BAB 12 - Agreement Cinta VS honeymoon MrLoya & MrsLala

by - 1:15 AM


Tak sangka kalau first task dia perlu selesaikan satu design yang sekerat jalan ni. Audorra tetap menganggap ini peluang untuk dia gunakan pengalaman yang dia ada bagi menyelesaikan task ni dengan hasil yang terbaik. Inilah masanya untuk dia tunjukkan kebolehan dirinya. Tersenyum Audorra. 

Diambil fail pemberian Loya. Sedikit pelik design failnya. Terdetik dalam hati Audorra tentang fizikal fail itu yang lain dan seperti tidak formal.


“Erm dah namanya designer memanglah akan lain”, fikir Audorra bersangka baik.


Diselak satu persatu fail yang Loya serahhkan pada dirinya. Terbeliak mata Audorra.


“Apa ni”, katanya perlahan masih terkejut.


“Aggrement cinta buatmu kekasihku”, Seperti jantungnya terhenti seketika. 

Audorra kuatkan semangatnya untuk baca satu persatu setiap bait dan rangkap kata. Terdapat beberapa helaian. Pelik. Biar betul apa yang Loya serahkan pada dirinya. Tapi tak mungkin. Persoalan demi persoalan bermain di mindanya ketika itu. Kembang kempis hidungnya. Berdebar-debar jantungnya. Laju nafasnya.


“Dorra, Dora be cool dan tenang. Baca slow-slow satu persatu”, kata Dorra sendirian cuba menenangkan perasaannya. Tapi bibirnya tak lekang dengan senyuman.


“Ya Allah benarkah semua ini. Adakah dia tidak bertepuk sebelah tangan? Adakah pertemuan ini untuk menyatukan cinta mereka kembali.? Romeo dah kembali kepada Julietnya”, alahai sweetnya jika itu yang benarnya.


Persoalan bermain di mindanya. Audorra mula berangan-angan. Tapi Audorra masih berasa pelik kenapa Loya bersahaja tanpa ada sebarang reaksi semasa menyerahkan fail ini. Adakah loya sengaja ingin membuat kejutan. Sepanjang dia mengenali dan menjadi kekasih Loya adalah seorang yang suka membuat kejutan. Mungkin ini salah satu kejutan yang ingin dilakukan. 

 Bagaimana dengan Lala. Kalaulah benar kesian pada Lala. Suaminya yang dianggap cinta dan setia mula bermain kayu tiga. Tapi Audorra dah bersedia sekiranya mereka terpaksa bermadu. Yang penting impian untuk hidup bersama Loya tercapai. Audorra masih berangan-angan.


Apapun Loya adalah cinta pertamanya. Jika inilah takdirnya dia akan terima. Mungkin Loya menyedari betapa cintanya sungguh-sungguh pada dirinya. Kini apa yang dideritai selama ini terbayar dengan agreement cinta Loya. Mungkin juga Loya ingin menebus semula kesalahan kerana meninggalkan dirinya. Tak henti-henti bermacam persoalan dalam fikiran Dorra.


“Cik Dorra. Ada panggilan”, tegur Serina. Tiba-tiba lamunannya terhenti. Tanpa disedari telefon di mejanya berdering agak lama.


“Owhh okay”, cepat-cepat diangkat.


“Hello Cik Dorra. Macamana dengan fail yang saya minta Loya serahkan pada awak. Esok saya masuk office kita discuss ye. Sebelum tu, bolehlah Cik Audorra study apa yang perlu”, pesan Ku Aish agak panjang.


“Erm baik Ku Aish”, jawab Audorra tapi fikirannya menerawang masih teringatkan fail yang diterima tadi. Pelik Audorra. Masih keliru apa yang berlaku.


Tanpa sengaja Loya terpandang fail di atas mejanya.


“New Design for renovation”, dibaca tajuk fail itu satu persatu teliti.


“Eh bukan ke aku dah bagi fail ni pada Audorra. Kenapa masih ada di sini?”, tanya Loya perlahan sendirian seperti kehairanan. Tanpa berlengah dia membuka laci mejanya.


“Ya Allah. Adakah aku tersalah serah fail pada Dorra”, berpeluh jantan tiba-tiba Loya rasakan.


Di dalam lacinya entah fail apa. Diselongkarnya segala macam fail di atas mejanya. Tiada fail yang dicari. 

 “Hai mana pulak perginya fail tu”, risau Loya memikirkan. 

Tersandar dia di kerusi empuknya. Kalau benar dia tersalah bagi fail agreement cintanya kepada Dorra, habislah. Fail itu tidak menyatakan atau ditujukan kepada siapa. Tiada nama. Dia takut Dorra tersalah sangka. Berserabut tiba-tiba kepala Loya memikirkannya.


“Melissa, masuk kejap”, arah Loya sedikit gugup.


“Baik Ku”, sepantas kilat Melissa sudah berada di bilik Loya. Kebetulan pintu terbuka sedikit.


“Tolong saya serahkan fail ini kepada Cik Audorra”, arah Loya.


“Owhh okay Ku Harraz. Ada apa-apa pesanan lagi”, sambil Melissa bertanyakan jika ada pesanan yang lain.


“Ermm, ada. Eh tak ada apa-apa. Serah je fail ni dia tahu”,  jawab Loya masih kebuntuan.


Melissa mengambil fail yang dimaksudkan dan terus berlalu pergi tanpa banyak bicara.


“Takkanlah dia ingin menyuruh Melissa meminta fail itu kembali. Aduhai kepalanya tiba-tiba buntu memikirkan cara ingin mendapatkan fail itu kembali". Haru biru dirasanya ketika itu.


Loya bangun dan terus keluar. Dicapainya handphone dan kunci kereta. Hatinya tidak tenang memikirkan fail itu.


“Qistina saya half day hari ni. Kalau ada pesanan terus whatsapp asap”, sempat Loya berpesan dengan PA nya Qistina sebelum keluar.


Dia ingin cepat balik kerana sudah berjanji dengan Lala untuk makan tengahari bersama. Lagipun dia dah apply half day sebab nak temankan Lala pergi membeli barang-barang dapur. Sudah menjadi rutin dalam sebulan sekali mesti mereka keluar bersama untuk membeli barang-barang dapur. 

Setiap kali itu Lala meminta dia menemankannya disebabkan kesibukan dirinya hingga tiada masa untuk mereka keluar bersama. Fikirannya masih memikirkan tentang fail  agreement cinta yang tiba-tiba hilang.


You May Also Like

0 comments