PUSI - MIMPI

by - 11:45 AM

Assallamualaikum wbt & Salam Jumaat yang penuh keberkatan serta rahmat Allah. 
Lama dah tak berkongsi Madah & Puisi. 
Hari ni nak perah idea hasilkan Puisi baru. Jom baca.


MIMPI
Ada kala indah
Adakala menakutkan
Adakala mengujakan
Adakala membimbangkan 
Adakala mencemaskan
Membuatkan tubuh dibasahi peluh
Membuatkan seram sejuk seluruh badan
Membuatkan hati tertanya-tanya
Setiap mimpi ada tafsiran
Jangan terus dibuai oleh mimpi
Kerana ia tidak pasti
Jangan terlalu memikirkan makna di sebaliknya
Kerana ia  sekadar permainan ilusi
Hanya menambah perisa di dalam lena
Namun mimpi muncul jua 
Mungkin dek kerana kelelahan
Atau kerana dek terlalu memikirkan
Boleh juga kerana ada cerita
Itu yang terbawa ke dalam lena
Mimpi sekadar ilusi



You May Also Like

0 comments