BAB 4

by - 12:23 PM


DI SEBALIK TIRAI CANTIK

“Arrrggghhh leganya badan”, Rania membaringkan badannya di atas katil. “Aku mandi dulu. Melengas dah badan ni”, pinta Raisha tanpa memandang ke arah Rania yang sedang leka berbaring. Rania tidak menjawab sapaan Raisha. “Eh, mana Raisha tiba-tiba hilang”, Rania tertanya sendiri. "Bukan ke tadi Raisha masuk bilik terus berbaring atas katil. Takkanlah nak keluar pun tak bagitau". Fikir Rania pelik. Ekor mata Rania terpandang ke arah tingkap. “Erm, Raisha ni dah malam takkanlah nak bukak tingkap lagi. Nanti malam membebel tingkap tak tutup lah, apalah”, bebel Rania sendiri. Baru Rania bangun dan melangkah setapak ingin menutup tingkap, tiba-tiba ada satu suara dari belakang. “Biarlah tingkap itu terbuka. Nanti ia akan tertutup sendiri’, halus sahaja suara itu. Tapi tidak dapat dicam suara itu kerana belum pernah didengar sebelum ini. Yang pasti bukan suara Raisha. Cepat-cepat Rania menoleh ke belakang kerana ingin melihat siapa yang berkata-kata. Tiada siapa. Kosong. Kelibat Raisha pun tidak kelihatan kerana pintu tertutup rapat. Di pandang semula ke hadapan. “Aik..Tingkap tertutup dah”, Rania terasa bulu romanya meremang. “Apakah….”, kaki Rania seperti tergam tidak boleh bergerak. Tiba-tiba pintu dibuka. “Eh Ran…Apa kau buat tercegat kat situ. Arrgghh segarnya dah mandi”, selamba Raisha menegur Rania tanpa rasa curiga. Cepat-cepat Rania mencapai tuala dan menarik tangan Raisha. Kakinya yang tadi terasa seperti digam tidak boleh bergerak tiba-tiba kembali normal. “Raisha temankan aku mandi”, bergetar suara Rania. Raisha yang terpinga-pinga hanya menuruti tarikan tangan Rania.


“Peliklah Rania ni”, sambil ekor mata Raisha memandang ke arah Rania tapi hanya mengikuti Rania hingga ke bilik air. “Erm sejak bila pergi bilik air ni nak berteman bagai”, selamba Raisha bersuara. Rania yang sedang menggosok gigi hanya menjeling tajam ke arah Raisha. Tapi Raisha tidak diperdulikan kerana dia hanya ingin menyakat Rania. Raisha menyanyi-nyanyi perlahan bersandar di dinding sementara menunggu Rania masuk ke dalam bilik mandi. Bunyi air dibuka dan deras. Mesti Rania sedang mandi dengan penuh kusyuk.


Beberapa saat terlihat kelibat Sarlene dan Adira masuk ke dalam bilik air. Berjalan melintasi Raisha yang sedang berdiri menyandar di tepi dinding. “Diorang baru nak mandi barangkali”, teka Raisha dalam hati. Raisha hanya tersenyum memandang ke arah mereka. Sarlene dan Adira juga membalas senyuman itu. Tiada kata dari kedua-duanya. Masing-masing terus masuk ke dalam bilik mandi. Sarlene dan Adira penghuni biilik sebelah bila mereka. Mereka berlainan course tapi mereka sudah saling mengenali tapi jarang berbual. “Ran, aku nak balik bilik kejap. Terlupa pulak nak sidai baju tadi”, kata Raisha terus beredar sambil mengetuk bilik air tempat Rania masuk tadi.


“Raisha..Raisha…Aiiii..Mana Raisha ni? Erm sabar jelah. Boleh dia tinggalkan aku sorang”, geram Rania rasakan. Cepat-cepat Rania berjalan menuju ke biliknya. “Ewah-ewah senang hati jerk kau ye. Kan aku suruh tunggu tadi”, bebel Rania tak puashati kerana ditinggalkan oleh Raisha seorang diri di bilik air. “Sorry Ran. Tadi aku terlupa sidai baju karang sampai esok pagi tak bersidai”, Raisha memberikan alasan. Tapi tadi sebelum aku pergi ada Sarlene dan Adira sedang mandi. Jadi aku ingatlah mesti kau ada kawan mandi”, terang Raisha lagi bersahaja sambil membaca novel terbaru. “Yelah aku tahu kau dah tak sabar nak baca novel tu kan”, geram Rania masih berbaki. Raisha hanya tersenyum simpul. “Masa aku keluar dari bilik mandi aku sorang je. Tak ada sesiapapun”, kata Rania ingin mengingatkan Raisha kerana alasannya tidak benar. Mesti Raisha hanya mengadakan cerita buat Rania tidak berasa takut. Raisha menandakan tempat last di baca. “Kejap….”, Raisha bingkas bangun terus menuju ke bilik air. “Nak ke mana pulak tu”, jerit Rania sambil menggelengkan kepalanya.


Di buka pintu bilik air tempat yang Sarlene dan Adira masuk tadi. Kering. Tiada tanda-tanda baru digunakan. Tapi di bilik mandi tempat Rania mandi masih basah seperti baru lepas digunakan. Raisha cepat-cepat pergi ke bilik Sarlene dan Adira. Diketuk beberapa kali. Tiada jawapan dan senyap seperti tiada penghuninya. Di hujung corridor terdengar perbualan. Raisha terpandang datangnya suara. Sarlene dan Adira sedang jalan bergandingan sambil berbual-bual dan sesekali pecah tawanya. Dari mana pulak mereka, bukan ke baru sebentar tadi Raisha bertemu mereka berdua di dalam bilik air.  “Eh Raisha ada nak jumpa kitaorang ke”, tegur Sarlene bila melihat Raisha sedang berdiri kaku di depan bilik mereka. “Ehh….korang baru balik ke?”, tanya Raisha sedikit getar. “Ha ah. Tadi lambat pergi library dulu. “Jom masuk dulu”, pelawa Adira. “Eh,  tak ada apalah. Aku saja tadi ingat korang ada dalam bilik.  Lain kali je la. Okay aku pergi dulu”, Raisha meminta izin beredar. Sarlene dan Adira hanya memandang dengan senyuman dan terus masuk ke dalam bilik. Sambil berjalan sempat Raisha menoleh ke arah Sarlene dan Adira. Memang benar mereka baru balik. Tapi siapakah yang dia jumpa di bilik air tadi. Aku tinggalkan Rania seorang diri dengan mereka. Mestilah mereka bukan Sarlene dan Adira. Maafkan aku Rania. Nasib baik tiada perkara buruk berlaku. Raisha hanya masuk ke dalam bilik tanpa sepatah kata yang keluar. Kalau boleh dia ingin rahsiakan segala misteri yang berlaku ini dari Rania. Mungkin buat sementara ini. Semakin hari ada sahaja kejadian pelik dan misteri yang berlaku.

Nantiikan sambungan seterusnya.......Misteri masih belum terungkai...Jadi jangan lupa teruskan membaca..................

You May Also Like

10 comments