Mari berpuisi lagi

by - 2:36 PM


AKU HANYA SI SEMUT COMEL


Ku hanya seekor semut comel
Ku dianugerahkan tubuh yang kecil
Sejak mula aku dilahirkan
Dari datuk nenek ayah ibu dan keluarga
Semuanya memang comel-comel sahaja
Badanku yang tersangat kecil
Sukar dilihat mata dari padangan yang jauh
Kerana itu kehadiranku ini
Seringkali tidak disedari
Adakala terpijak tanpa sengaja
Kadangkala tercedera tanpa rela
Aku tidak pernah marah dan  curiga
Kerana apakan daya tubuhku yang kecil
Disebabkan itu ku perlu menonjolkan diri
Merayap..memanjat..menerokai 
Di segenap ruang bumi yang luas ini
Berkongsi bersama makhluk ciptaanNya yang lain
Yang turut bernafas seperti juga aku
Demi mencari rezeki
Agar kehadiranku juga diketahui
Tapi menjadi ancaman buat diriku
Mungkin manusia punya prasangka
Aku ingin mengambil hak mereka
Makanan yang terdedah dan ada di atas meja
Tanpa izin dan silu ku cuba mengambilnya
Sungguh lazat dan nikmat makanan itu
Ada pebagai cuma kadangkala dibuang tanpa rela
Mungkin di situ rezeki untukku
Tapi ku mohon maaf kerana mengambil tanpa izin
Kerana apakan daya ingin meminta
Mereka tidak faham dan dapat mendengar kata-kataku
Tapi sebesar badanku yang comel ini
Tidak mungkin larat ingin memikul makanan yang banyak
Walaupun teringin ingin merasai semua nikmat itu
Tapi aku amat bersyukur
Ku ada keluarga, saudara dan teman-teman
Yang sentiasa bekerja dalam satu pasukan
Biar sama susah biar sama senang
Kami memikul bebanan bersama-sama
Berkongsi rezeki demi kelangsungan hidup
Tiada rasa iri, tiada hasad dengki, ,tiada ingin sengketa
Hidup kami sentiasa bersatu hati
Walaupun perjalanan penuh ranjau dan duri
Tubuhku yang kecil bukan alasan
Yang penting semangat dan kesungguhan
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Ku syukuri nikmat Allah yang diberi
Tanpa menyesali setip kejadian dan pemberian
Kerana setiap yang hidup ada keistimewaan dan kelebihan

-Tamat-

You May Also Like

0 comments