PUISI

by - 6:09 PM


Assallamualaikum wbt dan salam kasih sayang kepada semua sahabat Blogger.




Apa khabar semua sahabat Blogger. Semoga semua sihat dan baik-baik sahaja. Bertemu lagi kita di ruangan Puisi. Petang ni saya nak share puisi lagi. Sambil duduk-duduk mencari ilham, Alhamdulillah Allah hadirkan idea. Dan terciptalah Puisi ini. 

Selamat membaca dan menghayati setiap bait kata puisi ini. Untuk kali ini ada sedikit kelainan kerana saya sharekan lukisan permandangan hasil lukis tangan saya untuk tatapan semua. Walaupun hasilnya tidaklah sehebat pelukis profesional kerana masih banyak perlu diperbaiki tapi diharap dapat menyejukkan pandangan sahabat semua.....Terima kasih atas sokongan semua dan teruskan membaca setiap hasil karya di dalam Blog ini. Wassallam

POHON KELAPA NAN SEBATANG

Pohon kelapa nan sebatang
Tegaknya berdiri utuh dan teguh
Sarat dengan buahnya yang merimbun
Daun-daunnya rimbun dan menghijau
Tumbuhnya di suatu ruang alam hanya ada satu
Disisinya sungai yang mengalir lesu 
Di sekitarmu ada batu-batu
Hamparan rumput-rumput turut mewarnai
Tumbuhnya subur di sebalik batu
Di hujung sana ada bukit-bukau 
Ada juga pohon-pohon rimbun menghijau
Di atas sana awan-awan berarak perlahan
Sang burung riang berkicauan ke sana sini
Sambil menyanyi riang
Sambil menghirup udara segar dan nyaman
Mungkin menjadi peneman di kala sunyi
Sesekali dedaunanmu melambai-lambai
Tak tahu ke mana arah ingin dituju
Ditiup angin lalu yang kekadang kencang kekadang perlahan
Sepertinya sedang memanggil-manggil
Namun tiada sesiapa di situ 
Hanya lambaian yang datang dan pergi
Deruan angin sesekali berbunyi syahdu
Tapi tegakmu berdiri  tetap teguh
Di saat datangnya badai
Ia masih utuh dan teguh di situ

 




You May Also Like

10 comments

  1. Nak lagi baca puisi2 yg menenangkan hati. Tq share

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah selagi ada ideanya akan dikongsi bersama. Tq suppport

      Delete
  2. Kreatif lukisan itu.. Hitam putih pun nmpk cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Cik W.. Cuba mengembangkan minat dgn melukis juga

      Delete
  3. puisi yg sungguh mendalam mksudnya.^-^.teruskan share ye...

    ReplyDelete
  4. unuk lukisannya tu dan puisinya pun terbaik

    ReplyDelete
  5. TQ sahabat kerana dpt menilai..teruskan support ye..

    ReplyDelete