BAB 1

by - 6:48 PM


Assallamualaikum dan Selamat petang rakan blogger ....

Alhamdulillah hari ini baru berkesempatan untuk kongsikan Bab 1 novel pendek "Di sebalik tirai cantik". Jom kawan-kawan semua untuk teruskan membaca. Akan diteruskan untuk setiap Bab. Jika ada pendapat dan komen bolehlah berkongsi untuk ditambah baik untuk bab seterusnya.

Selamat membaca semua.

                         " DI SEBALIK TIRAI CANTIK "

Sukarnya mata ni nak dilelapkan. Erm malam pertama selalunya memang macam ni. Tapi apa nak ditakutkan. Mulut Raisha terkumat kamit tak henti-henti membacakan ayat-ayat suci Al Quran yang dihafalnya. Waktu-waktu begini kadang-kala hanya terbaca apa yang terlintas di fikiran sahaja. Dan  bila dalam ketakutan kadang-kadang ayat yang dah dihafal tak sempurna bacaannya. Peluh hangat mengalir deras  dirasakan. Sejuk sahaja dahinya terasa. Kipas berputar laju. Rasanya kipas hanya di titik ketiga tapi kelajuannya terasa sedikit ganjil. Raisha berselindung di balik selimutnya. Satu badan ditutup dengan selimut tebal itu. Ditutup rapat kedua telinganya dengan lengannya. Biar tidak kedengaran apa-apa bunyi yang mencurigakan. Mungkin berkat memakai selimut pemberian ibunya untuk bekalannya sepanjang pengajian. “Terima kasih ibu”, sempat Raisha menitipkan ucapan terima kasih kepada ibunya.

“Hah simpan elok-elok selimut ni. Ibu tahu kat sana nanti kamu akan dibekalkan dengan selimut juga. Tapi ibu tahu mesti tak cukup untuk habit kamu tu nanti. Yelah anak ibu ni kalau tidur tak berselubung tak sahkan”, kata Ibu mengingatkan Raisha tentang habitnya. Raisha hanya tersenyum simpul dengan kata-kata ibunya. “Perli atau nasihat?”, bisik Raisha dalam hati tapi tidak merasa marah pun dengan kata-kata ibunya. Kerana apa yang dikatakan ada benarnya.

“Aduhai hatinya masih tak keruan. Tak tenteram. Bacaan ayat suci Al Quran tetap diteruskan. Biarlah sehingga dia tertidur sendiri akhirnya. Selalu begitulah kesudahannya. “Sudah jam berapa sekarang ni”, detik hati Raisha. Diberanikan diri untuk menyelak selimutnya perlahan-lahan dan dicapai handphone. Kedudukan handphone memang dekat di hujung kepalanya. Sengaja diletakkan di situ agar mudah untuk dia mematikan alarm jam bila berbunyi nanti. Tak berani Raisha mengangkat kepala nak melihat sekeliling. Terasa seperti ada sesuatu sedang memerhatikannya. Tapi mungkin mainan perasaan takutnya sahaja. Dilihat jam menunjukkan jam 2.35 pagi. “Erm lambat lagi nak subuh”, diletakkan kembali handphonenya di tempat yang sama kembali. Tiba-tiba, ”Hahahaha…Hahahaha..Kalau kau nak kau datanglah sini ambik?”, datang satu suara entah dari mana. Terkejut Raisha dengan suara itu. “Siapa pulak ni”, fikir Raisha dalam hati menambah kegusarannya. Suara ketawa itu masih ada. Sedikit panjang dan tiba-tiba diam kembali. Suasana menjadi sepi semula. Kali ini diberanikan dirinya mengangkat selimut untuk memandang ke arah Rania. Teman sebiliknya.

