BAB 11

by - 1:08 PM

DI SEBALIK TIRAI CANTIK




Raisha dan Fatehah setuju dengan cadangan Rania untuk pergi ke bilik Fatehah. Tapi yang berlaku amat mengejutkan. Sesampai di bilik Fatehah, dengan penuh debaran ketiga-tiganya berdiri di depan pintu bilik. Memandang ke sekeliling. Sepi dan sunyi. Mungkin student-student yang lain berehat di dalam bilik masing-masing atau masih belum pulang fikir mereka. Tiba-tiba Rania meminta izin. “Eh korang, aku nak ke toilet jap, nak buang air tak tahan ni”, pinta Rania seperti sedang menahan. “Okay Ran, hati-hati”, jawab Raisha sempat berpesan. Tapi Rania antara dengar dengan tidak berjalan agak laju untuk ke bilik air.Sekejap hilang dari pandangan. Kini yang tinggal Raisha dan Fatehah sahaja. Tanpa berlengah Fatehah cuba membuka pintu.

Tombol pintu dipulas. Ketat seperti dikunci. “Tok..tok..tok..”, pintu diketuk beberapa kali. Tak cukup dengan ketukan Fatehah memberi salam pula. Masih tiada jawapan. Senyap sahaja di dalam. Fatehah mendekatkan telinganya di pintu bilik, cuba ingin mendengarkan bunyi-bunyian sekiranya memang ada penghuninya. Fatehah memandang ke arah Raisha sambil menggelengkan kepala. Hanya Fatehah dan Raisha sahaja di situ kerana Rania awal-awal mintak izin untuk pergi ke bilik air. Fatehah melihat jam di tangannya. Sudah melewati jam 6.30 petang. Biasanya waktu begini Julia sudah balik dan santai-santai dalam bilik. Dipulas lagi tombol pintu beberapa kali. Sah tiada orang. “Julia tiada dalam bilik”, kata Fatehah sambil menyelok beg sandangnya beberapa kali. Mencari-cari letak kunci biliknya. “Aduhai selalu ada dalam kocek ni”, rungut Fatehah. “Ke kau tertinggal kunci kat dalam bilik”, kata Raisha. “Erm tak pasti. Aku tak pernah tinggal kunci”. Pelik Fatehah kunci biliknya tiada dalam kocek beg. Raisha membantu Fatehah menyelongkar beg sandang Fatehah. Dah dikeluarkan semua isi perut beg masih tidak berjumpa dengan kuncinya. Buntu Fatehah. Dalam masa yang sama Fatehah berasa sangat hairan. Raisha menggelengkan kepalanya. Tidak berjumpa dengan kunci yang dicari. Fatehah hanya mengangkat bahunya.

“Eh apa korang buat kat depan pintu ni. Ya Allah abis buku berterabur”, belum sempat Raisha dan Fatehah mengemaskan balik buku-buku ke dalam beg mereka di sapa seseorang. Ingatkan Rania. “Cepat betul Rania balik dari bilik air”, fikir Raisha tapi suaranya lain. Serentak Fatehah dan Raisha menoleh ke atas. “Julia”, hampir serentak Fatehah dan Raisha menyebut nama Julia. Tersenyum sinis Julia ke arah mereka. Fatehah sudah bangun mendapatkan Julia. Raisha masih mencangkung membantu mengemaskan buku dan barang-barang Fatehah untuk dimasukkan ke dalam beg semula. “Nah Fatehah. Erm memang tak ada”, sambil Raisha menghulurkan beg kepada Fatehah. “Terima kasih Raisha”, ucap Fatehah. Pertanyaan Julia belum dijawab.

