JANJI SETIA BERCINTA

by - 4:21 PM







BERPUISI lagi kerana idea terus mendesup-desup datang.
Jom layanzzzz..........

JANJI SETIA BERCINTA

Sayang kerana cinta
Jangan pantas mmengucapkannya
Jika hati tak boleh setia
Jangan mudah memberi harapan
Kalau hati tak ikhlas sepenuhnya
Jangan sesuka letak harapan setinggi gunung
Yang katanya puncak tertinggi sanggup di daki
Jangan berani letak akujanji
Lautan api sanggup direnangi
Jangan kata sanggup payung segalanya
Jika harta hanya untuk makan sekali sahaja
Jangan kata rela bekorban apa sahaja
Sanggup sehidup semati bersama
Jika hanya di bibir sahaja mengungkapkannya
Memberi harapan palsu dan penuh pura-pura
Jadilah diri sendiri
Walau tidak berharta
Walau tidak kaya
Cukuplah sekeping hati yang penuh rasa cinta
Kerana dibajai dengan ikhlas dan setia
Untuk bahagia tidak sukar
Janji setia & terima seadanya
Lebih bermakna dalam sebuah ikatan cinta
Kerana rezeki akan hadir jua
Jika hati sentiasa redha




You May Also Like

0 comments