BAB 2

by - 11:39 PM


Assallamualaikum wbt, selamat malam  dan salam kasih sayang buat semua sahabat Blogger. 
Masanya dah tiba untuk saya share Bab seterusnya Di Sebalik Tirai Cantik. Teruskan mengikuti Bab selanjutnya yang akan dikongsikan dari semasa ke semasa. Debaran kian terasa apa yang ada di Sebalik Tirai Cantik, tapi masih awal ingin mengetahuinya kan. Biar masih menjadi tanda tanya. Jadi teruskan membaca semoga anda semua terhibur. Terima kasih semua sahabat Blogger.


DI SEBALIK TIRAI CANTIK

“Eh beb. Malam tadi apa yang kau buat kat tingkap tu”, tanya Rania sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Kisah tengah malam tadi belum habis. “Entahlah malam tadi aku tak boleh tidur. Rasanya terlelap tak lama aku terjaga sebab malam tadi terasa sangat sejuk. Rupanya tingkap terbuka luas. Aku pun bangunlah nak tutup tingkap tu, baru berapa langkah belum sempat nak tutup dah kau menjerit hantu, hantu, terkejut aku dibuatnya”, cerita Raisha sambil menahan ketawa. Rania berhenti makan. “Mananya tak menjerit, dah kau pun memang macam hantu. Dengan rambut mengerbang baju pulak panjang cecah lantai”, jawab Rania ingin pertahankan apa yang dia lihat tapi tetap menahan ketawa.  “Tapiiiiiiii, sekejap. Kau kata tingkap terbuka. Malam tadi siapa tidur dulu?”, tanya Rania ingin kepastian. “Aku kan”, Rania bertanya dan menjawab soalan sendiri belum sempat Raisha berikan jawapan. Raisha hanya menganggukkan kepala sambil makan. “Kau tutup tingkap ke?”, Rania masih menimbulkan persoalan. “Erm…Tak ada”, jawab Raisha selamba sambil menyuap nasi. Tidak semena-mena, kedua-duanya saling berpandangan kehairanan dan sedang memikirkan sesuatu serentak. “So…kalau bukan kita, siapa? Macamana tingkap tu boleh terbuka”, kata Rania yang masih belum berpuashati kerana belum ada jawapan yang pasti.

 Seingat mereka berdua sejak masuk ke bilik itu tengahari semalam sama ada Raisha atau Rania masing-masing tidak pergi ke tingkap itu. Tapi suasana seperti biasa tiada tanda-tanda kalau tingkap itu terbuka. Kerana masing-masing sibuk mengemaskan barang-barang tanpa perasaan akan tingkap itu. Yang pasti tingkap itu ditutupi dengan sepasang langsir yang sangat cantik dan bersih. Tapi sama ada Raisha atau Rania tidak memikirkan sangat tentang hal tingkap itu kerana mereka masih baru di bilik itu. Dan fokus mereka hanya ingin mengemaskan barang-barang. Selepas sesi mengemas hampir selesai kedua-duanya terus keluar untuk makan malam dan balik selepas jam 9.00 malam. Dan kerana keletihan masing-masing terus tertidur. Macam-macam mula bermain di fikiran Raisha dan Rania. Hanya tentang tingkap.

 KIsah tingkap terhenti di situ. Raisha mengalihkan persoalan. “Erm Ran, kita solat dulu baru masuk kelas ye”, Raisha mengingatkan untuk solat Zuhor sebelum masuk ke kelas semula. Rania bangun dan mengekori Raisha. Tiada sepatah kata sepanjang perjalanan menuju ke surau. “Aamiinn. Aamiin. Ya Rabbal Aalaaminn. Alhamdulillah”, tenang rasa hati bila dah selesai solat. Raisha memandang ke arah Rania. Rania masih belum habis solat kerana sedang berdoa. Raisha bangun dan mengemaskan telekong dan diletakkan semula di tempatnya. “Hai Raisha. Dah nak pergi ke kelas ke. Betul tak kul 2.00 ni kelas Pengantar Bahasa Melayu. Kita sekelas kan”, tiba-tiba Raisha di sapa seseorang dengan beberapa pertanyaan bertalu-talu. Ditolehnya seseorang yang dikenalinya. Rakan sekampus. “Eh awak, Fatehah ingatkan siapa tadi. Iyelah kita kan sama course. Banyak kelas yang sama kan”, jawab Raisha menyiakan acuh tak acuh. “Erm boleh tak saya sekali dengan awak. Lagipun kat kampus ni saya tak ramai kawan yang saya kenal”, pinta Fatehah dengan membuat muka sedih. “Owh boleh apa salahnya. Saya pun berdua je dengan Rania. Kalau awak selesa dengan kami apa salahnya”, jawab Raisha ikhlas menerima. Gembira Fatehah dengan sambutan baik dan penerimaan dari Raisha.

