SANTAI-SANTAI

by - 5:24 PM


Selamat petang sahabat Blogger semua. 



Hari-hari cuti ada sedikit masa terluang untuk sambung berkarya. Sambil duduk-duduk santai, buka laptop idea datang mencurah-curah. Alhamdulillah rugi rasanya kalau tak diterjemahan untuk menyambung semula karya bergenre seram sulong ini. Berbunga-bunga gambar profile untuk nukilan ini. Bunga sesuatu yang cantik dan segar.

Istimewa buat semua peminat novel Di Sebalik Tirai Cantik, tinggal beberapa bab sahaja lagi saya akan kongsikan. Walau bagaimanapun, masih banyak yang perlu ditambahbaik untuk menghasilkan novel bergenre sebegini yang agak sukar dan mencabar. Idea-idea datang bukan dari pengalaman seratus peratus tetapi lebih kepada imaginasi penulis dan sedikit perkongsian rakan-rakan juga.

Sukacita ingin dimaklumkan Novel Di Sebalik Tirai Cantik akan berakhir pada Bab ke 13. Setakat hari ini,  saya sudah kongsikan sehingga Bab 8. Feedback diterima masih positif dan rata-rata sahabat semua suka dengan jalan ceritanya. Antara feedbacknya ada yang berasa seram bila membaca. Ada yang akan membaca pada waktu siang sahaja kerana tiada kekuatan untuk membaca di waktu malam ( sama jugak dengan penulis sebenarnya) dan ada juga yang tak sabar menanti bab demi bab selanjutnya untuk mengetahui apa yang akan berlaku. Semua itu terpulang kepada kesesuaian sahabat semua. Yang penting sahabat semua suka dan terus membaca agar dapat menikmati hasil karya saya ini. 

Untuk membaca kisah penuh selanjutnya diharap sahabat pembaca semua dapat menunggu sehingga ada rezeki novel ini diterbitkan. Semoga impian saya dan keinginan sahabat pembaca semua dimakbulkan Allah dengan izinNya. Apapun saya amat berterima kasih di atas sokongan semua sahabat dan amat menghargai kerana tetap membaca walaupun saya bukanlah penulis yang ada nama. Masih belajar bertatih dalam bidang penulisan ini. Masih banyak kelemahan dan perlu diperbaiki. Tapi dengan sokongan dari kalian semua saya tak patah semangat malah lebih bersemangat, lebih kental dan gigih berusaha hingga sampai ke puncak kejayaan.

 InshaAllah malam ini saya akan kongsikan Bab 9 Di Sebalik Tirai Cantik. Jangan lupa sahabat semua untuk share kepada sahabat di luar sana yang suka membaca karya-karya sebegini untuk sama-sama melawati Blog ini. Segala sokongan dan kerjasama semua amatlah saya hargai dan diucapkan berjuta terima kasih. Love-love semua. Selamat Membaca.

You May Also Like

0 comments