PUISI "RODA ITU BERPUTAR"

by - 12:26 AM


Jom baca puisi lagi. Lama dah tak share kan bait-bait puisi karangan spontan mengikut yang terlintas di minda. Bagi yang berseni akan lebih menghayati setiap bait ayat kerana setiap satunya punyai maksud yang tersendiri.

 Menyusuri denai dan semak berliku yang berduri
Sakitnya tercucuk duri amat perit dirasai
Lukanya dalam dan halus menambah rasa ngilu
Seperti sembilu menusuk ke hati
Mendaki lereng berbukit yang tinggi dan curam
Rasa gementar dan gayat menyelubungi
Tapi tetap digagahi walaupun peluh mencurah membasahi
Melalu lorong-lorong gelap dan sunyi
Terasa menyeramkan dan padangan kadangkala kabur
Lorong-lorong yang hamis dan berbau menusuk ke rongga hidung
Terasa loya di anak tekak terus masuk ke penjuru perut 
Ditahankan daripada terhambur keluar amat menyakitkan
Melihat aliran sungai yang mengalir lesu
Di dasarnya batu-batu keras bertaburan
Jernih airnya mengukir lukisan samar-samar bayang-bayang sendiri 
Cukuplah sedikit masa melepas lelah
Kerana tiba masa dalam terpaksaan harus pergi
Terpaksa meniti di titian usang dan rapuh
Berkali-kali berfikir adakah pasti
Membuatkan langkah terhenti-henti
Tapi kerana semangat dan tekad terus diredahi
Kerana semua itu hanya ujian dan cabaran yang menanti
Dalam kita mengejar sesuatu yang ingini
Walaupun masih belum pasti
Tapi rasa mengalah dan berundur tidak sesekali
Mungkin di penghujungnya itulah kejayaan yang sedang menanti
Kehidupan tanpa cabaran dan dugaan
Kehidupan tanpa tangis dan kesedihan
Kehidupan tanpa kesukaran dan keperitan
Tak mungkin kehidupan akan berseri
Dengan adanya warna warni inilah
Kehidupan menjadi suatu pengalaman yang tak mungkin dapat dirasai
Kerana di hujungnya akan ada cahaya itu
Cahaya yang dinanti adalah kegembiraan, kebahagiaan dan
kemanisan
Waktu itu tangisilah ia dengan ucapan terima kasih 
Dan disambut dengan rasa kesyukuran tak terperi
Namun kehidupan akan berputar silih berganti
Dan akan kembali di jalan dan haluan yang sama 
Mengulangi semula apa yang pernah dilalui
Putaran roda sebuah kehidupan

You May Also Like

0 comments