BAB 10

by - 8:30 PM


DI SEBALIK TIRAI CANTIK


Raisha dan Rania memilih cadangan Harith Haykal untuk bertemu dengan Fatehah. Mereka tidak yakin ingin mengorek rahsia daripada Julia sendiri. Cuma mereka ada pilihan. Selepas kelas petang itu, Raisha, Rania dan Fatehah jalan beriringan ingin menuju ke kafeteria. Raisha memulakan bicara. “Fatehah. Kitaorang ada hal nak tanya kau ni”, tanya Raisha. ‘Erm apa dia”, jawab Fatehah pendek. “Pasal Julia”, kata Raisha. Fatehah sekilas memandang ke arah Raisha. “Kenapa dengan Julia?”, tanya Fatehah sedikit ragu. “Dah beberapa hari ni kau dah duduk sebilik dengan Julia kan. Ada tak perkara pelik atau yang tak kena berlaku”, tanya Raisha membuatkan Fatehah berasa hairan. “Erm, setakat hari ini okay je”, jawab Fatehah jujur ikut apa yang dialaminya. “Kami jarang berbual. Masing-masing buat hal sendiri. Cuma kadang-kadang dia tergelak sorang-sorang sambil mengadap handphone. Tapi itu kira biasalah kan”, terang Fatehah. "Kadang-kadang kita pun macm tu jugak", jawab Fatehah tanpa curiga. Raisha dan  Rania hanya mendengar kata-kata Fatehah seperti melawak pun iye.


“Tapi ini yang aku musykil dari hari tu korang asyik tanya pasal Julia jer. Apa sebenarnya dah berlaku. Apa kaitan dengan Julia pula”, desak Fatehah ingin tahu dengan pertanyaan bertalu-talu. “Betul kau nak tahu ni. Tapi jangan nanti bila kitaorang dah ceritakan, kau takut nak balik bilik pulak”, sakat Rania sambil tersenyum ke arah Fatehah. “Eh korang, janganlah nak takutkan aku. Berdiri bulu roma aku ni tiba-tiba”, kata Fatehah seram sambil memeluk tubuh. Rania hanya tergelak dengan respon Fatehah. Raisha hanya tersenyum melihat kenakalan Rania tak habis-habis nak menyakat Fatehah.

“Jom aku nak tunjukkan sesuatu”, ajak Raisha supaya Fatehah mengikut di belakangnya termasuk Rania. “Nak ke mana ni Raisha, Rania”, tanya Fatehah pelik. “Ikut jelah, banyak sangat lah kau ni tanya. Kata nak tahu sangat”, jawab Rania mendengus. “Yelah-yelah”, akur Fatehah hanya mengikuti di belakang Raisha dan Rania sambil diam. “Erm nanti kalau tanya lagi kena marah pulak”, keluh Fatehah dalam hati. “Erm baik diam saja tengok apa sebenarnya berlaku”, kata Fatehah lagi dalam hati. Tiba-tiba Raisha berhenti. Fatehah dan Rania berhenti sama. Fatehah memandang sekeliling. “Tiada apa yang mencurigakan atau pelik pun. Tapi yang peliknya mereka berdua”, fikir Fatehah masih tidak tahu apa sebenarnya yang ingin ditunjukkan oleh Raisha mahupun Rania.


“Fatehah, kau nampak tak pokok pelam tu?”, tanya Raisha. Fatehah memandang ke arah pokok pelam yang dimaksudkan. “Hah kenapa pokok pelam tu. Biasa je cuma buahnya tengah lebat dan ranum. Eeeiiii geram je tengokkan. Kalaulah dapat petik makan cicah kicap dengan gula dan dipatah-patahkan cili api. Erm mabeles hot terangkat. Ngences jugak dibuatnya”, tanya Fatehah cuba berseluroh dan tergelak. “Erm kau ni Fatehah, pasal makan cepat je kan. Orang serius kau main-main pulak erk”, tegur Rania kerana Fatehah tidak serius. “Eh salah ke aku cakap”, cemik Fatehah. “Sudahlah tu Rania, Fatehah cuba jangan nak bertengkar je”, tegur Raisha ingin mengawal keadaan yang sesekali tegang dengan gelagat Rania dan Fatehah.

“Kau ingat lagi tak masa kitaorang cari kau dalam kelas tapi kau dah balik bilik. Kau kata kau sakit perut. Masa kitaorang dalam perjalanan nak ke kafeteria lebih kurang macam ni, kitaorang nampak..”, belum sempat Raisha meneruskan kata-katanya Fatehah sudah memotong. “Korang nampak hantu ke?”, tanya Fatehah gopoh. “Hiss kau ni tak sabar kan”, geram je Rania dengan sikap Fatehah. “Ehh sorry-sorry”, Fatehah perasan dia terover. “Erm memang kami nampak hantu. Hantunya adalah roommate kau sendiri, Julia”, terus terang Rania menjawab tak dapat bersabar lagi. Geram dengan sikap Fatehah sedari tadi seperti mempermainkan kata-katanya. Terdiam dan terkedu Fatehah. Matanya dibulatkan. “Betul ker? Hiss korang tapi aku gurau je ni”, jawab Fatehah mula terasa takut. “Erm….yelah kitaorang pun gurau jugak”, jawab Rania tapi dengan muka yang sangat serius.

“Tak Fatehah kitaorang serius ni. Memang aku dan Rania nampak kelibat Julia bawah pokok tu. Cuma yang musykilnya baju yang dia pakai tidak sama dengan Julia yang kami nampak di kafeteria petang itu. Lagipun kau ada bagitau Julia ada dalam bilik bersama kau pada masa yang sama kan. Masa di kafeteria tu Julia berjalan di depan kitaorang bersahaja tapi sempat dia menjeling tajam ke arah kitaorang”, terang Raisha lagi. “Yang peliknya tak tahu kenapa dia jeling kat kitaorang masa tu”, kata Rania menyambung kata Raisha. Fatehah pula masih terkedu tapi tekun mendengar penjelasan Raisha dan Rania. 


“Jadi persoalannya sekarang siapakah Julia yang kitaorang nampak di bawah pokok pelam tu”, kata Raisha lagi penuh tanda tanya. Fatehah mula bingung. “Eh eh korang, korang aku tidur bilik korang malam ni. Boleh”, spontan Fatehah meminta kebenaran, ada getar di nada suaranya. Raisha dan Rania saling berpandangan. “Tolonggg….Please…”, rayu Fatehah bersungguh. ‘Erm tadi berani sangat  kan”, sempat Rania mengusik Fatehah lagi. Muka Fatehah dah berubah pucat. “Eh kejap, aku ada plan”, tiba-tiba Raisha mendapat idea. Rania dan Fatehah saling berpandangan. “apa plan kau Raisha”, tanya Rania. 

***Apa agaknya perancangan Raisha. Adakah Raisha dan Rania setuju Fatehah menumpang di bilik mereka malam itu atau sebaliknya. Takkanlah Raisha dan Rania terlalu kejam ingin membiarkan Fatehah seorang diri mengalami ketakutan bersama Julia yang kemunculannya masih misteri. Teruskan membaca Bab 11. Jangan ketinggalan. Terima kasih semua masih sudi membaca.

You May Also Like

0 comments