BAB 7 DI SEBALIK TIRAI CANTIK

by - 8:38 PM





Raisha berjalan beriringan dengan Rania. Mulut keduanya terkumat kamit membaca Ayat Kursi. Perlahan sekadar terdengar di telinga mereka. “Hai Raisha. Rania. Korang dari surau ye”, keduanya disapa oleh Maslini yang sedang berdiri di korridor depan biliknya. Di tangannya memegang handphone. Mungkin baru habis menjawab telefon. Tapi masih sempat Maslini menegur Raisha dan Rania dalam perjalanan dari surau nak balik ke bilik. Kedudukan bilik Maslina dengan bilik mereka hanya selang empat buah bilik. Tapi Raisha mahupun Rania hanya mengukir senyuman tak mampu membalas pertanyaan itu. Ini kerana mereka sedang kusyuk membaca Ayat Kursi hingga ke bilik. Mereka tidak mahu terputus. Maslini hanya tersenyum melihat gelagat pelik dua orang sahabat itu yang berlalu di depannya tanpa menyahut pertanyaannya. Tapi Maslini tak ambil hati tentang mereka. Sepanjang mereka melalui beberapa bilik yang terbuka, sempat mereka menjeling ke tingkap bilik-bilik tersebut. Semua bilik yang mereka lalui tiada berlangsir. Kosong.

Sampai betul-betul keduanya di depan pintu bilik, Raisha memberikan isyarat berhenti. Raisha  membaca Bismillah disambung ayat Kursi dibaca sampai habis pada kadar suara yang tidak kuat, sambil perlahan-lahan Raisha membuka pintu. “Kriiiuuukkk”. Bunyi pintu dikuak. Rania hanya berpaut di bahu Raisha. Namun yang terdengar hanya bunyi kipas angin sedang laju berpusing. Mata keduanya hanya difokuskan pada tingkap. Hairan tingkap tertutup rapat. Walaupun kain langsir sesekali bergerak kerana ditiup angin kipas angin yang agak laju tapi berbeza apabila angin dari luar menerbangkan langsir. “Alhamdulillah”, ucap Rania sambil mengurut dada. Lega keduanya. Raisha dan Rania  tanpa rasa ragu masuk ke dalam bilik. Dikemaskan apa yang patut dan terus bersiap untuk ke kuliah. Tapi mulut keduanya masih tidak lekang dari membacakan ayat-ayat suci Al Quran. Pagi itu mereka ingin pergi awal kerana tidak mahu berebut-rebut bila naik bas nanti. Biar awal agar tidak terkejar-kejar nanti.

Di bus stop sudah ramai student yang menunggu bas. Tiba-tiba seperti ada sedikit kekecohan. Rupanya di celah-celah student itu keluar Fatehah. “Hiss..korang ni tepilah sikit. Tolong bagi laluan, bagi laluan”, agak kuat suara Fatehah. Selamba sahaja Fatehah cuba merempuh kumpulan student yang sedang beratur dan agak sesak di bus stop. Kelihatannya agak tergesa-gesa ingin mendapatkan Raisha dan Rania.Tapi Raisha dan Rania hanya tenang berdiri di hujung bus stop kerana tidak mahu bersesak-sesak dengan student yang lain. Mereka hanya melihat gelagat Fatehah yang mencuit hati. “Hai, dari tadi aku mencari-cari korang. Ingatkan dah kena tinggal”, bebel Fatehah. “Nak tinggal apanya. Dah tentu bus stop ni cuma satu. Bas pun belum sampai. Mana nak hilangnya kitaorang ni”, jawab Rania malas nak melayan sangat Fatehah. Tetapi disambut dengan senyuman oleh Fatehah.


“Eh, room mate kau tak naik bas sekali ke”, Raisha mendekatkan mulutnya ke telinga Fatehah berbisik. “Owh dia kelas kul 10.00. biasalah masih membuta”, direct sahaja Fatehah berkata sambil mencebikkan bibirnya. Tersenyum Rania dan Raisha. “Kau ni tak takut erk”, tiba-tiba terkeluar ayat yang tak dijangka oleh Fatehah. Timbul persoalan dalam fikiran Fatehah apa yang dimaksudkan oleh Rania. Dia kurang jelas. “Apa maksud kau Rania?”, Fatehah bertanya ingin kepastian. Belum sempat Rania ingin membuka mulut, Raisha dengan pantas menyenggol lengan Rania. “Eh tak ada apalah Fatehah. Kau kan tahu Rania ni suka sangat mengusik kau. Jangan dilayanlah”, sambil Raisha mengenyitkan mata kepada Rania. Tapi Rania mengetap bibirnya kerana dihalang Raisha untuk meneruskan kata. “Betul ni, ke ada sesuatu yang korang sorok dari aku”, Fatehah tertanya sendiri kerana seperti ada sesuatu rahsia yang disimpan oleh Rania mahupun Raisha. “Eh jom-jom beratur cepat. Bas dah sampai”, ajak Raisha. Persoalan Fatehah tergantung begitu sahaja di situ. Tapi dari riak wajah Fatehah masih ada perasaan tidak berpuas hati dengan kata-kata Rania tadi. “Peliklah diorang ni. Dari kelmarin sibuk bertanyakan hal si Julia. Mesti ada sesuatu”, fikir Fatehah dalam hati. “Erm tak mengapalah lambat laun dia akan tahu juga nanti”, Fatehah masih bertanda tanya tapi tak mahu terlalu memikirkannya. Sepanjang perjalanan dilihat Raisha dan Rania bersahaja seperti tiada apa-apa berlaku. Di dalam bas Fatehah duduk dengan student lain. Raisha dan Rania duduk di kerusi hadapannya. Tapi Fatehah terperasan Rania sesekali menoleh ke belakang ke arahnya sambil menjeling dengan mengukir senyuman penuh makna. Ia menambahkan lagi rasa tanda tanya dalam diri Fatehah.






You May Also Like

4 comments

  1. Aduhh seram xboleh tido huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai Sis S ye ke. Tak apa rileks & tenang2 je baca seterusnya ye

      Delete
  2. Seram jugak tu.. Nk baca bab seterusnya

    ReplyDelete
  3. Tq terus berminat utk membaca seterusnya

    ReplyDelete