BEZA PERMATA DENGAN PEPASIR

by - 11:05 PM

Selamat malam semua. Sambil santai-santai malam ni jom baca puisi lagi.

Sebutir permata dan pepasir di pantai
Dua benda yang berbeza
Letaknya juga berbeza
Ini kerana
Sebutir permata yang bersinar
Takkan sama nilainya
Dengan segenggam pasir di pantai
Namun permata yang dimiliki jika tak dijaga dan digilap
Lama kelamaan akan pudar sinarnya
Akan hilang serinya
Walaupun pada asalnya berharga dan bernilai
Tapi pepasir di pantai takkan berkurang
Tetap utuh bagai hamparan putih bersih di pantai
Tanpanya pantai hilang serinya
Tetapi kehadirannya amat perlu dan dihargai
Kerana ia mengindahkan lagi pantai
Dan memenuhi kitaran alam

Begitu juga dalam kehidupan ini
Setiap kejadian yang diciptakan
Punyai kelebihan dan fungsi tersendiri
Tiada kesempurnaan tetapi saling memerlukan
Jangan memandang rendah orang lain
Jangan menganggap diri lebih segalanya
Bersederhana dan terima kekurangan diri
Kerana yang mengindahkan hidup kita
Apabila kita syukur di atas segala nikmat & kurniaanNya

You May Also Like

0 comments