sekadar nukilan

by - 12:53 PM



Assallamualaikum wbt & salam kasih sayang semua sahabat Blogger

Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan kemudahan untuk menulis di Blog ini lagi. Semoga sahabat dan teman semua sentiasa dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Hari ini saya ingin kongsikan tentang sesuatu yang istimewa di hati saya. Bukan tentang buah hati, bukan tentang benda atau sesiapapun. Ingin lari dari membincangkan hal peribadi.

Tapi saya ingin berkongsi dengan hobi saya. Selain menulis, berkarya ada satu lagi yang saya suka lakukan bila ada masa lapang. Iaitu melukis. Suka lukis apa? Kalau kawan-kawan saya dah tahu jawapannya. Ia sangat sinonim dengan diri saya. Walaupun ada juga yang tersenyum sinis. Tapi saya tetap anggap positif. Setiap apa yang Allah bagi pinjam walau hanya sementara kita perlu untuk menggunakan dengan sehabis baik. Mungkin pada pandangan orang ia tiada apa-apa, tapi bagi yang pandai menghargai ada sesuatu yang istimewa padanya. Setiap orang juga diciptakan ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Jadi seharusnya kita menghargai dan memandang positif setiap apa yang dilakukan oleh orang lain. Dan jangan rasa rendah diri dengan setiap kemampuan diri, kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya sentiasa memegang kata-kata positif untuk memotivasikan diri. Tipu kalau kata sesekali kita tak pernah rasa kecewa atau putus asa  tapi semua itu hanyalah mainan jiwa kita yang lemah.

Berbalik kepada tajuk perbualan iaitu sesuatu yang dianggap istimewa ini. Erm mungkin pelik tapi benar. Sebab itu saya jadikan ia sebagai gambar Profail picture untuk Blog ini. Tak tahu mana istimewa dan kelebihannya, cuma saya ingin bila kawan-kawan nampak gambar ini akan ingat saya di hati mereka. Hanya sekadar hiasan simple walaupun hanya hitam dan putih. Saya kongsikan lukisan itu di bawah ini. Terima kasih kepada yang sudi menghargai dan memahami.

 

Cendawan oh cendawan



You May Also Like

0 comments