BAB 11 - Agreement Cinta VS Honeymoon Mr Loya & Mrs Lala

by - 7:46 PM

 
BAB 11

“Akhirnya siap juga agreement cintaku buat kau kekasihku. Mrs Lala”, kata Loya sendirian sambil memegang fail. Tersenyum lebar bibirnya.

Mesti Lala akan gembira kerana dia dah tak sabar menunggu agreement ini.


“Abang buat semua ni untuk sayang. Mungkin ini sahaja abang dapat buktikan cinta abang pada sayang”, kata Loya lagi masih berkata sendirian.


Tok..tok..tok..Tiba-tiba pintu diketuk beberapa kali.


 “Erm masuk”, arah Loya.


 “Ku Rayyan. Boleh saya masuk”, terpacul Audorra di depan pintu.


 “Ehh Dorra. Silakan masuk”, sambil tangannya mencapai fail di atas meja di masukkan ke dalam laci. Tapi Loya tersalah ambil fail.


 “Boleh saya duduk”, pinta Audorra lagi.


 “Hisss awak ni duduk je lah. Tak payah nak minta izin sangat. Dan satu lagi jangan formal sangatlah dengan saya. Panggil Loya macam biasa”, kata Loya sambil tergelak.


“Erm boleh ke. Tapi tak manis pulak staff tengok nanti. Tak apalah saya tahu masa-masanya untuk formal dan tak formal ye”, jawab Audorra mengingatkan Loya agar ada batasan untuk dia sebagai kawan di luar dan majikan dan pekerja di tempat kerja. Masa kerja mereka kena professional.


“Owhh okay-okay you right. Thank you ingatkan saya”, segan Loya dengan ingatan dari Audorra.


“Owh ye. Ini failnya. Semalam Ku Aish pesan suruh serah pada awak. Kalau ada apa-apa yang perlu dibantu, nanti awak berhubung dengan PA Ku Aish, Melissa ye”, terang Loya.


“Erm..okay. Thank coz bagi saya job ni. InshaAllah saya tak akan hampakan harapan awak dan syarikat”, ucap Audorra.


“Apapun itu memang dah tertulis rezeki awak Dorra. Semua Allah dah tentukan”, jawab Loya.


“Dah tentu rezeki saya untuk dekat dengan awak kembali”, Audorra seperti tak perasaan dengan apa yang diucapkan.


 “Apa dia. Saya kurang dengar tadi”, Loya meminta diulang semula kata-kata Audorra.


“Eh tak ada apa-apalah. Izinkan saya keluar dulu ye’, Audorra rasa segan bila perasaan dia tersalah cakap dan cepat-cepat ingin beredar meninggalkan Loya. Harap-harap Loya tak perasan apa yang dikatakan tadi kerana dia terlepas kata.


 “Dorra aku dengar dengan jelas apa yang kau katakan tadi. Maafkan aku Dorra. Kini cintaku hanya untuk Lala”, kata Loya jujur dari hatinya.


“Aduhai apa yang aku cakap ni. Harap-harap Loya tak perasaan”, masih ada rasa bimbang apa yang dikatakan tadi Loya mendengarnya. Sebolehnya dia tidak mahu Loya tahu dia masih menyimpan perasaan terhadap Loya.


 “Cik Dorra. Sini kejap”, tiba-tiba Dorra disapa seorang staff.


“Saya Melissa. PA Ku Aish”, dia memperkenalkan diri.


“Owh  Melissa. Okay Ku Harraz pun ada bagitau tentang awak. Erm fail ni, kalau saya tak faham saya jumpa awak ye”, jawab Audorra sambil menunjukkan fail yang diberikan Loya padanya tadi.


“Eh tak apa fail tu, nanti Cik Dorra studylah apa yang patut. Sebenarnya saya teringin  sangat nak jadi macam Cik Dorra lah. Cantik sangat. Sejak pertama kali jumpa Cik Dorra lagi. Apa rahsianya. Dari jauh tengok Cik Dorra boleh memikat setiap mata memandang. Boleh bagi saya tips tak”, terang Melissa tentang hajat hatinya.


“La saya ingatkan kenapa tadi. Erm okay nanti bila ada free kita bicang ye. Awak pun cantik dah Melissa”, puji Audorra.


 “Erm tapi saya macam ni pun, suami ada orang lain”, riak wajah Melissa sedih menceritakan masalahnya.


“Oppps maafkan saya. Okay saya tolong awak nanti ye. Tapi bukan sekarang”, menyesal pula Audorra memuji Melissa. Ada masalah keluarga rupanya.


“Okay Cik Dorra, janji tau”, Melissa masih mengharapkan sesuatu. Audorra membalas dengan senyuman.




You May Also Like

2 comments