BAB 6 - MISTERI DATANG LAGI...JOM TERUS MEMBACA BAB SETERUSNYA.

by - 6:32 PM

DI SEBALIK TIRAI CANTIK 

Tidur malam tadi dilalui dengan tenang oleh Raisha dan Rania. Tiada kejadian pelik berlaku seperti malam sebelumnya. Masing-masing dapat tidur dengan lena tanpa sebarang gangguan. Mungkin masing-masing keletihan seharian kuliah. Raisha terjaga. Dilihat jam di dinding menunjukkan 5.30 pagi. Waktu solat subuh hampir tiba. Raisha bangun sambil mengeliatkan badannya. Dia duduk bersila di atas katil, belum ingin turun. Dia ingin merehatkan dulu badannya.Terasa sejuk pula hingga ke tulang. Di pandang ke atas, kipas di syiling bergerak laju. “Patutlah sejuk. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Masih beri peluang untuk aku bernafas hari ini”, sempat Raisha mengucapkan rasa syukur kepadaNya sambil menarik nafas dalam dan dilepaskan. Dilihatnya Rania masih lena tidur sambil berdengkur tapi perlahan. “Erm nyenyak lagi tidur Rania ni”, kata Raisha perlahan. Di pandangnya tingkap. Tenang sahaja tiada yang ganjil. Tingkap tertutup rapat ditutupi oleh langsir. “Cantik langsir tingkap ni. Tapi pelik kenapa student sebelum ni tak ambil ye. Dibiarkan untuk semester ini. Tapi tak mengapalah, mungkin dia ingin bersedekah. Lagipun langsirnya pun cantik. Warna kuning keemasan tapi soft sahaja warnanya. Siap ada scarlop berwarna kelabu kehitaman. Tapi warnanya sangat matching dan nampak seperti baru dan bersih serta ada berbau wangi. Erm rezeki kitaoranglah menghuni kat bilik ni”, Raisha berkata sendirian dalam hati sambil tersenyum tanpa rasa curiga. Terlupa seketika tentang misteri tingkap itu. “Ehhh apa aku merepek ni. Tingkap pulak aku kisahkan.

Hisss…Ran..Ran…bangun. Dah subuh ni”, Raisha tersedar dari mengelamun dan terus bangun mengejutkan Rania. Azan subuh sudah berkumandang jelas kedengaran dari masjid kampus yang kebetulan berdekatan dengan blok tempat tinggal mereka. “Hah…okay-okay”, jawab Rania masih mamai. Hanya bersuara tapi masih berbaring dengan mata tertutup lagi. Semakin ditarik selimutnya ke kepala. Raisha mengelengkan kepala. “Aku nak mandi ni. Nak sekali tak?. Karang sibuklah nak berteman bagai”, bebel Raisha dengan meninggikan suaranya mengingatkan Rania sambil menjeling kepada Rania. “Iyah.. aku bangunlah ni. Erm baru jer nak bermimpi”, jawab Rania bangun terpaksa sambil mengeliat beberapa kali. “Apa? Baru nak mimpi. Hei kawan, dah subuh. Kalau iyepun nak bermimpi malam tadi bukan sekarang”, bebel Raisha lagi. “Yelah-yelah”, sambil Rania mencebikkan bibirnya pada Raisha. “Orang gurau ajelah”, kat Rania perlahan tapi masih dapat didengar oleh Raisha. “Erm dahlah tu, cepat sikit kang penuh bilik mandi tu”, ajak Raisha. Sepantas kilat Rania bangun dan mencapai tuala dan alatan mandi. Malas sahaja ingin melangkah. Raisha sudah siap bersedia untuk ke bilik mandi sambil menunggu Rania di muka pintu. Cuaca di luar masih gelap.

“Eh korang, awal jugak bangun. Kuliah pagi ker”, Raisha di sapa Sharlene. “Ada kelas kul 8.00. Nak solat subuh dan bersiap awal”, jawab Raisha menyambut sambil tersenyum. “Dah mandi ke”, tanya Raisha kepada Sharlene. “Belum. Awal lagi’, sambil Sharlene berjalan masuk ke biliknya. Raisha hanya mengangkat bahunya. “Hei beb, cepaaaatlaaaah”, jerit Raisha kepada Rania yang masih tak keluar dari bilik. “Yelah dah siap ni. Kau cakap dengan siapa tadi”, tanya Rania seperti mendengar perbualan Raisha dengan seseorang. “Sharlene”, jawab Raisha. “Sharlene ori ke atau…”, sambil Rania tersenyum nakal. “Hiss dah jangan fikir yang bukan-bukan. Cepatlah”, gesa Raisha tak nak diselubungi misteri lagi. Keduanya jalan beriringan ke bilik mandi. Sunyi jer bilik mandi. “Erm diorang ni tak bangun subuh ke”, tegur Raisha. “Hiss kau ni, manalah tahu semuanya tengah bulan mengambang”, sambil Rania tertawa kecil. “Mungkin kot”, jawab Raisha pendek.