 “Hah, kenapa ni?”, tanya Rania agak keras. “Eh…saya…saya”, jawab Fatehah tergagap-gagap kerana terkejut. Rania orangnya sedikit garang tapi dia seorang yang baik hati. “Apasal tergagap-gagap pulak ni”, sergah Rania lagi dengan muka agak serius. “Macam ni, Fatehah nak joint kita sekali. Boleh kan”, lembut nada suara Raisha cuba mempertahankan Fatehah. Rania membesarkan matanya ke arah Fatehah. Tapi Fatehah hanya tertunduk tak berani bertentang mata dengan Rania. Terkejut Raisha dengan sikap Rania tapi dibiarkan sahaja apa respon seterusnya. “Owh ingatkan ada apa cakap sambil bisik-bisik manalah tahu tengah mengumpat aku kan. Erm aku okay jer”, kali ini perlahan sahaja suara Rania mengundang gelak tawa dari Raisha dan Fatehah hanya tersenyum tawar.  Pada masa yang sama Rania menghulurkan tangannya kepada Fatehah. Cepat-cepat disambut oleh Fatehah dengan rasa gembira. Fatehah yang tadi berasa takut kini berasa lega. Cuma dia  tak menyangka jika Rania sudi terima dirinya juga. Ini kerana kedua-dua sahabat baik itu antara student terbaik dan mempunyai personaliti yang sangat menarik. Kedua-duanya juga mempunyai paras rupa yang sangat cantik. Memang berbeza dengan dirinya. Tapi Fatehah bersyukur masih ada yang sudi untuk berkawan dengannya. “Dah solat?”, tanya Raisha kepada Fatehah. “Sudah-sudah”, jawab Fatehah dengan yakin, “Sebenarnya aku  memang menunggu korang berdua habis solat tadi”, jawab Fatehah tanpa ragu-ragu lagi. “Kalau semua dah selesai jom kita masuk kelas”, ajak Raisha.

“Siapa rakan sebilik kau  semester ni Fatehah?”, tanya Rania. Mereka bertiga duduk sebaris dalam kelas. “Aku sebilik dengan Julia. Tapiiii...”, tiba-tiba kata Fatehah terhenti. “Raisha dan Rania saling berpandangan. “Kenapa dengan Julia?”, hampir serentak pertanyaan Raisha dan Rania. “Dia tu pelik sikit. Suka menyendiri. Tak banyak cakap. Tak pernah nak senyum dengan aku walaupun kami sebilik”, kata Fatehah sambil menekup mulut tak mahu didengari oleh student yang lain. “Hissss kau ni Fatehah. Kau kan baru kenal dengan dia. Sebilik pun baru satu hari dah boleh baca ke dia macamana?”, tanya Rania lagi sambil tertawa sinis. “Memanglah. Semester ni baru lagi dan kebetulan sebilik tapi aku dah kenal dia lama dah sejak semester satu lagi. Cuma nasib akulah dapat sebilik dengan dia”, jawab Fatehah seperti kurang gembira. “Korang nak tahu, bila dia tahu aku rakan sebiliknya dia sanggup turun naik office mintak tukar. Dia nak jugak sebilik dengan kawan baiknya Si Manira gedik tu. Tapi HEP tak layan. So sekarang aku kenalah kekal sebilik dengan dia untuk semester ni. Bersabar jelah”, nada suara Fatehah agak kurang gembira. “Erm tak apalah Fatehah, enam bulan je bukan lama sangat pun. Lagipun kitaorang kan ada”, pujuk Raisha. “Terima kasih korang sudi nak berkawan dengan aku”, ucap Fatehah gembira. Tak lekang senyuman di bibirnya menandakan dia sangat gembira. “Small matter lah”, jawab Rania sambil petik jari. “Kalau dia buli kau cepat-cepat info kat kitaorang, taulah macamana nak ajar nanti”, kata Rania beriya. “Nanti kalau kau boring-boring pulak, lepaklah bilik kitaorang. Okay jerkan Rania”, pelawa Raisha pula. “Betul ker?”, tanya Fatehah semakin teruja. “Yer….”, Rania menyiakan sambil menganggukkan kepala. Rania hanya diam tapi ekor matanya memandang ke arah Fatehah yang sedang teruja. Terdiam Fatehah dengan pandangan Rania. “Sorry…..”, kata Fatehah yang berasa dirinya agak over tadi.

You May Also Like

8 comments

  1. wow...semakin menarik jalan cerita....keep it up...^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.Bab 3 akan jadi lebih misteri..tunggu ye sambungannya...Tq masih membaca

      Delete
  2. Replies
    1. TQ friend..InshaAllah teruskan membaca bab seterusnya ye...

      Delete
  3. Bestnya nak tahu cerita selanjutnya

    ReplyDelete