PANTUN MULA PERKENALAN

by - 5:10 PM


Buat aluan kata bermadah,
Awal Bismillah pembuka bicara,
Blog idaman tercipta sudah,
Agar ukhwah terjalin sentiasa.

Tiada kata secantik bahasa,
Hanya madah untuk kiasan,
Marilah teman marilah saudara,
Sambut salam berkongsi pengalaman.

Buah mempelam buah kuini,
Diletak pula di atas peti,
Marilah teman lawati Blog ini,
untuk menikmati hasil karya yang disaji.

Bunga kenangan bunga melati,
Diletak di meja bertambah seri,
Semoga semua berpuashati,
Dengan karya yang dikongsi.

Sekian sahaja pantun mula,
Buat permulaan saya mencuba
Di lain masa akan kembali semula,
Untuk perkongsian yang lain pula.

Terima kasih semua..............

You May Also Like

2 comments

  1. mmg serba boleh berpantun berpuisi.menulis novel dll
    moga terus maju ke hadapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah sedikit bakat yg Allah pinjamkan ini. TQ bg support utk sy teruskan berkarya

      Delete