Selesai mandi keduanya berjalan beriringan menuju ke bilik. Tapi baru nak melangkah masuk ke dalam bilik, tiba-tiba terasa angin bertiup agak kuat. Kain langsir tersingkap dek hembusan angin. Rupanya tingkap terbuka separuh. Amat jelas tapi suasana di luar masih gelap.  Raisha dan Rania saling berpandangan. “Siapa?”, tanya Raisha kepada Rania. Tapi Rania hanya mengangkat bahu. “Eh beb, kita solat kat surau saja lah”, ajak Raisha tiba-tiba. Rania dan Raisha meletakkan barangan mandian kelam kabut dan terus mencapai telekung. Cepat-cepat keduanya keluar dari bilik. Kedegang. Pintu ditutup agak kuat. Keduanya berjalan sepantas yang boleh. “Oooppppsss…Ya Allah”. Raisha hampir terlanggar seseorang. Dilihatnya Marissa di depannya. Kebetulan Marissa baru melangkah keluar dari biliknya. Tak disangka Raisha dan Rania yang sedang berjalan agak laju betul-betul muncul di depan pintunya. “Hisss apahal dengan korang ni. Berjalan macam tak cukup tanah. Dahlah tu tak tengok-tengok dah. Nasib baik tak tercium”, bebel Marrissa sambil tertawa kecil. Ditangannya ada baldi kecil berisi barangan mandian hampir-hampir terjatuh dilanggar Raisha. Rania di belakang Raisha hampir berlanggar dengan Raisha pula.

“Marissa, sorry-sorry. Tak sengaja. Ha ah kami nak cepat pergi solat kat surau. Sorry ye tak perasan awak”, jawab Raisha sedikit bergetar. Rania hanya menganggukkan kepalanya. Sempat Raisha menjenguk ke dalam bilik Marissa. Tingkapnya tiada berlangsir sangat lapang. Teman sebilik Marissa, Umairah kalau tak silap masih tidur nyenyak di atas katil. “Erm tak mengapalah. Aku pun silap, keluar tak pandang kiri kanan”, kata Marissa mengakui juga dia salah. “Eh kitaorang pergi dulu ye”, jawab Raisha terus berjalan diikuti Rania di belakangnya. Marissa terus berjalan sendirian ke bilik air. Tapi sudah kelihatan beberapa orang student penghuni Blok yang sudah keluar untuk ke bilik air. “Tengok tu, dah ramai dah. Kalau kita lambat mandi tadi dah kena Q”, kata Raisha mengingatkan Rania. “Erm betullah kan”, Rania hanya menyiakan kata-kata Raisha.

Sampai di surau. Kosong. Tiada seorang pun kariah di surau. Raisha dan Rania terus membentang sejadah dan bersolat sunat dan diikuti solat Fardhu Subuh. Selesai keduanya bersolat. Raisha membuka telekung dan dilipat kemas. Rania masih di dalam telekung. “Raisha. Betul ke apa yang kita nampak tadi?”, tanya Rania masih ragu-ragu. Raisha memandang tepat ke mata Rania. “Entahlah Ran. Misterikan bilik kita tu”, kata Raisha agak tenang. “Tapi yang lagi misteri tingkap tu”, kata Rania pula. “yup betul tu. Tadi aku sempat menjengah dalam bilik Marissa. Tingkap diorang kosong, tiada langsir. Berbeza dengan bilik kita ada langsir. Bukan sahaja ada tapi sangat cantik, bersih dan wangi”, terang Raisha lagi. “Betullah Raisha. Macam ada yang tak kena kan”, Rania cuba memikirkan sesuatu. Kedua-duanya terdiam seketika. “Raisha, aku takutlah nak masuk bilik”, kata Rania. “InshaAllah. Dari surau ni kita jangan berhenti baca Ayat Kursi hingga sampai dalam bilik. Ingat tu”, ajar Raisha. “Owh..okay-okay”, Rania hanya mengikut kata Raisha yang nampak lebih berani dari dirinya.

You May Also Like

2 comments