Julia masih tercegat di sisi mereka. “Eh Julia aku tertinggal kunci agaknya. Nak bukak pintu berkunci. Ingat kau dah balik bilik. Tengok dalam beg pun tak ada habis dah dikeluarkan semua”, terang Fatehah. “Owh ingatkan kenapa tadi. Mungkin kau tertinggal di dalam. Tepi sikit aku bukak pintu tu”, jawab Julia tenang sambil tersenyum. Rania sudah balik dari bilik air. “Eh Julia. Awak kat sini pulak. Bukan ke awak kat bilik air tadi”, tanya Rania selamba tak tahu apa yang sedang berlaku sambil menunjuk ke arah bilik air. Raisha, Fatehah dan Julia saling berpandangan. “Eh I baru je sampai. Tak jengah lagi toilet tu. Tanya diorang”, terang Julia tanpa curiga. Raisha dan Fatehah menganggukkan kepala menyiakan kata-kata Julia. Tidak mungkin Julia ke bilik air.

“Betuuuulll, saya baruuuu jer tegur awak nak mandi. Tapi awak tersenyum sahaja tak menjawab pun. Bila awak masuk bilik mandi, saya pun teruslah keluar”, Rania cuba mempertahankan apa yang dia nampak dan katakan. “Hiss korang ni kenapa ye. Peliklah. Dari hari tu awak tanya pasal saya. Padahal saya tak tahu pun pasal parcel lah, apa lah. Ni mandi pulak. Errmmmmm..”, rimas Julia diajukan persoalan dan kejadian yang pelik-pelik. Tapi Julia tidak ambil pusing hal-hal itu. Dalam waktu itu, Raisha tak banyak cakap terus menuju ke bilik air. Diikuti Rania dan Fatehah walaupun tidak diarahkan. Tapi Julia hanya berdiri tercegat di situ seperti tertanya-tanya dan melihat sahaja. Fatehah menoleh ke arah Julia. “Hissss Juliaaaaa. Apa lagi awak tunggu tu, marilah ikut sekali. Cepatt”, ajak Fatehah agak memaksa. Nak tak nak Julia terpaksa mengikut kawan-kawannya yang lain walaupun agak sangsi apa yang berlaku sebenarnya.

Sesampai di depan pintu bilik air, Raisha memberikan isyarat senyap dan berhenti. Terdengar air dibuka laju. Seperti ada orang sedang mandi dan menyanyi tapi perlahan sahaja. “Ada orang, tapi adakah Julia yang dimaksudkan Rania”, bisik Raisha kepada Fatehah. Rania diam tapi matanya tak berkelip memandang ke pintu bilik air itu. Julia hanya memandang kawan-kawannya dengan pandangan yang masih pelik. Pucat muka Rania tak mampu berkata-kata. “Kita nak buat apa sekarang ni. Takkan nak tunggu kat sini je, seram dah ni”, bisik Fatehah pula. “Kita tunggu sehingga orang tu keluar. Kita kena pastikan siapa sebenarnya dia”, jawab Raisha. “Tapi aku takutlah”, kata Fatehah lagi. Bunyi air sudah senyap. Mungkin pili sudah ditutup dan penghuninya sudah selesai mandi.  “Syyyyyyyyy…”, Raisha masih mengarahkan yang lain-lain agar diam. 


Kriiiuuukkkk.. Pintu bilik air seperti ingin di buka. Perlahan-lahan dikuak. Berdebar-debar dada Raisha, Rania, Fatehah dan Julia juga. Mata masing-masing ditumpukan sepenuhnya ke arah pintu bilik air itu. Tidak berkelip. Tanpa diduga dan tidak disangka, yang keluar adalah “ Kamu semua tunggu aku ye…Hahahahahaha”, keluar suara sangat halus seseorang menegur disambung dengan hilaian yang amat mengerikan. Amat nyaring dan garau. Sungguh menyeramkan. Seorang wanita tanpa muka dengan rambut mengerbang dan pakaian serba putih. Bukan berjalan tapi seperti ingin terbang. Terbeliak mata keempat-empatnya. “Hahahaaaaantuuu..Hannntuuu.. Larriiiiiiiii……”, tanpa berlengah keempat-empatnya berlari tak cukup tanah menggunakan sepenuh tenaga yang ada. Tapi tak semena-mena Rania jatuh tersungkur. Fatehah dan Julia sudah hilang dari pandangan. Raisha terperasan dan cuba ingin membantu Rania tapi dia hanya mampu melihat.


 ****untuk BAB 12 akan ada jawapannya. Teruskan membaca. Terima kasih.
 

You May Also Like

4 comments