BAB 13 - Agreement Cinta Vs Honeymoon MrLoya & MrsLala

by - 1:20 AM




 Tok..tok..tok. Daun pintu diketuk beberapa kali. Melissa membuka pintu perlahan-lahan.


“Hai Cik Dorra. Boleh saya masuk”, soal Melissa PA Ku Aish di muka pintu.


“Eh Melissa. Masuk-masuk”, sambil Audorra menutup dan menindih fail Agreement cinta Loya dengan fail yang lain. Dia tak mahu Melissa terperasaan tentang fail pelik itu.


Tanpa disuruh Melissa duduk bertentangan di hadapan Audorra. Audorra hanya tersenyum melihat gelagat Melissa. PA yang baru dikenali tapi sudah mesra seperti lama dah mengenalinya.


“Hah ni Ku Harraz minta saya sampaikan fail ni pada Cik Audorra. Tapi Ku Harraz tak ada pesan apa-apa. Dia kata Cik Dorra tahu”, Audorra mencapai fail di tangan Melissa yang dihulurkan kepadanya.


“Owh okay, Erm ni barulah failnya”, kata Audorra perlahan.


“Kenapa Cik Dorra”, sedikit pelik Melissa dengan kata-kata Audorra.


“Eh tak ada apa. Ni fail yang dimaksudkan Ku Aish. Baru je dia call saya tanya dah terima atau belum fail ni. Erm design yang saya perlu perbetulkan tu”, terang Audorra cuba mengelak daripada Melissa tahu yang dia telah terima fail yang lain.


“Owh ingatkan apa tadi. Okaylah Cik Dorra. Saya pergi dulu”, Melissa minta diri. Audorra hanya senyum. Melissa berpatah balik.


“Nak pergi lunch sama tak nanti”, ajak Melissa pula.


“Boleh juga. Awak belanja”, pinta Audorra.


“Orite boleh saja. Lagipun Cik Dorra kan baru kerja.Nanti pukul 1.00 ye”, jawab Melissa.


“Erm..macamana Cik Dorra. Sesuai tak kerja di sini”, tanya Melissa.


“Okay. Untuk permulaan ni saya rasa selesa bekerja di sini. Staff-staff semua friendly walaupun baru kenal. Macam Melissa”, kata Audorra jujur. Tersipu malu Melissa.


“Suka tengok Cik Dorra. Jangan lupa share rahsia kecantikan tu tau”, kata Melissa masih memuji kecantikan Audorra.


“Saya ada dengar Cik Dorra ni kenalan Ku Harraz sejak di Universiti. Maksudnya dah lamalah Cik Dorra kenal Ku Harraz?”, tanya Melissa tiba-tiba.


“Erm yup betul. Tapi kami berkawan biasa sahaja”, jawab Dorra pendek.


“Ku Harraz tu pelik kan. Dia nampak gila-gila tapi seorang yang sangat romantik”, Melissa membicarakan tentang diri Loya pula.


Audorra hanya tersenyum dengan cerita Melissa yang beriya-iya tapi berminat ingin tahu lebih lanjut tentang Loya.


“Tapi Ku Harraz ni dalam kerja sangat professional. Pernah sekali tu dia marah staff. Aduhai macam halilintar. Kecut perut staf-staff yang lain”, cerita Melissa lagi beriya-iya.


“Owh ye ke”, Audorra seperti berminat ingin tahu. Pelik juga Audorra mendengar kalau-kalau Loya mengamuk. Setahu dia Loya seorang yang cool.


“Apa yang berlaku sebenarnya?”, tanya Audorra ingin tahu.


“Erm perkara kecil je Cik Dorra. Tapi mungkin masa tu Ku Harraz ada problem kita pun tak tahu. Itu yang dia betul-betul marah. Tapi lepas tu dia mintak maaf beriya-iya dengan staff tu sampai terduduk-duduk kat lantai. Mungkin dia pun tak sangka boleh marah macam tu sekali. Nasib baik staff tu pun boleh terima. Sebenarnya Ku Harraz seorang yang sangat baik cuma hari tu sahaja mood dia yang kurang baik”, kata Melissa lagi.


"Iyelah kot”, Audorra seperti mengakui apa yang dikatakan oleh Melissa.


“Awak kata Ku Harraz seorang yang romantik. Awak kenal isterinya?”, tanya Audorra cuba mengorek sesuatu.


“Ku Lala. Erm orangnya pun satu kepala dengan Ku Harraz. Bukan sahaja cantik tapi cukuplah pakejnya. Mereka berkahwin pun pilihan family. Tapi nampak bahagia je rumahtangga mereka. Suka tengok mereka. Loving couple”, tapi kata-kata Melissa membuatkan hatinya bertambah sakit. Dalam masa yang sama Audorra sedang memikirkan tentang fail  agreement cinta yang Loya serahkan pagi tadi.


“Sekejap, Melissa awak PA Ku Aish kan. Tapi macamana Melissa lebih banyak tahu tentang Ku Harraz”, pelik Audorra kalau-kalau Melisa tahu banyak tentang Loya.


“Owh memanglah. Sebelum Ku Aish datang, sayalah PA Ku Harraz. Tapi bila berlaku penyusunan semula kakitangan, saya terpaksa akur untuk bersama Ku Aish. Sebab saya yang banyak pengalaman jadi saya ditugaskan untuk membantu Ku Aish masa tu. Dan Alhamdulillah kekal hingga hari ini. Tapi apapun Ku Harraz banyak juga minta bantuan saya. Lagipun Fasha masih baru lagi. Tapi saya okay je, bekerja dengan kedua-dua bos ni sama saja. Dua-dua pun baik dan sporting”, terang Melissa panjang lebar sambil memuji majikannya.


 “Sebab tu Cik Dorra pelik ye”, sambung Melissa lagi.


Audorra menganggukkan kepalanya. Barulah dia faham sekarang.





You May Also Like

0 comments