PUISI - CENDAWAN SUMBER INSPIRASIKU

by - 11:52 AM


Assallamualaikum dan salam kasih sayang sahabat Blog semua.....
Cuti-cuti pergi mana kawan-kawan? Buat apa tu? Dah makan?. Apapun yang kita lakukan dan di mana berada semoga kita semua sentiasa rasa gembira dan bahagia. Hari ini ada buah tangan yang ingin dikongsikan.
Tentang Cendawan. Apa ada dengan Cendawan. Tapi pada saya ianya sesuatu yang bermakna dan istimewa. Seringkali ada yang bertanya, selain cendawan boleh lukis apa? Jawapan saya hanya Cendawan. Mungkin bentuknya agak lain tapi ia adalah sejenis cendawan yang dicipta hasil lengok jari yang melukis. Memang tak sangka inilah hasilnya. Lukisan cendawan tidak boleh dipisahkan dengan saya. Saya dan cendawan. Bila ada masa terluang hanya lukisan cendawan akan memenuhi kertas, buku nota dan di mana pen @ pensil boleh menari-nari untuk melukis. Ada juga memenuhi permintaan kawan-kawan. Tapi saya tetap rasa gembira kerana hasil kerja yang tak sehebat mana ini dihargai. Dari hanya sekadar suka-suka tapi sudah menjadi minat. Apapun yang kita lakukan semoga kita rasa senang dan gembira. Sempat saya nukilkan puisi tentang Cendawan. Jom Baca.


CENDAWAN
Dalam bahasa melayu di sebut Cendawan
Dalam bahasa Inggeris disebut Mushroom
Tumbuhmu menyerikan alam
 Tumbuhmu selepas hujan
Tumbuhmu sangat subur
Tumbuhmu sungguh pantas
Mungkin ada yang istimewa
Cendawan ada bermacam-macam jenis dan nama
Tapi ibu kepada segala nama adalah Cendawan
Ada yang sedap dimakan
Ada hanya sebagai hiasan
Jangan tersalah pilih cendawan
Ada pelbagai bentuk dan rupa
Ada pelbagai warna
Ada yang beracun berbisa
Cendawan ada pelbagai khasiat dan kelebihan
Rasanya sungguh sedap bila dimakan
Sup cendawan sangat sedap
Tak kalah enak bila dimasak tomyam
Dimasak juga dalam pelbagai hidangan
Kadang-kadang tercari-cari cendawan
Di celah batang kayu ia tumbuh subur
Lagi tumbuh subur di kala hujan turun
Lagi banyak ia menjalar & rimbun
Manfaatnya dinikmati bersama
Berkongsi rezeki kepada sang petani


You May Also Like

0 comments