PUISI
Terima kasih kepada sahabat yang kongsikan bait-bait kata puisi di bawah ini. Saya dedikasikan dan kembangkan menjadi sebuah puisi pendek. Di harap sahabat-sahabat berpuas hati. Terima kasih kak Lis Liza, Kak Yati Hashim, Ustaz Ikhwan, Musliha dan Maharani.....Maaf jika tidak menepati. Kerana bait itu menjadi inspirasi untuk terus berkarya.
Dalam bicara kata-kata nan bermakna
- kak lis
biar hati berbicara
- kak yati
pengorbanan dalam kerebahan
- ihkwan
di ambang kesulitan itu
- mus
lambaian rindu anak gembala
- Maharani
Dalam bicara kata-kata nan bermakna
Kadangkala tak terungkapkan di bibir
Kerana di dalam nurani tersimpan kata itu
Sekadar ingin dicoretkan tapi tidak ingin diluahkan
Kerana bicara itu memberikan tanda
Dan sebagai kiasan pengubat luka
Yang menyembunyikan suatu perasaan
Biar hati berbicara
Rahsianya hanya kita yang tahu
Apa yang sebenarnya berlaku
Jika diungkap akan menghiris kalbu
Kerana pedih luka masih terasa
Biarlah disimpan kemas dalam lipatan
Yang tak mungkin terselak
Selagi tak dibuka
Agar kepedihan itu terus menjadi parut
Yang akan sembuh sendiri
Pengorbanan dalam kerebahan
Berat sangat dirasakan
Menanti saat itu sangat menyakitkan
Ku hampir rebah tapi kuatkan semangat
Demi pengorbanan itu
Ku tetap gagahkan diri
Ku teguhkan nurani
Ku sematkan tekad
Untuk terus bangkit
Agar tidah rebah kembali
Di ambang kesulitan itu
Terasa kusut di fikiran
Terasa seksa didada
Tapi kutahankan jua
Ku hanya mampu berserah
Hanya mampu berharap
Agar ia segera pulih
Agar ia segera menjadi mudah
Ku yakin sedikit masa lagi
Hanya tawakal dan redha
Mengiringi langkah lesu dan longlai
Tapi ku amat yakin
Yang di depan sana adalah jalannya
Untuk merungkai kesulitan
Agar menjadi kebenaran
Lambaian rindu anak gembala
Seharian ku termenung
Terkenangkan saat-saat manis dahulu
Ketika itu ku masih kecil
Ku berada di tengah padang rumput
Yang segar dan luas terbentang
Bersama sekumpulan ternakan tenusu sedang berkeliaran
Senang hati dengan kehidupan
Tanpa rasa ragu dan jemu
Aku lah yang keriangan mengejar, berlari ke sana sini
Menyusuri dan bermain lumpur
Menikmati keindahan alam bersama sekelian ternakan bapaku
Tapi segalanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin dapat dilupakan
Kerana dewasaku kini ingin mengejar impian
Di mercu kejayaan
16 comments
Wauu hebat puisi anda
ReplyDeleteTQ Azni..Alhamdulillah.Teruskan membaca ye
DeleteWow..
ReplyDeleteTQ sahabat
DeleteTahniah dear
ReplyDeleteTQ Onion78
DeleteWow puits sungguh puisinya
ReplyDeleteTQ sahabat..Teruskan membaca ye
DeleteTahniah Wahidah. Teruskan berkarya..
ReplyDeleteTQ Kak Tina. Sentiasa bg semangat dan support.. InshaAllah doakan semoga impian saya tercapai.
Deletememang terbaik wahida....terus berkarya
ReplyDeleteAlhamdulillah TQ sahabat support...
ReplyDeleteHebat sahabat ku.... Terus kan perjuanganmu
ReplyDeleteTQ sahabat. doakan ye semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan
Deletebaru mule baca ni...ok gak menarik dan menarik2 utk mngikuti bab selanjuynya
ReplyDeleteTQ dear..Jom teruskan membaca. Sy amat hargai sokongan anda
Delete