BAB 9

by - 8:18 AM


DI SEBALIK TIRAI CANTIK

 

Harith Haykal menyedut sisa air limau ais yang masih berbaki. Tapi kepalanya ligat memikirkan sesuatu. Apa yang diceritakan Raisha dan Rania bukan sesuatu yang biasa-biasa. Perkara yang agak misteri. Antara percaya dengan tidak. Tapi sedayanya dia akan cuba membantu mereka. Cuma dia tak mampu berseorangan, tapi orang yang paling sesuai  bersama-samanya adalah Rizki.

“Tapi Harith, terpulanglah sama ada kau nak percaya atau tidak. Tapi semua inilah yang kami alami beberapa hari lalu. Dan sampai hari ini masih belum ada jawapannya”, terang Raisha ingin meyakinkan Harith. Sedari tadi semasa dia dan Rania menceritakan hal sebenar tiada respon dari Harith Haykal. Dia banyak berdiam mungkin ingin mendengar dengan jelas apa yang berlaku sebenarnya.

Harith Haykal menarik nafas panjang sambil memulakan kata. “Korang jangan risau nanti aku cuba bincang dengan Rizqi.  Macamana cara untuk bantu korang. Cuma harap korang jangan terlalu memikirkan sangat hal ini ye. Kalau ada apa-apa call je aku. InshaAllah aku sedia membantu”, menurun sahaja nada suara Harith tapi tetap mengukir senyuman dan ingin memberikan harapan. Kerana kali ini dia yakin Raisha dan Rania memang serius. Dia tak mahu bergurau tentang hal macam ini. “Terima kasih Harith”, ucap Raisha sedikit lega. “Terima kasih Harith”, Rania juga mengucapkan terima kasih atas kesudian Harith Haykal ingin membantu mereka. Harith Haykal hanya menganggukkan kepalanya tanda menerima.

“Cuma……aku sedikit musykil tentang Julia”, tiba-tiba Harith Haykal cuba membicarakan tentang Julia. “Julia tu memang  pelik atau aku jer yang perasan. Tapi apa yang kau musykilkan tentang Julia”, Rania cuba memberikan gambaran tentang diri Julia bila respon dari Harith seperti tidak mempercayai kata-katanya. “Eh tak ada apalah”, jawab Harith Haykal tak nak merumitkan keadaan. Biar dia dengan Rizki cuba membantu dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadapi oleh Raisha dan Rania. Satu persatu. “Macam aku katakan tadi, aku akan berbincang dengan Rizki macamana”, ulang Harith Haykal lagi.


“Aku ada cadangan. Tapi terpulanglah pada korang berdua nak terima atau tidak. Apa kata kalau korang berdua cuba bertanya sendiri dengan Julia tentang apa yang telah berlaku”, cadang Harith Haykal. “Maksud kau?”, tanya Rania ingin kepastian. “Bersemuka dengan Julia.  Beritahu semuanya apa yang telah berlaku dan sedang menghantui korang berdua. Mungkin Julia ada jawapannya”, terang Harith Haykal lagi. “Dalam masa yang sama, aku dan Rizki cuba mencari jalan penyelesaian segala misteri yang berlaku ni”, kata Harith Haykal lagi. “Mungkin di situ ada petunjuknya”, kata Harith lagi ingin menyakinkan keduanya. Cuma Raisha dan Rania hanya diam cuba memikirkan sesuatu. “Tapi nak ke Julia dengar semua ni. Aku tak yakin dia akan percaya”, kata Raisha kurang yakin dan memikirkan sebaliknya. Rania seperti tidak setuju dengan cadangan Harith Haykal. Raisha masih berdiam.

 “Erm kejap. Bukan ke korang rapat dengan Fatehah. Roomate Julia. Korang boleh dapatkan maklumat dari Fatehah juga. Lagi mudah kot”, cadang Harith Haykal dari sejak tadi telah banyak memberikan cadangan dan jalan. “Betul juga tu. Fatehah orang yang paling dekat dengan Julia kerana mereka sebilik”, kata Rania seperti mendapat idea. “Aku ada terfikir juga cuma tak terlafaz”, baru Raisha bersuara sedari tadi hanya berdiam. “Cuma aku sedikit musykil. Fatehah pernah bagitau Julia orangnya suka menyendiri dan tak banyak cakap. Tapi masa dia tegur kau tadi sangat berbeza perwatakannya. Nampak dia sangat peramah dan mesra”, terang Raisha mengingatkan sesuatu. “Ha ah betul kata Raisha. Aku pun perasan”, Rania menyiakan kata-kata Raisha. Harith Haykal tiba-tiba ketawa. “Erm korang silap. Rasanya korang memang tak kenal siapa Julia kan”, kata-kata Harith Haykal menjadikan segalanya semakin rumit.

“Selama aku kenal Julia, dia seorang yang sangat periang. Happy go lucky dan friendly. Sebab dah banyak semester sekelas dan satu group dengan dia”, terang Harith Haykal sangat bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Fatehah kepada mereka. Cuma Julia yang mereka pernah nampak seperti dua orang yang sama tapi berbeza perwatakan. Dari segi pakaian juga ada perbezaan. Baru Rania terperasan akan hal itu. “Hisss..tak mungkinlah”, tiba-tiba Rania bersuara. “Apa dia Ran?”, tanya Raisha hairan dengan kata-kata Rania. “Memang ada yang tak kena”, jawab Rania sangat yakin. Raisha dan Harith Haykal saling berpandangan tak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Rania.

You May Also Like

8 comments

  1. Makin suspen��...tak sabar nk tunggu sambungan citer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab seterusnya masih menjanjikan tanda tanya dan suspen...Hihihi.Tq flieyza masih setia membaca dan menanti

      Delete
  2. leka baca ..macam tak sabar nak tunggu bab akan datang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dear. Boleh teruskan membaca Bab 10 yang sudah disharekan. Selamat membaca

      Delete
  3. Replies
    1. Bab 10 masih ada tanda tanya.Nantikan bab 11 yang lebih mendebarkan. TQ masih setia membaca

      Delete
  4. Suka baca ada unsur supen

    ReplyDelete