama, kalau nak pikat suami kena ikat dulu perutnya. Itu yang dia seboleh-bolehnya belajar memasak. Tapi tak sangka dia mewarisi bakat memasak dari Mamanya. Apapun yang dia masak memang sedap. Ini diakui sendiri oleh suaminya Loya.

"Kalau hari ni malaslah. Aku penatlah, nak rehat-rehat kat umah", jawab Loya. Lala mencemikkan mukanya. "Maksud sayang bukan sekarang, tapi nanti plan lah", terang Lala ingin memahamkan permintaannya. Loya memandang ke arah Lala tapi hanya tersenyum. Disambung menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.“Owh cakaplah. Tapi nak ke mana?”,jawab Loya dengan mulut penuh nasi goreng. Memang sangat sedap masakan isterinya. Menambah-nambah dia makan. Lagilah dengan berulamkan petai dan ayam goreng berempah pedas kegemarannya. Memang menambah selera. “Entahlah sayang. Lama dah kita tak ke pergi melancongkan. Mesti bestkan kalau kita dapat ke Maaldives ke, Boracay Island ke, bersantai di tepi pantai sambil menghirup angin laut yang nyaman. Erm seronoknya dan tenang sahaja jiwa ni dapat  lari dari kesibukkan kota”, Lala cuba memancing suaminya sambil menggayakan seperti sedang menikmati ketenangan di tepi pantai di sapa sang bayu sepoi-sepoi bahasa dan sang ombak ganas membelah pantai. Matanya ditutup rapat seperti sedang membayangkan sesuatu.


Loya berhenti menyuap makanan. Ditenungnya Lala tapi dibalas dengan pandangan pelik oleh Lala. Lala membuka matanya tapi Loya sedang memandangnya serius. Segan Lala sendiri. “Errrr, kenapa pulak pandang macam tu. Mengalahkan harimau nak telan mangsanya”, cebik Lala geram baru perasan dengan perlakuan Loya. Tapi Loya hanya senyum dengan gelagat Lala. Diambil gelas berisi air fresh oren, diteguknya beberapa kali. Lega sahaja air sejuk masuk tekaknya. “Yelah kalau tak boleh tak apalah. Bukan kebulur sangat nak pegi pun”, jawab Lala seperti merajuk bila Loya seperti acuh tak acuh dengan kata-katanya. “Eh, bila masa pulak aku cakap tak nak. Ada ke aku cakap. Aku cuma tenung kau je kan. Lagipun aku tak abis makan lagi”, jawab Loya menyakat Lala pula. “Abis tu sayang setuju la ni”, kata Lala sangat teruja. Kembali ceria wajahnya. “Erm, mungkin boleh dipertimbangkan tapi dengan satu syarat”, jawab Loya bersyarat. “Sayaaannngggg, cakap apa saja syaratnya. Demi nak pergi melancong sayang rela tunaikan”, Lala berkata tanpa memikirkan apakah syaratnya. Lala membuat lenggok suara manja. “Betul ni”, kata Loya ingin kepastian. Lala dengan muka yang sangat confident dan budget cun menganggukkan kepalanya beberapa kali tanda setuju dengan apa juga syaratnya nanti tanpa berfikir panjang.

“Hah apa syaratnya, cepatlah bagitau”, tak sabar Lala ingin tahu apa syaratnya. “Syaratnya nanti aku send 1 fail. Kalau kau setuju dan sign dapatlah kita pergi ke oversea atau ke mana sahaja kau nak pergi. Rasanya sekali dengan pakej honeymoon”, jawab Loya penuh tanda tanya. “Gila. Apasal pulak siap berfail-fail ni. Tapi tentang honeymoon Lala berasa semakin pelik. Aniversary mereka 4 bulan yang lalu. Walaupun sambutan yang dibuat simple-simple sahaja tapi cukup bermakna bagi dirinya. Mengigau di siang hari ke dia ni”, kata Lala dalam hati. Arrghhh kita tunggu saja apa sebenarnya. Mungkin Loya hanya main-main sahaja. Lala ingin menyedapkan hatinya. “Atau dia ada hati nak berbini lagi ke”, fikiran Lala menerawang hingga ke situ. “Hiii mintak dijauhkanlah. Yelah bila sebut agreement dan honeymoon. Dua perkara yang mungkin saling berkaitan. Segalanya mungkin. 


“Erm kau ni kan. Aku perati je. Dari tadi asyik mengelamun. Aku cakap sikit berangan, cakap sikit berangan”, bebel Loya pulak. “Tak ada apalah”, jawab Lala menyembunyikan perasaannya. Loya bangun seusai makan. “Owh ye. Makan malam kita di luar ye”, kata Loya sambil berjalan untuk mengingatkan Lala. “Okay”, pendek saja jawab Lala. Ini bererti dia hanya perlu masak untuk makan tengahari sahaja. Lala segera bangun untuk mengemas di dapur. Tapi fikirannya masih menerawang penuh tanda tanya. “Agreement. Honeymoon”, dua perkataan itu masih meniti di bibirnya. Masih menganggap suaminya hanya ingin bergurau.Loya meninggalkan Lala yang sedang mengemas di dapur. Loya menyambung semula gamesnya di handphone sambil duduk santai di sofa di ruang tamu. Masa terluang di rumah memang diambil kesempatan untuk Loya lari dari memikirkan hal-hal kerja di pejabat. Dapat juga dia menghilangkan stress. Dari dapur sesekali sempat Lala mencuri pandang melihat apa yang sedang dilakukan oleh suaminya yang tersayang.

You May Also Like

4 comments

  1. penceritaan yang baik....teruskan semangat dan usaha sehingga impian yang diidam tercapai

    ReplyDelete
  2. baru sempat baca ni...baru bab 1 dh best kena baca smpi habis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih atas support. Teruskan membaca ye

      Delete