“Nyenyak je Rania tidur. Tiada tanda-tanda Rania terjaga. Tapi suara tadi sebijik suara Rania. Erm dia mengigau barangkali”. Teka Raisha ingin menyedapkan hatinya. Tiba-tiba bunyi sesuatu dari arah tingkap. “Ketik...ketik…ketik”, beberapa kali seperti ada sesuatu sedang menitip di tingkap. Agak kuat bunyinya. Kali ini Raisha memberanikan diri untuk duduk di atas katil sambil memandang ke arah tingkap. Seperti mendapat kekuatan dan keberanian. “MashaAllah. Tingkap terbuka rupanya. Erm, patutlah rasa sejuk semacam jer, angin pun kuat. Tingkap tak tutup. Erm Rania terlupa lah ni”, teka Raisha lagi tapi hatinya sedikit lega. Bunyi ketip tadi pula datang dari besi pengikat langsir yang terhayun dek angin kuat dan terkena tingkap. Raisha mengemaskan rambutnya yang terurai tapi dibiarkan mengerbang. Raisha bingkas bangun ingin menutup tingkap yang terbuka agak luas. Tiba-tiba…..“Haaaaaaahaaaaahaaaantuuuuu…Toloooongggggg...Tolooongg”, tak semena-mena Rania menjerit. Raisha menoleh ke arah Rania dan terus mendapatkan Rania seperti kerasukkan. “Ran…Ran..akulah Raisha…”, digoncangkan badan Rania beberapa kali. “Tidak…tidak…Kau..Hantu..hantu..pergi..pergi.”, Rania meronta-ronta ingin melepaskan pegangan makhluk yang dilihatnya amat menakutkan. Dengan rambut mengerbang dan baju tidur kelawar yang panjang hingga ke lantai. Raisha cepat-cepat bangun dan menghidupkan lampu untuk menyedarkan Rania.

Terbeliak mata Rania memandang Raisha. Digosok-gosokkan matanya yang tak gatal beberapa kali. “Astagfirullahalaziimmm”, beristigfar Rania bila melihat kelibat yang disangkakan hantu tadi adalah teman sebiliknya. Kebetulan malam itu Raisha mengenakan sesalinan baju tidur kelawar panjang sehingga menutupi kakinya. Sedikit terseret kain hingga ke lantai. Rambut pula dibiarkan mengerbang tidak diikat. Menambahkan lagi kesuraman dalam cahaya kelam-kelam. Pecah ketawa Rania tiba-tiba. “Hampir putus nyawa aku dibuatnya tadi Raisha”, masih berbaki tawa Rania. “Sorry beb. Aku ingat okay je aku macam ni”, jawab Raisha pula tersenyum sambil mengangkat bahu. 

TUNGGU BAB SETERUSNYA APA YANG BERLAKU................................

You May Also Like

27 comments

  1. Wahhh x sabar nak tunggu sambungan ceritanya hihihi terbaik kawanku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kawanku kerana sudi membaca dan teruskan mengikuti seterusnya...apapun TQ support...

      Delete
  2. Replies
    1. TQ Salina..Teruskan membaca InshaAllah next week akan dikongsikan sambungannya..

      Delete
  3. Bestnya tertunggu sambungannya..tahniah.tak sabar nak baca seterusnya..

    ReplyDelete
  4. Baguss teruskan berkarya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Julia..Kebetulan ada watak sama nama dengan Julia..tunggu ye sambungnnya.

      Delete
  5. Menanti karya anda seterusnya..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. TQ sahabat..Teruskan membaca. Next time bg nama ye sahabt senang nak kenal..Apapun TQ ye support

      Delete
  7. Tahniah. Teruskan usaha anda..

    ReplyDelete
  8. Wow bestnya
    .tak sabar nk tunggu sambungannya

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Alhamdulilah Tq support Tuty..Teruskan membaca ye

      Delete
  10. Tak sabar nk tunggu sambungan citer ni...excited...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Flieyzamhd support...Teruskan membaca bab seterusnya...

      Delete
  11. Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih sahabat. TQ..Teruskan membaca Bab demi Bab ye..

      Delete