BAB 14 - Agreement Cinta VS Honeymoon Mr Loya & Mrs Lala

by - 11:23 AM




“Errrr, kenapa muka macam kerang busuk ni”, soal Lala sambil tergelak kecil bila melihatkan muka Loya kurang nak senyum.

 


“Tak ada apalah. Tak siap lagi ke?”,  balas Loya geram bila melihatkan Lala hanya memakai tshirt dan berseluar trek suit. Lala memandang baju dan seluarnya.


“Oppss sory. Abang tunggu kejap ye sayang salin pakaian. Tadi berkebun kat belakang tu yang tak sempat nak salin baju lagi. Lagipun abang balik awal sangat. Tunggu tau”, terang campur bebel Lala memohon maaf.


“Cepatlah. Aku bekejar balik dari office boleh kau rileks-rileks je kan. Hiiisss geramnya”, bebel Loya pula  perlahan tapi masih dapat didengari oleh Lala.


“Eleh siapa suruh balik cepat sangat”, cemik Lala tak mengendahkan bebelan Loya.


Cepat-cepat Lala naik ke tingkat atas ingin membersihkan diri dan menyalin pakaiannya. Dia perlu bersiap dengan secepatnya. Dia malas mendengar bebelan Loya.


“Hisss..tengok tu. Baru cakap dah berbunyi lagi”, bebel Lala lagi bila mendengar teriakkan Loya dari bawah.


“Cepat sikit. Setengah jam je. Lambat kau pergi sendiri”, jerit Loya sengaja memberikan amaran kepada Lala. Hanya dibiarkan oleh Lala bebelan Loya antara dengar dengan tidak. Dia dah biasa dengan situasi macam ni.


Dari jauh terhidu bauan harum sangat menusuk hidungnya. Wanginya. Sambil menghirup bauan yang harum dan menyegarkan tanpa membuka matanya. Loya terlelap di sofa sementara menunggu Lala bersiap. Tak disedari dia telah tertidur.


“Hei, bangunlah. Tak sampai setengah jam dah belayar. Beriya-iya suruh orang cepat tapi dia sempat pulak tidur”, cepat jari jemarinya mencubit bahu Loya.


"Aduh, sakitlah", Terkejut Loya mengerang kesakitan. Dibukakan matanya besar-besar. Lala sudah bersiap di depan matanya. Bau wangi tadi masih menusuk ke rongga hidungnya.


“Erm, wangi”, kata Loya separuh mamai.


Tersenyum Lala dipuji haruman minyak wanginya. Lavender plus roses romance namanya memang bau minyak wangi kesukaannya. Hadiah dati Syalita.


“Terima kasih”, jawab Lala berbunga-bunga.


Loya menggosok-gosok matanya.


“Apahal pulak ni”, soal Loya tiba-tiba.


Lala yang tersipu malu bertukar pelik.


“Eh, mamat ni. Tadi puji ni nak herdik-herdik pulak. Hiss tak fahamlah aku”, bebel Lala dalam hati.


“Dah siap ke. Jomlah cepat”, ajak Loya.


Lala mencapai tas tangannya dan berjalan mengiringi Loya. Pintu rumah di kunci dan keduanya masuk ke dalam kereta.


“Apa-apalah”,  Lala berkata dalam hati.


Bau wangi masih menusuk ke rongga hidung Loya.

 


“Sedap baunya”, puji Loya sekali lagi.


“So….”, soal Lala tiba-tiba.


“So apa pulak”,  Loya soal pelik.


“Erm maksud aku, kau sukalah dengan bau minyak wangi ni”, Lala menukar tajuk.


“Suka. Rasa tenang je baunya”, perlahan suara Loya seperti sedang menikmati bauan yang sangat menenangkan jiwanya.

 


“Sebenarnya minyak wangi ni hadiah dari Syalita. Tapi tak ada jual kat sini pun”, terang Lala memancing sesuatu.


“Syalita? Dia ada jumpa kau ke. Bukan ke dia kat oversea”, soal Loya yang kenal sangat dengan satu-satunya kawan baik Lala.


“Sorry lupa pulak nak bagitau. Syalita ada balik bulan lepas. So dia bagilah oleh-oleh dari sana”, terang Lala.


“Owh…”, pendek jawab Loya.


“Sebenarnya dia nak kawin bulan depan. Itu yang dia balik ni nak jemput undangan. Sebab tu aku nak kau siapkan cepat agreement tu. Nanti kita pergi melancong sambil hadir majlis perkahwinan Syalita sekali”, harap Lala cadangannya dapat diterima oleh Loya.


“Alamak dia teringat pasal agreement tu pulak”, risau Loya dalam hati.

 


“Alhamdulillah sampai juga jodohnya. Erm nanti aku fikirkan”, ucap Loya.


“La kena fikir lagi. Bosanlah macam ni. Semua nak kena fikir. Nak kena tunggu. Last-last tak pergi ke mana pun”, rajuk dalam kata Lala.


Tapi hati Loya lebih bimbang mengenangkan nasib fail agreement cintanya itu. Atau batalkan sahaja tentangnya. So pergi sahaja honeymoon. Tapi, sebenarnya dia ingin membuat kejutan yang akan dikenang dalam hidup mereka berdua sampai bila-bila. Itu yang diangan-angankannya. Tapi semuanya seperti akan musnah hanya kerana kecuaian dirinya.


“Eh, kenapa senyap macam kena serang garuda je ni”, tegur Lala pelik.


“Sorry aku tak ada mood”, jawab Loya pendek.


Lala hanya mengangkat bahunya dan tidak mahu bertanya lagi takut mengundang kemarahan Loya. Dibiarkan sahaja Loya melayani mood tidak baiknya itu. Sepanjang perjalanan balik masing-masing hanya diam membisu. Di sudut hati Loya pula lain ceritanya.


Takkanlah dia nak ceritakan hal yang sebenar. Hanya akan ditertawakan oleh Lala disebabkan kedegilan dirinya yang ingin menyediakan agreement cinta itu sangat. Kalau Lala tahu fail itu di tangan Audorra lagilah masalah akan menjadi lebih haru biru.

 


“Arrrggghh nantilah fikirkan macamana ingin mendapatkan kembali fail itu dari Audorra”, detik Loya dalam hati masih mengharap.


Dia sangat pasti memang dia tersalah menyerahkan fail itu pagi tadi kepada Audorra. Sesal di dalam diri Loya ketika itu.




You May Also Like

0 comments