JOM TEKA APA BERLAKU SETERUSNYA...........

by - 7:16 PM


Assallamualaikum wbt dan salam kasih sayang semua para pembaca Blog eishaerisha yang dikasihi

Di Sebalik Tirai Cantik sudah sampai ke penghujungnya. Tinggal 2 bab sahaja lagi untuk ditamatkan. Bagi sahabat yang sudah membaca dari Bab 1 hingga 11 mungkin ketika ini sedang menantikan apakah kesudahan novel pendek bergenre seram ini. InshaAllah saya akan kongsikan kedua-dua bab terakhir sekaligus untuk kepuasan dan hadiah kepada semua pembaca setia. 

Namun begitu, sebelum saya memasukkan Bab 12 dan bab terakhir yang ke 13, saya perlukan feedback, cadangan-cadangan dan komen-komen dari para pembaca setia semua.  Saya memerlukan sekurang-kurangnya 10 komen dari semua sebagai tanda sokongan dan minat anda kepada novel Di Sebalik tirai Cantik dengan meneka apa berlaku sebenarnya selepas bab 11. Sengaja ingin menimbulkan suspen dan tanda tanya bagi memeriahkan lagi perkongsian di Blog ini. Selepas saya menerima komen dan tekaan sekurang-kurangnya 10 komen @ tekaan @ cadangan, tapi kalau lebih lagi baik, barulah saya akan kongsikan 2 Bab terakhir itu.

Semoga dengan kerjasama dan sokongan yang tak berbelah bahagi dari semua pembaca dapat meningkatkan lagi mutu penulisan dan menambahbaik dan memberikan idea-idea menarik bagi saya meneruskan Novel Di Sebalik Tirai Cantik untuk menjadi satu naskah yang sempurna dan terbaik.  

Jom mulakan komen di bawah ini sebagai tanda Anda minat dan suka dengan olahan dan plot cerita DI SEBALIK TIRAI CANTIK.............................

TERIMA KASIH SEMUA

You May Also Like

2 comments

  1. Mungkin bole dipanjangkan sedikit setiap bab agar byk lg unsur suspen. Wlbgmanapun novel ni sgt menarik. Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok dear TQ atas cadangan. InshaAllah akan ditambahbaik

      Delete