by - 6:09 PM







Assallamualaikum dan salam kasih sayang sahabat Blogger semua. 
Baru berkesempatan untuk menjawab semua komen-komen sahabat rakan pembaca semua. Alhamdulillah syukur untuk percubaan pertama Novel bergenre seram, sudah sampai perkongsian hingga Bab ke 6. Ramai sahabat-sahabat yang menantikan cerita seterusnya dengan sabar. Saya amat menghargainya dan sangat berterima kasih.

Banyak feedback yang diterima baik dari semua sahabat Blogger yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya untuk terus berkarya. Walau bagaimanapun, dengan hati terbuka saya akan terima apa jua teguran sekiranya ada untuk saya memperbaiki dan menambahbaik untuk hasilkan karya yang terbaik dan dapat diterima oleh semua peminat Novel dan para pembaca. Kerana untuk berjaya kita perlukan komen dan teguran sama ada positif atau negetif dengan hati yang terbuka. Sentiasa berlapang dada dan merendah diri. Setiap teguran itulah yang akan menjadikan kita belajar dari kekurangan dan sebagai pemangkin untuk terus mengejar kejayaan.

Baru nak bertatih. Namun kerana minat yang mendalam di bidang penulisan walau tanpa pengalaman, tapi saya tetap akan berusaha dan belajar sesuatu yang baru. Rasa kecewa kerana masih belum berhasil untuk mempunyai buku sendiri tetap ada. Tapi dengan adanya Blog ini terubat juga rasa itu. Ini kerana sudah beberapa kali percubaan untuk penilaian untuk 2 buah novel masih belum menemui kejayaan. Namun sebagai manusia biasa kita kena sabar dan redha. Allah ingin menguji hambanya. Ingin tahu sejauhmana kita dapat menerima segala ketentuanNya. Walaupun kita telah berusaha. Tapi yakinlah sesuatu yang pahit akan manis juga akhirnya. Kalau bukan sekarang mungkin sikit masa lagi. Saya sentiasa memandang positif setiap apa yang berlaku. Dan setiap yang berlaku sudah tentu ada hikmahnya yang kita sendiri yang dapat merasainya. 

Saya amat terharu dengan segala sokongan yang semua sahabat berikan selama ini. Walaupun ada yang masih menanti dan bertanya tentang buku saya sama ada sudah terbit atau belum, walaupun perlu menunggu bertahun. disebabkan itu jugalah saya membina Blog ini untuk memberikan kepuasan buat sahabat yang amat meminati pembacaan novel untuk menilai karya saya di sini. Mungkin inilah batu loncatan untuk mengukir kejayaan dan menjadi kayu pengukur untuk lebih maju dan meningkatkan potensi diri untuk terus berkarya.

Selepas Di Sebalik Tirai Cantik habis untuk perkongsian, saya akan sajikan sahabat semua dengan Novel Bergenre Cinta. Kebanyakan feedback sahabat lebih ramai yang meminati cerita bergenre Cinta. InshaAllah sebolehnya saya akan tunaikan permintaan semua di dalam Blog ini. So nantikan kemunculannya. Untuk hari ini itu sahaja perkongsian saya. Jangan lupa baca Puisi Ku Di Sini Kerana Kehidupan. Dan esok saya akan kongsikan Bab 7 Di Sebalik Tirai Cantik. Jangan lepaskan peluang untuk membacanya. Bagi sahabat yang baru membuka Blog ini, bolehlah membaca Di Sebalik Tirai Cantik dari Bab 1 untuk mengetahui Plot dan dapat memahami jalan ceritanya. Apapun terima kasih sekali lagi kepada semua sahabat Blogger EISHA ERISHA.....
SELAMAT MEMBACA SAMBIIL SANTAI-SANTAI..


 

 


You May Also Like

0 comments